who am i?????





tentang jiwa.
tentang hati.
tentang rasa.
tentang perasaan.
tentang dia.
tentang sang suria.
tentang manusia.

tentang cinta.
tentang kasih.

tentang teruna.
tentang seni.
tentang dunia.
tentang si kecil.

tentang hamba
tentang ilmu.
tentang masa.

tentang hidup.
tentang kasih tuhan.
tentang seorang hamba.


tentang si childish

aku menangis


Aku kembali menulis di laman blog selepas terjumpa sebuah buku semasa sedang berjalan-jalan di sebuah kedai buku di KLCC (KINOKUNIYA) yang tajuknya lebih kurang "buat duit dengan blog".Memandangkan kedai tu membenarkan pengunjung membaca buku secara percuma di dalam kedainya,aku ambil kesempatan itu untuk membaca lebih dalam lagi buku tu dan lebih dalam aku baca sel-sel dalam otak aku terus menganalisis isi nya dan akhirnya timbul idea untuk menggunakan apa yang dicadangkan oleh penulis buku tersebut iaitu Membuat Duit!

Keesokan harinya,aku terus meminjam kompuer riba abahku untuk memulakan satu blog baru.Namun selepas 1 minggu,aku dapat rasakan impian aku tak akan tertunai kerana kebanyakan yang disarankan oleh penulis tu langsung aku abaikan.Tapi aku tak pernah berhenti dari menulis di blog ini,kerana demikian banyaknya idea yang ingin aku curahkan dalam bentuk kata-kata.Tapi makin susah pula utk aku luahkan segalanya.

Dan tadi,ketika sedang melayat blog,aku terjumpa satu post yang secara tak langsung menyedarkan aku sebab aku menulis.Walaupun aku mungkin tak akan berubah,aku malah tak berharap untuk berubah oleh kerana sikap dan sukarnya untuk aku berubah.Namun ketika membaca post oleh Aiman Nazirmuddin di laman blognya Cerita seorang manusia yang bertajuk Mati hidup kembali,ada syahdu yang menyelinap,ada garis keinsafan menyusup masuk ke hati aku yang kian gelap dan keras oleh dosa ni.Mungkin kerana itulah aku sukar untuk berubah,kerana kerasnya hati oleh dosa,walaupun telah diberi ceramah malah amaran dari sang ayah.

Entahlah,di sini mungkin aku sempat mengingati-Nya namun setelah berdepan dengan Rimba Dunia,aku masih ragu..