lambat sangat tonton






Perlumbaan kehidupan Zack dan Sham masih belum berakhir. Zack bukan lagi pelumba haram seperti dulu. Kini dia seorang “Drifter” profesional. Dalam pada itu selepas kemalangan yang di alami, Sham bukan lagi drifter kerana kakinya tempang dan berjalan dengan bantuan tongkat.

Peristiwa lampau dan keadaan dirinya yang cacat menghantui diri Sham. Dalam kekalutan ini muncul seorang wanita bername Aleeya yang juga seorang drifter profesional. Aleeya mencemburui kehebatan Zack di litar lumba.

Joe yang terlepas dari kemalangan maut masih lagi menaruh dendam keatas Zack. Wajahnya yang berparut menguatkan lagi keazamannya untuk menghapuskan Zack dan orang-orangnya. Ery sebagai orang kanan Joe juga menaruh dendam pada Zack kerana kawan baiknya Karl dipenjarakan.

Selain dari memburu Zack, Joe ingin menguasai seluruh perniagaan dadah di KL. Inspektor Kamal mengesyaki beberapa siri kematian penjenayah dilakukan oleh Joe.

Alhamdulillah. di hujung tayangan. cerita berdarah ini. cerita sukma ini. yang punya 1001 rasa sikap manusia. garisan penamat tanpa sebarang komplikasi berjaya di ukirkan. syabas kepada tuan pengarah produksi filem ini.

"segala yang di hasrat.
tapi tak dapat.
adalah nikmat.
yang paling padat."
-A. Samad Said

sikap manusia. yang tiada punya apa apa.
mati jiwa rasa mungkin.

apa saya kenal saya

entah.
hari ini mungkin ada yang sye silap. tentang perhitungan.tentang nada suara kedamaian.tentang buaian hidup dunia. masih ada lagi yang sye kurang fasih. itulah sye. berlagak macam tahu semua
. masih menjadi tanda tanya buat saya. "apa sye kenal sye".

dan.

sye bingung sekarang.
tanya jawapan yang masih menanti.
masih juga menuntut waktu.
mahukan ketenangan.
tak punya siapa.
melainkan tuhan.
apa lagi apa.

sekali lagi.

sye menuntut waktu kedamaian.
biar sye tenang.
tenang katanya.
berilah sye peluang.
masa lagi masa.
untuk sye bebas.
dengan hidup sye.

biarlah sye begini.

sye ini insan dalam perubahan dunia. sye jauh dari kesempurnaan hidup.

peta raya perak saya









hari ini sye hidup dalam sebuah peta. peta itu juga sye jadikan sebagai roda hidup teman dunia sye. bagi sye,ada peta yang sudah tersedia jalan hidupnya. ada peta yang menunggu masa untuk melukis. dan ada juga peta yang menunggu masa untuk dihentikan. sebab apa ? sye hanya watak dalam lakonan dunia. dan Dia adalah tukang cerita buat sye.

syukur dengan apa yang sye punya. apa lagi apa. sudah cukup pemberianNya yang ternilai nilai. sye tidak mahu apa apa. yang sye mahu "peta raya perak sye" di abdikan di suatu sudut cebis cebisan kenang kenangan dalam hidup sye.

biar puntalan memori sensasi sensasi masa itu. sye yang rasa.

saya rasa raya saya









hebat.
mahu sahaja sye meronta menangis.
rindu saat ini ini.

dimana kami kami bergambar.
bermaafan.
pinta upah raya.
ganti upah puasa.
rindu.

yang pasti.
laungan takbir.
lagi hebat daripada.
laungan perkauman.

sye rasa raya sye.
hebat bukan.

melihat adik adik , saudara lain berebut pinta upah puasa. duit raya menjadi penawar anak anak.
sye senyum.

ketika di usung papah bersama saudara. mengajak bermain mercun bersama.
sye gembira.

membujuk terpaku depan keluarga semua. ampun maaf di pinta atas segala keterlanjuran. antara dunia akhirat.alhamdulillah.
sye tenang.

gerakan mobil mobil saudara mara bergerak pulang ke halaman masing masing.
sye sedih.

sebuah kenangan.
tanah pamai ceria aidilfitri.

"benar sye rasa raya sye"

salam salaman lebaran dari sye - 2010


alhamdulillah
sye sudah mula tenang. tenang menuliskan cerita hidup. hidup sye. hidup semua. seakan tiada titik di hujung kalimah. terus menerus mengalir. deras, deras, tak melambat. sesaat pun. bagai air yang terjun bebas tanpa henti jauh, terus menjauh, tak mendekat. sedetik pun.

sempat sye coretkan di sini tentang hidup sye. hidup anda semua. yang lepas lepas. di mana sye dan juga anda berpuasa, menahan, bertahan hingga waktu bukanya tiba. tiada tertinggal. sehari pun. syukur buat tuhan.

selepas ini. sye masih lagi menjalani hidup yang biasa. mahu benar jadi manusia terbaik. buat ibu ayah.buat guru-guru.kawan kawan sye yang dulunya sye katakan sahabat sehebat teman, juga pada anda semua.

realitinya, sye tetap melakukan kesilapan. mengapa? sye juga manusia. anak manja yang baru kenal dunia hingusan. tapi sejarah yang lama lama buat sye kenal jalan hidup.

buat ibu ayah :
maafkan segala keterlanjuran abang.
antara dunia akhirat.
kita tetap satu keluarga yang bahagia.
insyaallah.
Salam Salaman Lebaran dari sye

buat guru guru :

segala curahan bakti sakti ilmu.
antara dunia akhirat.
sye akan guna pada jalan kebaikan.
insyaallah.
doakan anak didikmu
dalam dunia persada ilmu
Salam Salaman Lebaran dari sye

buat umi :
sye mula kenal dunia cinta daripada anda.
mungkin sye lemah dalam sikap.
tak sempurna depan mata awak.
mungkin bukan tak sempurna.
tapi terlalu awal untuk jadi sempurna.
maafkan sye. zahir batin. jasad juga nyawa.

Salam Salaman Lebaran dari sye

buat kawan kawan :
cebis cebisan kenang kenangan
antara kita semua.
sye sayangkan anda sebagai.
sahabat sehebat teman sye.
maafkan sye. antara dunia akhirat.
zahir dan batin.
Salam Salaman Lebaran dari sye

buat para pembaca blogger:
terima kasih atas intai intip anda.
membaca blog sye.
maaf zahir batin.
Salam Salaman Lebaran dari sye


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MULIA.

sye katakan ini sebagai "dunia lemah sye"

di satu sudut dunia. sye selalu menangkan kesilapan.
di satu sudut dunia juga. sye selalu kalahkan kebenaran.

sye menongkah kehidupan dalam keadaan penuh dosa.
sye mahu meronta menangis.
sudah lambat rasanya utk sye berpatah arus balik semula.
cerita sye ini manusia lemah.
pandangan masih kabur paur.
masih belum sempurna mencari kesempurnaan.
sye bingung.
pada dunia sye.

sye katakan ini sebagai "dunia lemah sye"