mengadu doa buat hidup anak sekecil ini


dan malam itu. di bawah bulan tenang. di teduh cahaya bulan. pada rambang pandangan mata mereka manusia ke bulan. sebuah monolog keluarga kecil ini. si anak mendekati si ayah yang sedang mengunjur kaki. mungkin letih lelah bekerja seharian di laut. punggah ikan sotong dan makanan laut semua. mereka hidup ibarat kais pagi makan pagi. kais petang makan petang. tak siapa tahu susah merana mereka. tak siapa tahu. benar. tak siapa tahu.

"abi. malam ini gelap lah abi. gelap sangat sangat kat luar tu.
abi buat apa ? dari tadi adik tengok abi sibuk berpena dengan kertas je?"

"ha'a dik. abi tengah menulis. sebenarnya abi rindu bayu laut. rindu bayu laut siang hari. yang teman telinga kita bunyi deru angin-Nya dari pantai. abi rindu bayu laut malam hari. yang teman kita rehat sentap siang-Nya kita bergerak hidup sebagai seorang hamba tuhan. nah ! ini diari abi. bila adik dah pandai menulis. dah pandai membaca. adik sambung diari abi ni ya. buat warisan keluarga kita"

"ya abi"

antara rengek cengkerik dan burung hantu. antara decisan tikus di luar laman rumah.
tetap mereka dengar. jelas kedengaran. lalu. sepoi sepoi angin terasa berlalu. sepertinya beralun berombak berantai pantai. terkilai rambut si anak. si abi menyikat dengan tangannya sendiri. tangan yang sisa umurnya habis hidup di tepi pantai.

"handsome anak abi ini. punya mata yang sepet. punya telinga yang capang."

berlalu berdengkur di telinga si abi. sela dengan senyuman ikhlas dari hati seorang ayah. syukur anaknya tidur di malam itu dalam pangkuan mesra seorang ayah. tiada pernah terkaram rasa kasih, rasa sayang pada anaknya. sungguh benar menginginkan anaknya menjadi pewaris negara dan agama. sungguh benar.

"ah. tidur dah anakku seorang ini.
moga kelak dia jadi peneguh bangsa.

moga dia lebih kenal jalan hidup yang sukar ini.
moga tuhan berkati rahmat usianya.
moga hatinya tiada pernah rasa mesra kenal dunia kepalsuan.
selamat hari jadi nak.
selamat hari lahir.
yang ke-8 tahun."

dalam dialog.
lantas mengadu.
doa buat hidup anak.
sekecil ini.

3 ulasan:

ainatiqa berkata...

sesungguhnya ibu dan ayah sentiasa mengharapkan yang terbaik dari kita . mereka telah bersusah payah kerah tenaga untuk mencari duit agar kita membesar dengan sempurna . kita sebagai anak . haruslah berbakti dan membalas segala jasa yang telah mereka berikan dengan berbakti kepada mereka , berbakti kepada agama bangsa dan negara !

tentang am si childish berkata...

betul. sbg anak cinta ibu ayah itu penting. segala nikmat padat bakti sakti ilmu. insyaallah. kita ini. belia remaja dapat menjulang nama negara ke persada marcapada dunia. insyaallah.

tyra berkata...

ulas kataku tidaklah seindahnya manis ceritera yg kau coretkan..
tp ulas kataku adalah coretan ikhlas dr hati..

berkata ahh sudah dikira derhaka..
ya.! ia benar..! namun sebesar mne kelompok anak2 yg tak pernah berkata ahh,ish,ntila kpd ibu bpa?

biar kecoh si ibu menjaja nasihat buat si anak..
biar sibuk si ayah bermandian peluh buat makan seisi keluarga,
kasih sayang mereka xpna sskli pudar..

dialog ini dialog benar buat tatapan pembaca :
ibu : kak,air da bawak?
anak : da,bu.!
ayah : nasi km0o da bawak ke?
anak : suda,ayah.!
ibu : apa lagi yg tinggal?
ayah : apa lagi barang yg km0o nak?
anak : xd ayah,xd ibu..!
betapa kasih & tanggungjwb mereka sempurna..

dipeluk hebat si ibu anaknya yg menuntut ilmu..
bibirnya mencium ubun2 si anak,dlm hati berdoa sayu,merdu meminta..agar si anak berjaya..
tersenyum si ayah meninggalkan si anak di menara gading,hatinya sayu..bibirnya manis,lidahnya msh berdoa..!

doa buat ibu & ayah usah dialpa..
selagi hayat mereka bersama,
walau hayat mereka tiada,
sentiasalah,sentiasalah berdoa..!
demi kebahagiaan mereka..
kerana tanpa mereka,
tak mungkin kte dpt mengenali bulan dan bintang (=