kenapa ?

(kedengaran sebuah lagu di radio lama . . tidak nyaring lagu itu tp punya komedi sendiri . . komedi cinta barangkali . . tertarik si anak lalu bertanyakan pada ibunya )

"ibu ! ini lagu ape ?"

"kenapa ?"

"tak . . boboy cuma na tau je . . sedap laa bu . . tajuk lagu die ape ?"

"(ibu lantas menjawab) kenapa ?"

"kenapa kenapa . . kenapa ape ?"

"anak ibu ! tajuk lagu ni kenapa ? pahammm"

"ow paham-paham"


pena tulisan bermula . . segera dicapainya sekeping kertas kosong . . tidak sempat menyalin lagu itu tadi tuahnya dtg selang berapa minit kemudian apabila lagu itu berputar di era fm . . Am segera menyalin . . khudrat yg ada . . akhirnya dapaaaaaaat . . coretan lagu kenapa terhasil . . inilah hasilnya



Tubuhku menggeletar di hati rasa berdebar
Apabila kau muncul menjelma di depan mata
Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu
Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

Ku jatuh hati padamu
Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang
Bak kata mereka Yang terbaik dari ladang
Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?


ada seketika Am berfikir . . ligat kepala umpama roda sedang berputar laju . . kenapa tajuk lagu ni kenapa ye ? persoalan mula timbul di mainan minda . . ah ! ini kan hiburan lagu . . jgn di fikirkan sgt laa . . dgr sahaja persoalan kenapa itu

cinta tiada persoalan menyanggah
cinta tiada persoalan musim
cinta itu coretan hati barangkali

kita rasa

yang kita rasa indah itu bunganya
kita rasa kuat itu akarnya
kita rasa teguh itu dahannya
kita rasa seri itu daunnya

mane indah , mane kuat , mane teguh , mane seri
itu semua mainan syaitan . . perilaku nafsu rakus berebut semuanya yang kat sana nak ini nak itu yang kat sini pun nak ini nak itu

tak boleh tgk org lain senang . . semua dia nak . . itu nafsu lah !

kita rasa kita hidup bernafsu ya kan

cikgu bercerita kereta

hari semalam gear ! clutch ! minyak ! isyarat tangan ! brek !

kata bintang ckgu abg mat keluar lgi d telinga sya bersuara :
drop gear dik . . clucth tu jage . . clutch clutch . . tekan minyak . .
ye abg mat , khai tau . .hisyh
ckgu pakya :
khairul isyarat tgn tu msti betol . . jgn pk moto ni na test senang je khairul
ye pak ya . . khai tau
ckgu wafiqa :
maen lg moto kt tgh2 track tu mcm org keling tgh2 panas ni
ckgu jahat !

masih segar dlm ingatan ketika si kecil ini masih mentah di arena pemanduan . buat ckgu semua

dulu cikgu sekolah
sekarang cikgu kereta
dulu mengajar di sekolah
sekarang di jalan raya

selamat hari ibu

masih belum lewat saya berkata , berkata akan kritikan dunia ibu

ibu ! ! !
izinkan saya persembahkan berkata cerita cinta ini
dari takhta keimanan seorang anak seni
menakluk pengorbanan perkebunan kasih ibu barangkali
sesungguhnya . .
dari kemurniaan mahligai asuhlah yg selalu ibu rimbunkan daunan rahmat-Nya
daunan rahmat yg menjadikan saya lebih mengerti apa itu kehidupan
kehidupan seorang anak
seorang anak yg mengerti hakikat kesempurnaan sehingga saya mampu bersujud pd hamparan sejadah tahajud seawal umur saya 7 tahun
terima kasih ibu ! !

ibu ! ! !
izinkan saya persembahkan berkata cerita cinta ini
dari takhta ketakwaan seorang anak seni

melimpahi pengorbanan takungan kasih barangkali
sesungguhnya . .
dari tasik akhlak terpuji yg mengajar saya kehalusan budi
menjadikan saya insan teruji agar saya bertasbih iktibar tawakkal pada-Nya
menjulang amal menara ibadat insyaallah

maka sesungguhnya . . . wahai tuhan
izinkan saya memungut bintang-bintang dari langit anugerah ilahi utk saya menuntut bela kasih ibu utk saya persembahkan pd ratib hayat saya sbg akad jiwa nurani
segala penyerahan segala bakti hanya tercipta , hanya khas buat
ibuku , ibuku , dan ibuku

selamat hari ibu sedunia