dialog si tua ini benar

"atuk.kenapa atuk tak tidur lagi? jam 4.30 pagi atuk. tidurlah"

"atuk terjaga dari tidur cu.nak tidur semula atuk tak lena.sengaja atuk bangun
berdiri di kaki lima rumah tua ini cu "

tiba-tiba . .
sye lihat si tua itu segera mengambil wudu' kemudian tikar hamparan sejadah tahajud di bentangkannya. tenang suasana pada malam itu di luar sekeliling tanah pamai. desus suara redup udara angin luar kedengaran. barangkali mahu hujan rasanya.

sekali lagi ku lihat si tua itu mengangkat takbir di akhiri dengan salam. 2 rakaat cukup. kemudian si tua itu menadah tangan tatkala ucapannya diawali dengan ucapan pnuh indah gemalai "dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani".
titisan air mata bermula
kedengaran sayu suara sahaja kometan bibir si tua.

"adakah aku layak menjadi insan yang bergelar manusia di dunia ini ya allah?

adakah aku layak dipanggil islam begini rupa identitinya katanya ya allah?

layakkah hamba mu ini di humban di lembah durjana bilangannnya ya allah?

tuhan maha pengampun. putaran roda hayatku sudah berputar hampir
80tahun. layakkah aku mencium bau wangian syurga? sedangkan dunia
pancaroba realiti masih ku kejari. fantasi pula tidak pernah mahu
mengalah untuk ilusi"

doa si atuk.

kemudian ku lihat gugurlah daun kasih di pohon kelihatannya di luar jendela rumah orang tua itu. daun sujud pada tanah bumi ciptaan tuhan. ini kan kita manusia yang sering lupa pada-Nya dan terus bersikap egoistik. turut kita bersuara mempersendakan agamanya.

bangsa.agama.negara.tanah.harta. semuanya milik tuhan. kita siapa ?
kita adalah perantau yang sedang menumpang mengembara beramai-ramai di 1 alam yang di gelar dunia manusia katanya.

gerun dengan pencak sikap dunia manusia. kita perang.kita bergaduh.kita bertempuran.kita berbalah. sudah tidak asing lagi bukan?
bilang.hitung.kira.
berapa tahun kita akan di pinjamkan untuk merasai kehidupan. fikir.renungi.hayati

doa atuk itu benar!


3 ulasan:

najeeha berkata...

salam,am entry am sume ad msej kn,
mne am dpt idea tlis entry cmnhe,terkesan dlm haty.

tentang am childish berkata...

ouh . sebenarnya ini semula bermula drpd minat . melalui minat itu u kena bykkn membaca entry2 sebegini . melalui novel , melaui cerita ,melalu drama , melalui karya . kemudian hayati tiap entry yg di maksudkan . baru u akan nilai bahawa sastera perlu dihargai.

tyra berkata...

ulas kataku tidaklah seindah manisnya ceritera yg kau coretkan..
tp ulas kataku adalah coretan ikhlas dr hati..

ain kutip pendapat dr sahabat ain :

hidup bukan satu hukuman malah satu jalan penceritaan...andai pengarah yang mengarah dengan baik..maka sambutan akan melonjak,impian bukan milik makhluk,ianya adalah milik tuhan...namun manusia mampu bermohon,mengakui kelemahan diri..benar manusia tidah mampu melawan takdir kerna i2 dalam ilmuallah..

pernah ain beradu coret kata hati sesama sahabat..
berkata2 tentang kehidupan dibumi sementara..
pernah ain ditindas tika mencoret pendapat2 hati,
namun setiap pendapat pasti ada hujungnya..

"setiap yg bernyawa pasti ada hidup tersendiri..
ujian tersendiri..masalh dan penyelesaian yg tersendiri..
kdg2 apa yg sdg dilalui,sudah pown dilalui oleh insan2 laen..
bnar..! pengarah yg baek akn mengarah 1 cerita hidup yg baek..nmun kdg kala kesilapan itu xdpt dielakkan..oleh itu,hidup ini harus diteruskan dgn semangat & kesabaran..usah lagi mengeluh,hanya perlu bersyukur.."

indah..
dialog si tua ini benar..!
dialun,dihayati,ditangisi,diinsafi..
pasti dunia akn dikenali..
tuanya ia,semakin berakhir..