merdeka kali ini yang ke-53


redup.sayup.desus deru angin.
terasa.
sepoi angin itu mengilai kilasan suara.
suara angin.
lalu si anak bersuara.


"abi ! abi ! adik nak terbang lah abi.
macam layang-layang tu. boleh tak abi"

"haa terbang ? adik nak wat ape ?
kt atas langit takde apa-apa laa dik"

"adik nak terbang. terbang tinggi. lagi tinggi. dan terus tinggi.
dalam ruang. ruang persada ilmu."

"ouh. pergi laa terbang sane. abi tunggu adik. dan terus menunggu.
dalam ruang juga.
ruang kejayaan ilmu persada adik."

si anak tersenyum. hebat.


dingin.sejuk.tatkala dirimbuni hujan.
terasa.
mendakap kalbu terus ke kalbu.
penuh ketenangan. tenang katanya.
lalu si anak.

"abi. adik nak peluk abi. adik sejuk laa abi.
umi kat dapur. tak dapat peluk umi."

"okey. mari sini dgn abi nak!"

"mmm abi abi. adik nak keris boleh tak?"

"hah.pulak da! anak abi nak buat apa dgn keris tu.
tajam dik."

"adik nak cium cium cium keris itu.
biar orang kata adik penyelamat bangsa"

"waah. hebat lah anak abi ni."

si anak tersenyum.hebat.

ruang mereka bersuara amat tipis.
kita rase ini hebat.
barangkali.
jiwa anak watan.

1 ulasan:

tyra berkata...

ulas kataku tidaklah seindah manisnya ceritera yg kau coretkan..
tp ulas kataku adalah coretan ikhlas dr hati..

andai ada remaja kini mampu berfikir persis si anak kecil bercita merdeka,
pastinya tiada lagi jajahan fikiran dlm tirai masa..