cerita cinta surat kasih

"makcik! macam mana dengan keadaan Am sekarang."
tanya Su kepada makcik.

"baru lepas doktor kata Am koma. tak sedarkan diri. 50-50
sabar ye su ! kita serahkan semua pada takdir."
jawabnya.

Di lihatnya wajah Am di ruang dunia kesakitannya. Katil mnjadi saksi. Alat pernafasan menjadi bukti. Titisan air mata kasih lembut gemalai turun melalui pipi Su. Dialaog di hati.
"Am. jangan tinggalkan Su ye. Su minta maaf atas
segala kesalahan Su pada Am"

Tiba-tiba makcik datang. Lalu di sanggahnya pada bahu Su.
"Nak. Am ada beritahu makcik. Dia cakap dunia Su. Dunia dia juga.
Makcik tak tahu ape yg dia maksudkan.
Tapi surat ni Am minta makcik bagi pada kamu.
Nah su ! "
kata makcik.

Su mengambil. Su mencoret.membuka.membaca.membujuk. Cantik sampul luaran surat itu. Mungkin isi didalamnya pahit dibaca oleh Su.

kepada su :
" Saya sedar Su lidah kita penuh dengan rasa.Rasa cinta yg manis.Rasa rindu yg hebat barangkali. Ibarat kereta yg mempunyai roda.Punya pusingan sendiri.Punya perhitungan kiraan sendiri.

Begitu juga kisah cerita cinta kita Su.Sebagai manusia kita saling memerlukan antara satu sama lain.Su dan Am.Am dan Su.Masing-masing memerlukan hak kasih masing-masing.

Benar kata orang cinta takkan dapat kalau tak dicari.Cinta takkan datang kalau tak diberi.
Bagi saya Su.Cinta adalah suatu pengorbanan kasih.Susah pahit.Kita tempuh bersama.Ada kesenangan cinta diluahkan.Ada kesusahan korban kasih diperlukan.

Yang pasti Su.Dugaan mana yg bakal tiba.Cabaran mana yg bakal kita tempuhi.Saya nak awak tau yg saya sangat menghargai cinta awak buat saya.Dan cinta saya buat awak. "

Sekian dari saya.
Am


* * * * * * * * * * *


Cerita ini benar.
anda diam.tenang.hayati.
hebat bukan cerita cinta surat kasih kekasih ini ?


hari itu.

hari itu.
hari seni namanya.
seni penuh abstrak barangkali.

hari itu.
hari kasih namanya.
kasih bertemankan kisah cinta barangkali.

hari itu.
hari masa namanya.
masa menuai putaran roda barangkali.

hari itu.
hari dosa pahala namanya.
tidak jauh perbezaan itu barangkali.


dan sye lihat.menilai.
manusia dunia hanyut katanya.

dunia

student of city college

hari ini hari bila.
hari bila di mana sye sudah mula selesa. sudah mula tenang.
penuh iltizam tenang katanya.
hari ini hari mengapa.
hari mengapa memori mencoret jiwa tenang katanya juga.

*******

disini sye garapkan sebuah potret itu umpama pencetus semangat. semangat di mana sye mula bernafas. semangat di mana sye bermula berpijak di tanah pamai bumi ciptaan tuhan. bumi rahmat tuhan. mana datangnya semangat kalau tidak bermula dri iltizam ?

yang pasti jiwa saya pada cinta. hati saya pada cinta. semangat saya pada cinta. semua pada cinta. antara dunia dan akhirat.

tarikan islam














sye hamba tuhan.
hari ini sye memerhati,
pada mata hitam memerhati juga,
pada ciptaan tuhan,
pada bedar tuhan.

lensa mata sye mula menilai.
lensa hati sye mula hayati.

demi sebuah kesempurnaan akal,
untuk kesempurnaan rohani juga,
biar jasad juga nyawa,
biar pahala atau dosa.

sye coretkan ini sebuah seni.
seni islam.
seni indah barangkali.

tempat ibadah.sebuah pelengkap hidup.
tarikan.inspirasi.imaginasi bermula.
bermula pd keindahan alam.alam dunia.alam dunia islam.
katanya,
islam itu indah.


rentetan hari di sana



puas rase. terpekik terlolong 3 hari. bebas seketika sye di sana. punya teman baru.punya sahabat baru.punya kawan baru. sye khairul. penggerak manusia sejagat barangkali. mahu jadi yg terbaik antara yg terbaik. baik merasai.baik menikmati dan baik memuaskan nafsu fikir anda.

* * * * * *


realiti insan


Ku layangkan segala anganku
Ku lepaskan semua khayalan jiwaku

Berpijak di bumi yang satu

Memandang tinggi di langit biru


Satu janji di dalam hati

Satu mimpi yang akan ku raih

Harapanku dalam hidup ini

Ku ingin mengapai cita dan cinta

Ini bukanlah satu mimpi
Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi

Ini adalah realiti
Keyakinan insan yang penuh visi

Satu-satu mimpi di dalam hidupku ini

Satu-satu janji yang ku gapai pasti

Satu-satu mimpi di dalam hidupku ini

Satu-satu janji yang ku gapai pasti



bagi sye. semua ini adalah diskriminasi kenangan. kenangan pencetus semangat. ini juga ibarat bedar.bedar semangat katanya. menongkah arus ombak deras.mencipta pengalaman.mencipta kejayaan.memburu impian.

bedar ciptaan manusia
bedar ciptaan semangat

bedar kasih tuhan

bedar rahmat tuhan

bedar ini bakal menjadi kenangan

bedar terhenti di hujung jalan ingatan

anda faham.anda rasai.


CITY COLLEGE BATCH 3RD JULY
KUMPULAN BAS 5-7 JULY 2010