corat-coret azam baru setinggi gunung


alhamdulillah. segala corat-coret azam baru sye. setinggi gunung barangkali. benar kawan kawan. kita masih sempat ke ruang masa ke hujung tahun bukan ? awak di puncak. dan sye. tentunya di lurah. biar kita sama. tak terasa tua bukan ? mahu sahaja sye kejar putaran masa mendatang. mahu juga sye pinta masa mendatang. agar sye jadi orang baik baik. agar sye jadi orang yang senang senang. cukuplah dengan hidup sye yang main main dulu dulu. cukuplah.

serasa hidup setahun 2010 ini. biar mati segala yang jahat sye hujung pangkal tahun ini. pada benih kehidupan baru. serasa dengan awal tahun ini. sye mahu semaikan hidup yang baik baik. tak minta semaian hidup baik sepenuhnya. cukup sekadar semaian buat orang senang dengan sye. cukup sekadar semaian orang senang dengan sikap sye. benar. cukup sekadar itu.

doakan sye.
sebagai seorang manusia sejagat.
punya mulut bicara tutur bahasa bangsa.
punya suara bincang kata agama dan keluarga.
punya hati mendalami jiwa seni antonasi jiwa cinta dan jiwa rindu.
doakan sye.

mengadu doa buat hidup anak sekecil ini


dan malam itu. di bawah bulan tenang. di teduh cahaya bulan. pada rambang pandangan mata mereka manusia ke bulan. sebuah monolog keluarga kecil ini. si anak mendekati si ayah yang sedang mengunjur kaki. mungkin letih lelah bekerja seharian di laut. punggah ikan sotong dan makanan laut semua. mereka hidup ibarat kais pagi makan pagi. kais petang makan petang. tak siapa tahu susah merana mereka. tak siapa tahu. benar. tak siapa tahu.

"abi. malam ini gelap lah abi. gelap sangat sangat kat luar tu.
abi buat apa ? dari tadi adik tengok abi sibuk berpena dengan kertas je?"

"ha'a dik. abi tengah menulis. sebenarnya abi rindu bayu laut. rindu bayu laut siang hari. yang teman telinga kita bunyi deru angin-Nya dari pantai. abi rindu bayu laut malam hari. yang teman kita rehat sentap siang-Nya kita bergerak hidup sebagai seorang hamba tuhan. nah ! ini diari abi. bila adik dah pandai menulis. dah pandai membaca. adik sambung diari abi ni ya. buat warisan keluarga kita"

"ya abi"

antara rengek cengkerik dan burung hantu. antara decisan tikus di luar laman rumah.
tetap mereka dengar. jelas kedengaran. lalu. sepoi sepoi angin terasa berlalu. sepertinya beralun berombak berantai pantai. terkilai rambut si anak. si abi menyikat dengan tangannya sendiri. tangan yang sisa umurnya habis hidup di tepi pantai.

"handsome anak abi ini. punya mata yang sepet. punya telinga yang capang."

berlalu berdengkur di telinga si abi. sela dengan senyuman ikhlas dari hati seorang ayah. syukur anaknya tidur di malam itu dalam pangkuan mesra seorang ayah. tiada pernah terkaram rasa kasih, rasa sayang pada anaknya. sungguh benar menginginkan anaknya menjadi pewaris negara dan agama. sungguh benar.

"ah. tidur dah anakku seorang ini.
moga kelak dia jadi peneguh bangsa.

moga dia lebih kenal jalan hidup yang sukar ini.
moga tuhan berkati rahmat usianya.
moga hatinya tiada pernah rasa mesra kenal dunia kepalsuan.
selamat hari jadi nak.
selamat hari lahir.
yang ke-8 tahun."

dalam dialog.
lantas mengadu.
doa buat hidup anak.
sekecil ini.

ke hati mana kesedaran diberi kalau tidak ke hati sendiri

tak salah kalau hidup kita ini punya corak rentetan hati sendiri. cuma perlu pandai mencoret yang baru. jangan nanti bila dicoret hati kita ujar pesan langkah merana. janganlah begitu. biarkan ia dicoret pada hati kita sepenuhnya. baru sama dapat nikmat. baru sama dapat haluan. baru sama bawa berkat. nanti baru kita dapat belajar hormat hati kita. hati orang lain. kita kena sedar. kita ini hidup bertuhan. bukan bertuan.

dari sudut perspektif agama. ibuayah selalu ujar sye akan akan kesedaran dalam menempuh dugaan kehidupan lunak alam remaja.

"abang. kita kena sedar. kita ini punya tekad. mahu berjuang ke hadapan. dan terus ke hadapan. bukan ke belakang"

tidak cukup dengan itu. selalu pengata abah di tambah ibu.

"anakku. kita kena insaf. kita ini punya kiblat"

mungkin tiada gundah hatil sekecil sye ini. bila direnungi lebaran perluasan segala dosa dan pahala. hati sye mula meronta menangis. mula mahu meronta akan akan jahil hidup sebagai seorang anak. seorang hamba tuhan. seorang perindu mungkin.
lalu sye berdoa dalam syahdu. dan sye. cuba untuk mengadu keampunan.

ke hati mana kesedaran diberi kalau tidak ke hati sendiri ?

sudah masanya saya punya cita

harapan biar menggunung.
berlipat ganda kali usahanya mungkin.
cita biar kenyataan.
tiada karam nafsu usahanya mungkin.
sudah masanya sye punya cita.

harapan mula meneguh.
mula membangun.
hanya mendongak arus kehidupan.
usahanya sudah.
niatnya sudah.
tawakkal sahaja.
sudah masanya sye punya cita.

tunggu.
cita cita sye.
cita cita melalui sebuah citra cerita.
dalam dalam pelosok dunia ilmu.
dan kini.
sudah masanya sye punya cita.

baru tiada karam usahanya.
baru tiada luluh gigihannya.
teguh berdiri.
tegak berdikari.
baru terasa hebat.
itulah niat sye.
nak jadi arkitek muda.
sudah masanya sye punya cita.
ye dak ?

walau jauh bersama angin.
melepasi cerita cinta dan kasih.
cita cita melalui sebuah citra cerita ini.
tetap menjadi cita cita yang benar.
sampai lunturnya darah cinta.
sampai luluhnya darah kasih.

sekalipun disela.
tetap menjalar keabadian semangat mahu berjuang.
dan terus berjuang.
dalam dalam.
pelosok dunia cita cita citra sebuah cerita.
benar.
sudah masanya sye punya cita.
doakan sye.

"Sudah mula rasa umur remaja. Dah banyak yang perlu dikerjakan.
Cukuplah dengan hidup yang main main dulu dulu"

hari hari opah


hari ini.
hari hari makna.
punya sukma gelak.
punya sukma tawa.
antara sye sekeluarga.

benar opah sayang.
benar.
sayang kami cucu cucumu.
di nasihat nasihati.
sayang mereka anak anakmu.
di timang timangi.

benar opah sayang.
benar.
satu hari bersama.
satu hari bersuka.
cucumu seorang ini.
rasa hari hari opah.
bahagia tercungap segala.

selamat hari jadi opah.
yang ke-48.
moga hidup.
di timang rahmat tuhan.
moga umur.
di kabul kasih tuhan.

jangan biar bumi hijau kita usang


tiada perlu kita tagih bumi hijau ini.
tiada perlu kita ngemis bumi subur ini.
selain sedang kita leka.
selain sedang kita alpa.
di buai pesona dunia.
di alun nikmat dunia.
semata.

kita rugi.

benar.
kita rugi.
hidup kita ini.

juga rugi.

leka di bawa penongkahan arus zaman zaman.
leka di bawa perubahan masa masa dunia.
sedar akan tidak.
kita ini hidup dalam dalam pelosok.
bukan terperosok dalam pelosok yang hina.
tapi masih menjadi manusia.
yang hidup dalam dunia manusiawi.
yang tidak sedar akan hargai bumi hijau.
yang tidak pernah kenal erti mesra alam.

"hanyutkan kotoran hanyir dari tanah pamai bumi seusang ini. barulah tanah makmur dengan keadilan mengembang subur."

apa kata sya habis exam sem2 pagi tadi ?

baik. sye mulakan dari sini. lengkap sudah sem2. maklumlah semenjak kenal dunia arkitek ini. sye mula sibuk. bukan sibuk belajar. tapi sibuk dalam mengemas punggah baca buku buku untuk final exam. padat hari ini jadual sye. mungkin sebab mahu release tension. mungkin juga sebab mahu berdolak dalih dari pulang awal ke rumah. sye yang gila bowling ini terus memaku otak. dari kolej tadi. "sumpah. ok lepas exam terus main bowling." huh puas rasanya berdentam dentum pin pin bowling tadi. puas segala. bebas rasanya seketika.

mahu sahaja sye ke pangkuan belajar di sekolah lama lama. punya teman baik dan jahat. punya cikgu yang garang dan tak garang. semua ada. semua sye rasa. sumpah. tak macam kolej. maklumlah. semua pandang arkitek ini kaya. arkitek ini kreatif. tapi realitinya sye ini budak biasa. baru sahaja kenal dunia arkitek. baru sahaja menjadi mahasiswa yang sedang menganut ilmu arkitek. sungguh benar jadi arkitek muda. sumpah. sungguh benar. tapi tunggulah. tunggu sye dapat bakti padat dengan nikmat ilmu. sye bina yang baru buat semua. buat keluarga. rumah mungkin ? hotel mungkin ?

ok baiklah. sebagai konklusi. masa depan sye masih jauh ini yang sukar digapai. sukar dicekau. apatah lagi mahu di genggam. memang sukar. tidak mengapalah. mungkin sye ini perlu lebih berusaha. perlu lebih gagah dengan gigihan usaha. barangkali belajar dengan baik-baik dari orang yang mengajar. tak mahu sombong macam segelintir yang lain. tak mahu rombak setia dunia ilmu. main pakai tap tip tup. meniru. tiba-tiba exam meletup, dia 4.0. tak mahulah macam begitu. sebagai perantaraan bahasa gundah buat semua. salam termeterai dunia baru. salam sejahtera buat manusia dunia baru islam.

"salam sejahtera buat manusia dunia baru islam"


salam sejahtera buat manusia.
dunia baru islam.
biar kita begini.
hidup dalam seni.
seni islam mungkin.

salam sejahtera buat manusia.
dunia baru islam.
biar kita terperosok.
dalam pelosok seni.
seni islam mungkin.

salam sejahtera buat manusia.
dunia baru islam.
biar kita berucap.
pengata dalam seni.
seni islam mungkin.

hari ini.
sye mula sedar.
akan akan adaptasi.
tentang manusia.
tentang agama.
tentang semua.
sebuah seni islam.
hebat barangkali.

"salam sejahtera buat manusia dunia baru islam"

back word formal normal


tentang artis.
semua orang tahu.
teringin mahunya jadi artis.
macam dalam potret ini.

jadi artis ada 2.
jahat dan baik.
yang jahat suka demand pada producer.
itu dan ini.
macam macam.
yang baik.
semua suka dia.

sye kan artis yang baik.
ye dak ?

diskripsi dunia hiburan sye.