tentang dunia gelap

"i remembar black sky in the dark of the world"
"a day to day"
"i feel it"
"strong"

kata aiman:
“sejak kenal bahasa bahasa hitam ini. saya jadi senang untuk bersuara. dan sejak dikeliling dengan hitam ini. saya percaya. dalam itu ada cahaya. cuma kita yang patut menongkah setiap penjuru. cari dimana cahaya”

kata sye:
"sudah terbiasa dalam sepi. mungkin juga dalam ruang dunia gelap. ruang yang tipis. barangkali. rasa bahagia bila berseorangan. di temani tuhan. bukan tuan. lagi hebat bukan ?
yang pasti pancaroba dunia , punya metafora kegelapan tersendiri. punya anafora. juga tersendiri. yang sye dapat. sye rase. sye tahu. sye nilai."

tentang dunia gelap

merdeka kali ini yang ke-53


redup.sayup.desus deru angin.
terasa.
sepoi angin itu mengilai kilasan suara.
suara angin.
lalu si anak bersuara.


"abi ! abi ! adik nak terbang lah abi.
macam layang-layang tu. boleh tak abi"

"haa terbang ? adik nak wat ape ?
kt atas langit takde apa-apa laa dik"

"adik nak terbang. terbang tinggi. lagi tinggi. dan terus tinggi.
dalam ruang. ruang persada ilmu."

"ouh. pergi laa terbang sane. abi tunggu adik. dan terus menunggu.
dalam ruang juga.
ruang kejayaan ilmu persada adik."

si anak tersenyum. hebat.


dingin.sejuk.tatkala dirimbuni hujan.
terasa.
mendakap kalbu terus ke kalbu.
penuh ketenangan. tenang katanya.
lalu si anak.

"abi. adik nak peluk abi. adik sejuk laa abi.
umi kat dapur. tak dapat peluk umi."

"okey. mari sini dgn abi nak!"

"mmm abi abi. adik nak keris boleh tak?"

"hah.pulak da! anak abi nak buat apa dgn keris tu.
tajam dik."

"adik nak cium cium cium keris itu.
biar orang kata adik penyelamat bangsa"

"waah. hebat lah anak abi ni."

si anak tersenyum.hebat.

ruang mereka bersuara amat tipis.
kita rase ini hebat.
barangkali.
jiwa anak watan.

coretan ramadhan


sejarah zaman zaman andalusia.sye masih ingat lagi.juga terharu. cerita di mana Balqis Qaisha Laila Qaisyh lahir pada 15 Ramadhan. bayi merah suci dilahirkan. 17 tahun kemudian. wanita molek ini hidup di sudut dunia. 1 medan kota. kota sang perang. sang perbalahan. binasa.lahanat.

nama penuh. Balqis Qaisha Laila Binti Qaisyh. selesa di panggil Qaisha. fizikal yang pendek tapi punya hati naluri yang suci. berperilaku comel dan kebudak-budakkan sedikit.tapi punya nilai keabraban dalam persahabatan bersama teman semua semua. malah Qaisha tidak sombong dan bongkak.

Qaisha seorang yang suka pada ilmu. sayang pada ilmu. tidak hairanlah dengan rutin harian Qaisha selalu menelaah ilmu. baginya teman,rakan,juga sahabat. ilmu lah jawapannya. tambah Qaisha. antara dunia akhirat.hidup dan mati.biar jasad juga nyawa. "ilmu itu penting". bernaskan cetusan idea minda kita kita dengan ilmu. jelasnya.

* * * * * * * * * *
Tahun ke-15. hari kelahiran Qaisha tidak lama lagi. entah kenapa apa apa tahun ini Qaisha menghadapi kesulitan dugaan,kerumitan nasib. nasib dalam menghadapi bulan Ramadhan.Bulan puasa. Qaisha di jangkiti pemam panas.umpama gering.

puasa Qaisha sekerat hari. terawih Qaisha hanya 8 rakaat. jaga malam sujud Qiam Qaisha hanya dalam mimpi sahaja sahaja. semuanya lemah lalai pangsi. fizikal badan yang kurang sihat. Qaisha terpaksa korbankan semua. puasanya.terawinhya.jaga malamnya.

* * * * * * * * * *
Hari itu hari 15 Ramadhan. hari dimana seperti biasa ketika semua jemaah masjid sibuk mengabdikan diri pada tuhan. Qaisha di rumah dalam pangkuan katil tidak dapat melakukan apa apa. hanya rebahan yang mampu di lonjakkannya.

Tatkala kedengaran ayat ayat suci Al-quran yang sedang di bacakan oleh imam di masjid. lapang dada Qaisha. tenang menghayati. hinggalah ke rakaat-20.

* * * * * * * * * *
Pada mana imam bersama jemaah sekalian solat sunat witir berjemaah. pada rakaat ketiga witir. Qunut pertama di bacakan dalam bulan Ramdhan itu. pada saat itu juga, Qaisha yang lemah lalai pangsi sedang di uji azab tuhan. kelihatan tenang Qaisha pada ketika itu. kumat dan kamit di mulut.lidah.bibirnya. penuh keluhan zikrullah.syahadah.

hinggalah malaikat izrail mencabut nyawanya ketika itu. kuasa tuhan. "kun fayakun". maka selesai tugas izrail itu. terbujur habis badan Qaisha. tinggal jasad yang tiada punya apa apa.

Qaisha pergi meninggalkan dunia. meninggalkan keluarga dan sahabat sahabat. hanya yang ada pada roh Qaisha. ilmu akhiratnya. dibawanya. jauh. dan pergi jauh. hebat. pencinta ilmu bertasbih atas nama ilmu juga balasannya.

* * * * * * * * *

pemergiannya tenang pada saat saat akhir sedang Qunut di bacakan. ilmu dalam dadanya tinggi pada mata dunia.hebat. anda bayangkan.

saye kisahkan di sini adalah semata mata.
tiada yang benar.
hanya rekaan bacaan Ramadhan buat kita semua.
tapi.
sempat saye coretkan tentang nikmat ilmu dan nikmat puasa.
kisah mati insaniah dalam iman.
juga di sini.

cerita nakal sye lama lama dlm ingatan

cerita dulu dulu sye rase.
sye masih ingat lagi.
kira 10 tahun lepas lepas.

di sudut masjid. hujung.

jauh pada jemaah yg lain lain.
sye genggam erat tangan Su.

"Tok imam.tok imam"
"ye sye"
"tolong kahwinkan kami cepat cepat boleh?"
"biar kami cepat sah"
"gulp"

Tok imam itu terkejut.
persoalan cinta kahwin dari kecil.
menyanggah agama.
realitinya.
nafsu.

kemudian,

mak tanya sye.
"mana orang orang itu semua pergi?"
sye menjawab.
"mereka semua pergi ke majlis pernikahan sye emak."
emak sye terkejut.
hebat.

cerita sye gila gila.
di zaman budak.
zaman anak anak.

kecil kecil ini masih punya rasa.
sye anak yg nakal lah dulu dulu.

esok hari hari puasa

terikat masa atau masa terikat
tepat !
pada janji-janji sensasi-sensasi baru
sye coretkan di sini
sye katakan
juga di sini

eh!
" puasa lah "

"Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan "

hari dimana minit minit, jam jam, saat saat, esok sye berpuasa.
kita semua berpuasa. umat islam. juga berpuasa.

suspensi gembira kawan di kota pamai












antara kota rindu yg menggamit kenangan,
mencipta perubahan,
semuanya di sini.
kisah kami sahabat. semua sahabat,
semua berteman.
cebis cebisan.kenang kenangan,
indah barangkali.
sye rasa. sye senyum.

di sini dan dari sini,
pejam mata,
buta sye rasa,

tutup telinga,
pekak sye rasa.


barangkali.

kota rindu berputar masa,
putaran masa.masa berputar,
umpama roda.
bersama teman.bersama sahabat.

gembira.
yaaa
gembira katanya.