jangan biar bumi hijau kita usang


tiada perlu kita tagih bumi hijau ini.
tiada perlu kita ngemis bumi subur ini.
selain sedang kita leka.
selain sedang kita alpa.
di buai pesona dunia.
di alun nikmat dunia.
semata.

kita rugi.

benar.
kita rugi.
hidup kita ini.

juga rugi.

leka di bawa penongkahan arus zaman zaman.
leka di bawa perubahan masa masa dunia.
sedar akan tidak.
kita ini hidup dalam dalam pelosok.
bukan terperosok dalam pelosok yang hina.
tapi masih menjadi manusia.
yang hidup dalam dunia manusiawi.
yang tidak sedar akan hargai bumi hijau.
yang tidak pernah kenal erti mesra alam.

"hanyutkan kotoran hanyir dari tanah pamai bumi seusang ini. barulah tanah makmur dengan keadilan mengembang subur."

6 ulasan:

acu mila berkata...

hai...salam knl...
sy fllw awk..
ngee~~

tentang am childish berkata...

ouh ya.
salam salaman perkenlan.
ahlan wasahlan.
nme sye khai.
terimas atas intai intip anda baca follow blog sye.

Tanpa Nama berkata...

mak suka sajak yang ini nampaknya ada bakat ada idea.teruskan berkarya dengan penggunaan metafora dan berkeyakinan tinggi.

tentang am si childish berkata...

cik embam : syukur buat tuhan idealisme sye datang bertandang dalam dalam hati sye yang padat dengan isinya. insyaallah. sbg anak didik yang baru kenal dunia hingusan. sye akan cuba perbaiki kesilapan lama lama. terima kasih atas dorongan semangat cik embam.

Tanpa Nama berkata...

tade silapnye...setiap nukilan....adalah...ciptaan...pengkarya....
hasilnya....leh....ditafsir pelbagai...rupa...
masa mendatang diharap anak muda ini akan memahat nama menjulang karya yang hebat dan unggul.....

tentang am si childish berkata...

jgn pandang sye sebegini rupa makcik. sye masih sedar. sye ini manusia yang jauh dari kesempurnaan hidup. mungkin dari sikap pemikiran. mungkin juga dari sikap perilaku.

usah ujar sye anak muda memahat nama menjulang karya hebat unggul. sye punya penagabdian diri. hidup sye berprinsip. selagi mana kita berbahasa. bangsa kita hidup penuh bahasa. selagi mana kita teguh. jiwa kita tetap dengan drama melankolik cerita sebagai seorang manusia bertuhan. bukan bertuan.

sye masih cuba mencipta kronologi sebuah cerita seorang manusia. cerita dunia. cerita fakta dan auta. barangkali.