kenapa ?

(kedengaran sebuah lagu di radio lama . . tidak nyaring lagu itu tp punya komedi sendiri . . komedi cinta barangkali . . tertarik si anak lalu bertanyakan pada ibunya )

"ibu ! ini lagu ape ?"

"kenapa ?"

"tak . . boboy cuma na tau je . . sedap laa bu . . tajuk lagu die ape ?"

"(ibu lantas menjawab) kenapa ?"

"kenapa kenapa . . kenapa ape ?"

"anak ibu ! tajuk lagu ni kenapa ? pahammm"

"ow paham-paham"


pena tulisan bermula . . segera dicapainya sekeping kertas kosong . . tidak sempat menyalin lagu itu tadi tuahnya dtg selang berapa minit kemudian apabila lagu itu berputar di era fm . . Am segera menyalin . . khudrat yg ada . . akhirnya dapaaaaaaat . . coretan lagu kenapa terhasil . . inilah hasilnya



Tubuhku menggeletar di hati rasa berdebar
Apabila kau muncul menjelma di depan mata
Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu
Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

Ku jatuh hati padamu
Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang
Bak kata mereka Yang terbaik dari ladang
Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?


ada seketika Am berfikir . . ligat kepala umpama roda sedang berputar laju . . kenapa tajuk lagu ni kenapa ye ? persoalan mula timbul di mainan minda . . ah ! ini kan hiburan lagu . . jgn di fikirkan sgt laa . . dgr sahaja persoalan kenapa itu

cinta tiada persoalan menyanggah
cinta tiada persoalan musim
cinta itu coretan hati barangkali

Tiada ulasan: