saya rindu p. ramlee


di atas kubur.
seorang
seniman rakyat
beribu
pilu sekeliling
timbunan bunga
bunga rindu
barangkali.

kini bunga rindu
hanya debu
tapi karyanya
setiap hari
di radiator usang
di kaca TV
mengisi masa.
buat kita.

di atas kubur
bunga layu.
lagu kembang.
Di bawahnya
seniman seorang,
benar.
saya rindu p. ramlee saya

Tiada ulasan: