tentang ilmu

ada sebab ramai yang cemerlang.
dan ada sebab ramai yang gagal.

"ke mana usaha dilontarkan, disitu kejayaan akan diterjemahkan"

pakcik

dah lama dia cuba menyingkap tabir dunia. tapi setiap kali dia cuba membuka jendela sebuah kehidupan, hampir semua jalan cerita hidupnya menjadi hitam. seakan tiada ruang untuk dia bernafas dalam dunia dia sendiri.

"umpama jiwa yang waras, cuma hati yang mati. barangkali jiwa halus itu yang telus mudah ditembusi duri duri hidup. bangsat paling tepat"

entah. mungkin ini dinamakan lumrah. mungkin juga dinamakan hayat. atau mungkin paling tepat nafas hidup. lepas ini, hidup dia dalam gelandangan bersama sampah. berteman dengan lorong lorong. mengintai ruang ruang gelap. dalam selimut hitam itu, matanya mudah untuk mengelip.

"oh dah lama pakcik minum. cuba berhenti. saya tak paksa pakcik berhenti.
tapi saya minta pakcik cuba. ye pakcik"

"air semua sama. rasa macam tak rasa. yang ini layan"

*aku jumpa seorang pakcik di kedai makan. baru lepas teguk arak kata orang keliling. "jauhkan diri, kau jangan layan dia, gila mabuk", sapa brother di meja lain. sengaja aku dekat padanya. bertanya khabar dan perihal. dia layan bual aku dalam kepala pusing. untungnya dia seorang peminum. bukan seorang penagih. moga berubah kelak. tuhan, sampaikan doa aku ini.

"kecil dulu"

dulu aku kecil. dalam dada penuh sebidang seluhur senyuman ikhlas buat kawan kawan. barangkali buat teman. aku berkawan dengan semua orang. dan aku memang jenis suka berkawan. yang nakal. yang baik. yang ganas. yang pandai. yang banyak main. semua yang aku rasa. dan semua yang aku banggakan.

hingga harini. aku menghirup masa lampau dengan dunia dunia kecil aku disana. dunia yang penuh dengan kawan kawan aku yang bising. yang nakal. dan yang sentiasa di sisi aku. paling aku rindu dunia berbasikal satu kampung.

aku ujar diri aku dengan lambaian penuh kemesraan. dari rindu aku genggam dan semat dalam dalam. sumpah aku, rindu saat saat itu. sumpah aku, mahu jadi saat saat itu. kawan kawan. dan teman.

"aku hamba yang masih punya milik untuk merasa. kau semua yang terbaik"

dosa

satu. dua. tiga. empat dan lima. bila aku kira kira dosa, takkan cukup jari aku ini untuk mengira. entah ke mana hilangnya hati yang punya perasaan aku cakapkan dulu dulu. mungkin ia hilang bersama arus masa masa dunia. dan mungkin ia hilang dalam dalam kelam masa masa dunia juga. terkilan rasa bila aku kenang satu satu dosa yang tuhan aku panggil itu, murka.

esok adalah hari hari yang tuhan janjikan aku bahagia. barangkali juga, esok semua manusia pun tuhan akan janji kebahagian. sangka aku barangkali, tapi ikut hati pasti dari tuhan akan ada itu janji. cuma aku dan manusia mungkin tidak pernah kenal erti syukur. masih juga aku lari dari dunia dunia sebenar. seolah tindak tanduk aku di butir pasir berantai beralih mengikut peredaran ombak. aku hilang. dan aku. alpa.

dan aku memang manusia yang tidak kenal erti syukur. dan masa, tolong jangan sempitkan minda aku. tolong. beri aku ruang sedikit untuk bernafas dengan dunia sebenar. dunia tuhan. larikan aku.

"dosa yang lama, natijahnya akan berlaku masa masa yang bakal mendatang.
apa dulu yang kau buat, bermakna ini yang kau minta"

tentang


tentang diri.
tentang nafsu.
tentang jiwa.
tentang hati.
tentang perasaan.
tentang nafas.
tentang duka.
tentang suka.
tentang ilmu.
tentang hamba.
tentang tuhan.
tentang manusia.
tentang seni.
tentang lumrah.
tentang dia.
tentang hidup.
tentang cerita.
tentang kasih.
tentang dunia.
tentang rasa.

dan.

tentang si childish ini.
tentang semuanya.

"dalam kesibukan masa masa ini, beri aku ruang untuk bernafas seketika. dan masa. izinkan aku habisi cerita hidup menumbuh daun segar hijau"

muharam

alhamdulillah.
"kita masih sempat bersama ke hujung tahun. kamu di puncak.
aku di lurah. biar kita sama sama. tak terasa tua bukan ?"

falsafah jalanan

kata orang. bila perut kenyang hati jadi senang. tapi bagi aku. bila perut kenyang jiwa makin mahu melayang. ini aku, halim. lima tahun aku sudah merempat di kota jajahan jalanan prajudis kemewahan dunia, kuala lumpur. tempat tinggal aku di mana mana sahaja. kadang di lorong lorong. kadang di kaki kaki lima.

impian aku satu. mahu terbang tinggi. bila orang keliling pandang aku. mereka akan kata aku gila. gila pada dunia gila aku sendiri. dan bila orang orang sebut pasal aku. mereka pasti akan mual. mual lihat aku sebagai sampah. paling tepat, sampah masyarakat.

rutin harian aku bebas. dan jiwa jiwa aku turut sama. bebas. lima tahun dah aku di kota ini. tetap juga orang keliling pandang aku sebagai sampah. entah. rasanya mental mereka ini rosak dengan pandangan kabur. buta mungkin.

ya. aku ini begini. berbaju putih cool. berseluar pendek santai. mereka keliling nampak aku macam seorang pengemis. realitinya, aku bukan pengemis. dan mungkin juga orang keliling nampak aku macam seorang penagih. realitinya juga, aku bukan seorang penagih.

hidup aku sebagai seorang muzik jalanan. berpuisi jalanan. atau paling tepat, falsafah jalanan. aku nampak tenang bersendiri. langit biru tuhan selalu menjadi saksi gubahan lirik lagu aku. lagu jiwa jiwa aku. hati aku.

bagi aku,
"jiwa ini ibarat falsafah. falsafah itu mati. hati aku juga mati."

conceptual interior



Project : Conceptual Interior
Concept : Alphabet
Idea: Bringing the concept idea and use my own name "KHAI"
Presentation : Public speaking and video presentation.

sembilan belas

dulu.

masa masa aku mula nampak perut mama. aku tendang tendang. kadang kadang kerja berniaga mama terhenti sekejap sekejap. kadang kadang, kerja memasak mengemas rumah mama pun terhenti sekejap sekejap. sampailah sembilan bulan aku dalam perut buncit mama. aku keluar. masa aku keluar, mama cakap aku mandi darah. kakak cantik tolong lap lapkan badan aku. lepas itu aku dipeluk mama. aku menangis dalam pelukan mama. mama bagi aku susu.

ada lelaki kacak datang, terus bawa aku jauh dari pangkuan mama. tak sempat mahu aku mendakap lama pada badan mama, dia memekik di telinga aku. baru aku tahu. laki itu mengazankan aku. tanda aku lahir dalam islam. tanda aku manusia biasa. hamba tuhan yang perlu pengabdian diri pada tuhan yang Esa. syukur buat tuhan atas segalanya.

bila dah mula umur aku membesar sekecil jagung. mama tak pernah mengeluh mengajar dan mendidik aku. lelaki yang aku katakan kacak tadi, tidak pernah kenal erti letih bekerja mencari rezeki buat aku dan mama. buat kami sekeluarga. kadang kadang letih lelaki tadi, tiap malam mama ada ubat. bahagia mereka bahagia keluarga. mudah untuk aku mengukir senyum seorang seorang.

lewat bertahun tahun. sebelum arwah mama pergi tinggalkan aku. arwah mama selalu datang dalam bilik aku. katanya pada aku, jam 10.30 malam memang rutin arwah mama tengok anak dia comel baring atas katil. katanya, saja mahu kebil kebil bulu mata aku.

bila umur aku kembang ke puncak umur dewasa. aku seperti manusia biasa. punya hati dan punya perasaan. masih punya hidup dalam hak tuhan. hak berjiwa tuhan. bila difikirkan, dah masuk dunia sebagai seorang mahasiswa ini, masih juga aku mahu belajar mengenal membaca dengan arwah mama dan lelaki kacak tadi. sungguh memori dan kenangan yang masih terpahat ini, buat aku lebih sedar untuk kenal jalan hidup. sungguh. syukur buat tuhan.

sembilan belas.
syukur buat tuhan.
syukur buat segalanya.

mahu maju




"abang harini daniel lumba lari. dapat nombor 1. fuyooh. daniel potong sulaiman tadi. macam ini eeetttttt zuuuuus. laju tadi daniel lari"

"yeke. bagus bagus. tahun depan darjah satu daniel lari lagi laju macam tadi tau ?"

"eh mestilah. daniel kan power"

orang cakap. dengan tangan kita boleh melakar keluhuran budi yang tersemat kukuh pada sanubari. kaki pula boleh melangkah jauh merentasi segala keperitan dunia dunia. bagi aku, ini adalah satu titik permulaan buat si kecil ini untuk maju. baginya mahu. niatnya maju. aku doakan.

bangsat (cinta seorang pelosok dalam)


hari dalam hari hari semakin berlalu. banyak banyak jiwa sye lontarkan, masih juga mahu menatap sandiwara jiwa jiwa yang sedang sye hamparkan dalam lontaran kenangan. ya. kadang tak juga mahu rasa diri ini mual yang sangat. mungkin hati ini masih tak punya sifat untuk kuat dalam diri. masih tak kuat. atau mungkin hati ini masih belum punya hak.

nama sye Su. gadis kampung. dan semua anggap gadis kampung ini tidak berfikiran secara modenisme. dah mual dengan bual mulut lontaran pedas menghina mencaci. dah mual. kadang juga cinta gadis kampung orang bandar sanggup jual beli dengan helai kertas harga yang banyak.

ya. mungkin mereka ini membeli dengan harga. dan mungkin juga harga itu setaraf dengan cinta mereka mahu. tapi tak juga semua dari mereka yang datang dari bandar dapat hati yang punya harga. hati yang punya nilai. hati yang punya budi. tak.

"ayah. Su dah cukup masak dengan kata kata abang Am(seorang lelaki kaya bekerjaya besar di bandar sana). Su bosan dengan sikap abang Am yang suka ambil remeh temeh tentang hubungan kami ini. kadang kadang Su ini ibarat nasi yang dia makan untuk isi perut kosong dia ayah. dia kenyang dia biar sahaja. ya Su tahu. Su kurang berpelajaran pada mata dia. dengan ijazah pendidikan islam awal kanak kanak ini, bagi Am sijil Su tak ada harga buatnya banding dengan kerjayanya sekarang. kadang kadang Su ambil hati ini untuk pulang ke pangkuan hidup sebagai seorang hamba. hidup dengan abang Am buat Su jadi orang yang dah mati mati dari hidup. semua telunjuk Su kena dengar. sedang yang jahat jahat pun Su kena turuti. Su tak larat ayah. Su tak larat."

warna hidup dalam gelap. tak kembang warna pelangi walau segeram mana hati manusia cuba diolah untuk menjadi cinta. untuk dijadikan cinta bersama. takkan. berlalu masa pergi. berlari hati dalam hidup. siapa kaya tak semesti kaya dengan hati hatinya.

"ada abang Am pernah cakap ayah.
"aku kahwin dengan kau sebab kau cantik. aku tak peduli kau pandai masak ke, pandai menjahit ke, pandai apa pun, aku tak peduli. yang aku nak dari kau, habis kerja kau layan aku dengan baik. itu sahaja. bukan susah pun kau layan aku, satu hari ada 24 jam. bila malam baru kau dapat tengok muka aku. susah sangat ke kau nak layan aku. susah sangat ke ?""

bagi suami. cinta diilusikan dengan masa dan layanan sahaja. memang tabah hati seorang gadis pelosok dalam ini mengharungi hidup hidup yang tak akan pernah dia lupakan. umpama jiwa yang hidup rasa mati cinta.

jalan cinta begini tak perlu.
bangsat.

merdeka raya


dalam dalam era globalisasi kini. kuasa negara mula menggelegak maju ke hadapan. dari hitam ditukar menjadi putih. dari yang kasar dijadikan telus. dari budaya terus dijadikan luhur. dan negara kini mula disanjung sanjung. dalam kancah permodenan juga, kita satukan semua dalam satu satu masa. kita namakan "merdeka raya".

sedang negara puncak membangun. sedang juga rakyat dalam kesibukan terus mengunjung. raya disambut dalam lebaran senandung. bila diteroka bersama seolah kita melakar satu garisan kemajuan, memeluk erat tali hubungan seagama. dan bila dihuraikan,

"yang aku junjung bahasa negara"
"yang aku gendong bahasaku"

Salam merdeka raya.

dari cahaya











dari cahaya kita dapat melakar jiwa jiwa yang bebas. dan dari jiwa jiwa yang bebas itu, kita semaikan dalam benih benih kehidupan. segalanya terkembang suci. dari cahaya sekecil pejam mata kembali menerus dalam tusukan cahaya yang terang. dan seharusnya dalam prinsip hidup kita ini, "dalam setiap kegelapan, masih ada sisi terang-Nya".

anda baca.
anda fahami.

salam salaman lebaran

alhamdulillah. sye sudah mula tenang. tenang menuliskan cerita hidup. hidup sye. dan barangkali hidup semua. seakan tiada titik noktah di hujung kalimah. terus menerus mengalir. terus deras mengalir, tak melambat. walau sesaat pun. bagai air yang terjun bebas tanpa henti jauh, terus menjauh, tak mendekat. walau sedetik pun.

sempat sye coretkan di sini tentang hidup seangkatan jiwa jiwa kita sebagai orang islam, seorang hamba tuhan. meniti bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak. syukur buat tuhan atas segalanya.

selepas ini. sye masih lagi menjalani hidup yang biasa. mahu benar jadi manusia yang terbaik antara yang baik. buat ibu ayah. buat guru-guru mungkin. dan barangakali buat kawan kawan sye yang dulunya sye katakan sahabat sehebat teman, juga pada anda semua.

realitinya, sye tetap melakukan kesilapan. mengapa? sye juga manusia. anak manja yang baru kenal dunia hingusan. tapi sejarah yang lama lama buat sye kenal jalan hidup.

buat ibu ayah :
"maafkan segala keterlanjuran abang. antara dunia akhirat. kita tetap satu keluarga yang bahagia. insyaallah.
Salam Salaman Lebaran dari sye"

buat guru guru :

"segala curahan bakti sakti ilmu. antara dunia akhirat. sye akan guna pada jalan kebaikan. insyaallah. doakan anak didikmu dalam dunia persada ilmu
Salam Salaman Lebaran dari sye"

buat cinta :
"sye mula kenal dunia cinta daripada awak.
mungkin sye ini masih lemah dalam sikap.
masih tak sempurna depan mata awak.
mungkin bukan tak sempurna.
tapi terlalu awal untuk jadi sempurna.
maafkan sye. zahir batin.

Salam Salaman Lebaran dari sye"

buat kawan kawan :
"cebis cebisan kenang kenangan antara kita semua. akan sye tatangi dalam potret kenangan bersama. maafkan sye. dunia akhirat. zahir dan batin.
Salam Salaman Lebaran dari sye"

buat para pembaca blogger:
"terima kasih atas intai intip anda. membaca blog sye. maaf zahir batin.
Salam Salaman Lebaran dari sye"

10 days blog challenge _day 8, day 9 and day 10

klik sini.

merepek. satu perkara yang aku rasa senang untuk dikerjakan dan susah untuk ditinggalkan. bak kata orang kedah "hang jangan dok kalut". ya. sangkaan orang ramai bila sesuatu perkara yang tiada dan langsung akan tiada faedahnya, itu dikatakan kerja merepek. senang bukan mentaliti semua ini. sebenarnya begini, dalam dunia tiada ada benda yang merepek melainkan orang itu benar gila. apa yang dibuat semua tak betul. dan barangkali hanya cebisan sahaja perbuatan orang gila ini akan betul.

bila difikirkan semula. aku rasa sesuatu yang merepek kalau aku mahu panjat "dome"(kubah) masjid peluk sambil dongak ke atas langit. biru damai yang mencarikan aku ketenangan mungkin. kedua, aku rasa sesuatu itu merepek kalau aku mahu main badminton tapi menggunakan kayu besbol.pernahlah dulu masa kecil kecil, tak pandai main badminton tapi aku mahir dalam bermain besbol dok bantai main badminton guna kayu besbol. nampak makcik marah aku, aku cabut. aku lari. gila.

day 8.

sejujurnya. bila sebut pasal benci ini. benci aku ini sekejap sahaja pada masa masa yang tertentu. sebab masih segar dalam fikir waras aku, ustaz pernah cakap, seburuk buruk manusia di muka bumi ini, itulah semulia mulia ciptaan tuhan. sejak dari itu orang yang benci aku, aku suka. dan orang yang aku benci, takkan pernah ada. untuk wasiat warkah benci ini, rasanya tak ada untuk aku huraikan pendapat sebab apa dan sebab perlunya untuk aku membenci seseorang. betul tak ?

day 9.

(penutup) gambar yang menunjukkan korang emosi masa itu.
alamak, setahu aku, mana ada orang yang tengah marah suka ambil gambar dia. melainkan gambar itu sedang dicuri curi tangkap. ikutkan aku, tak pernah rasanya tangkap gambar masa tengah beremosi. emosi marah pun kadang kadang je berlaku. bukannya tiap bulan bulan. haha. sorry syilla.

day 10.

10 days blog challenge _day 7

klik sini.

bila sebut pasal hobi. semua orang tahu hobi itu satu kerja ada yang membosankan dan ada yang membahagiakan. bagi aku hobi ini akan menarik kalau aku cipta satu perkara yang baik buat kita. dan barangkali kesannya baik buat semua. macam aku. hobi ini bukan masa masa lapang yang mampu aku isikan. kadang kadang sambil berjalan pun idea untuk aku adaptasikan sesuatu itu dalam hobi. menrik.

hobi aku membina, menulis, mencipta. apa ? membina design rumah yang aku rasa itu menarik. menulis seberapa mana aku mampu untuk buat orang baca baca dijadikan tauladan. mencipta sebuah karya baru, seni yang baru. contohnya "filem pendek", "multimedia video" dang "editing video". menarik bukan.

*pesanan. membina adalah kerja kertas aku sebagai seorang mahasiswa arkitek.
menulis adalah rentetan yang aku fikir ia satu jalan cerita yang menarik. selalu aku
tayangkan dalam entry blog.
mencipta adalah inspirasi aku untuk mengarah sesuatu filem pendek, multimedia
video atau something yang boleh aku tonton sendiri.


contoh model design studio of conceptual interior. berkonsepkan nama aku sendiri "KHAI".
*MAAF. nak upload design rumah. resolution besar sangat.contoh model design studio of "exhibiton booth"(pameran). berkonsepkan nama kolej "CUCST'
*bakal present lepas raya nanti.

10 days blog challenge _day 5 and day 6

klik sini.

pertama kali bila orang orang ada sebut dan tanya pada aku tentang paling seronok bercuti. dua sahaja jawapan aku. satu di dunia. dua di akhirat. dan siapa siapa yang dengar pasti akan rasa mual dengan jawapan poyo dari aku. dan aku dah biasa begini. tenang dengan semua.

tempat paling menarik untuk aku bercuti ada banyak. dan dalam banyak banyak itu, aku suka pada tempat yang penuh dengan keindahan tuhan. contoh macam hutan, laut yang penuh dengan ombak ombak dan akhir sekali, tempat sejuk. sebab dalam sejuk itu ada kuar asap dari mulut kita. tak percaya anda boleh cuba. baru betul cool.

day 5 _ Blog challenge

kawan. dalam banyak banyak aku berkawan. aku suka pada semua kawan kawan aku. prinsip aku berkawan itu bukan berlawan. dan lawan aku ialah siapa kawan yang suka makan kawan. dan teman. dalam banyak banyak teman aku, mereka ini sumber untuk aku bercerita tentang masalah, tentang karenah dan tentang segala. mereka mencuri masa mereka kadang kadang buat dengar cerita aku dan jadi komentar tentang cerita aku itu. dan teman inilah yang seumpama dengan sahabat. dan lagi satu. prinsip aku ini, "sahabat sehebat teman".

bila dah cerita pasal kawan. tipu kalau aku ini masih belum empunya. dan peluang untuk aku bersama dengan gadis ini, peluang untuk aku huraikan jalan cerita untuk sentiasa dan terus bersama dengannya. susah senang dia disisi. bukan lagi hanya mendengar. tapi menabahkan aku erti kenal jalan hidup.

dengan kawan aku gembira. dengan teman aku juga gembira. dan dengan dia. aku cukup gembira. bersama.

day 5 _ Blog challenge

10 days blog challenge _day 3 and day 4

klik sini.


kalau diikut dengan potret wajah wajah bodoh hodoh aku. ada banyak. mungkin tak terkira. adanya masa aku tidur, adanya masa aku mandi bersinglet, banyak lagi lah. so, bila difikir balik, aku rasa dalam banyak banyak potret itu semua, ini potret paling "muka budjet" bagi aku. macam orang bandar selalu cakap "poyo". ya. cool. tak kisah dengan apa kata orang. aku rasa aku selesa dengan apa yang aku buat. aku bahagia. walau sampah macam mana muka aku bila waktu hodoh bodoh. itulah aku. aku.

day 3 _ Blog challenge

bilang pasal lagu paling seronok dilayan. tentunya lagu yang dapat tenangkan jiwa jiwa aku. lagu yang dapat damaikan isi hati hati aku. dan kadang kadang bila aku rasa aku mahu merungut, lagu yang rancak modal aku untuk aku teriak habis suara ini lepas geram(hardcore). ya. bersahaja.

tapi ikut rasa rasa, aku lebih pada lagu yang penuh dengan seruan violin(biola). mendengar dalam rasa lena. sayup. seronok. bila aku tambah dengan puisi dalam dendangan bersama seru biola. ya. seolah aku ini dalam menggila bersajak.

day 4 _ Blog challenge

10 days blog challenge _day 2

klik sini.

13 July 2010
"Multi-purpose hall City University College"

jujur. masa ini masa masa aku muda lagaknya. konon muka comel. haha. baru lepas selesai sesi pendaftaran nama aku di kolej. seingat aku, setahun lepas aku biasa biasa sahaja. kebetulan dengan potret hijau ini, masa itu masa hati aku melamar si gadis comel munggil. tak sangka hati dia kembang jadi bunga sebab aku. teruja rasanya. kalau diizin teriak. sungguh aku teriak namanya. mungkin ini peluang aku untuk beradu cinta. peluang aku untuk kongsi cerita cinta. ya.

fikir aku masa ini masih kolot. kurang untuk aku bongsaikan idea-idea bernas untuk design kelas studio arkitek. biasalah. baru daftar menganut ilmu arkitek. tak tahu rasa apa apa. apa lagi apa. memang batu lah fikir kolot aku ini sampai ke semester dua. rugi aku banyak main dalam kelas semester satu. yeah. sudah lah. sesal dulu berpendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. dah jatuh ditimpa tangga. umpama aku hhidup mesti cool. tenang.

day 2 _ Blog challenge

10 days blog challenge

klik sini.

13 August 2011
"Dewan Merak Kayangan,
Majlis Buka Puasa PERKIM Malaysia
bersama mantan Perdana Menteri
Tun Dr. Seri Mahathir"

masa masa ini dalam kenangan segar. potret terkini dalam lensa kamera aku. hidup aku sekarang masih dalam penitian hidup sebagai seorang hamba tuhan. masih lagi menjadi mahasiswa yang menganut ilmu arkitek. dan masih lagi bernafas dalam udara bersama semua. dan paling seronok, aku sedang membina pameran "design exhibition booth" untuk final project studio arkitek. doakan aku untuk terus maju ke hadapan dan terus ke hadapan. insyallah.

masih berkesempatan rasanya untuk aku ucapkan salam ramadhan mubarak buat semua. moga bulan ini bulan hikmah dan nikmat buat kita semua. insyaallah.

day 1 _ Blog challenge

dari cahaya











dalam banyak banyak seni. yang bersama dengan seni itu adalah harga dan nilainya. dan dalam banyak banyak jiwa yang sye selami. yang bersama dengan jiwa itu adalah harga dan pengorbanannya. bila digari, seni hilang harga. dan bila dicantas, jiwa juga hilang harganya.

budak budak


dan mereka ini.
akan meneruskan budaya Tuhan.
dan mereka ini.
akan terus hidup dalam ceria.

walau duka sering bersimpang,
takkan ada yang gugup dengan nawaitu mereka.
masih gah dengan diri sendiri.
selagi mana jiwa tuhan di dalam.
selagi itu agama tuhan.
juga di dalam.

jujur. sye suka lihat budak budak perantauan asing seperti arab, jordan, iran dan yang berdekatan. bagi sye mereka walau lumpuh dengan kemiskinan. tapi mereka kaya dengan kesopanan. bangga. suka dengan budak budak.

coretan ramadhan #2

gendang suara dari masjid berkumandang. azan maghrib kedengaran menyeliputi umat islam berbuka puasa. satu keluarga dalam rancak menjamu juadah berbuka. dalam warna hidup keluarga yang baru.


"daddy. daddy. hmmm kenapa kita kena puasa. Sha tak larat lah tadi siang.
lapar. Sha masuk bilik terus tidur. Daddy dengan mama tak penat puasa?"

"Sha. puasa ini tak macam hari hari kita tak puasa. bulan ini bulan mewah. Tuhan banyak
turunkan rahmat, rezeki, nikmat buat manusia. kadang kadang sampai melimpah ruah
atas apa yang ada di dunia ini atas pemberian Tuhan. cuma kita. cuma kita kena sedar
dan redha dengan ujian dan cabaran yang bakal mendatang. puasa ini bukan satu beban. tapi simpanan kotak pahala kita kat akhirat kelak"

"ya daddy. thank you. but!
satu bulan ni daddy kita puasa. Sha kurus lah nanti. tak slim macam mama.
kan mama kan ? hehe"

"haih kamu ini Sha. ke situ kamu fikir. puasa dulu. lepas bulan puasa nanti kamu makanlah
banyak banyak ok? ingat! kita ini muallaf. saudara baru dalam islam. tahun pertama
kita menjulang Ramadhan dalam hidup kita sekeluarga. Mama bahagia sangat dalam
keluarga ini"

"mama. thanks maaa. i love you. terharu Sha"

"dah ya. Sha ikut macam kami. puasa tau. tak mahu ponteng ponteng. nanti daddy dengan
mama bawa Sha pergi Manchester. daddy dengar kat sana a lot of fun for you dear. you will
take your enjaot at there. suka tak?"

"waaaa daddy. ok sangat sangat dah daddy. insyaallah Sha puasa penuh.
apa kata mama. saudara baru dalam islam. ehem ehem. hehe"

"ok sayang. good girl"


mendokong ilmu agama dalam dada. digendongnya mereka manis ilmu dalam dada juga. anda bayangkan jika anda seperti mereka. saudara baru mula bernafas dalam islam. mula bernafas dalam hidup islam. rasa.

legasi ramadhan kita

dalam banyak banyak bulan. islam suka tegahkan bulan ramadhan dalam buah fikir kita semua. bulan ini katanya bulan suci. bulan putih. barangkali bulan tenang. tapi bagi sye bulan ini bulan kita cuba menongkah dasar dosa dan pahala.

sebab selama ini dalam bulan bulan yang lain. dosa pahala kita langgar. kita satukan hidup kita dalam gelumuran darah baik dan jahat. bila ramadhan tiba. baru kita mahu menyanggah dosa. selama ini kita apa? hanya mampu dan mahu menurut kata hati batu. batu yang sudah keras. dan bila di rebus tak lumut dengan panas api dan air. sedar dengan ini, bulan ramadhan baru kita mahu lembutkan batu keras itu.

sampai bila mentaliti kita perlu begini. sampai bila. matikan niat bersama musuh islam. dan musuh tuhan. moga kali ini dan tahun ini. ramadhan kita semua dalam dalam tenang. mengalir mendapatkan berkat dan rahmat dari tuhan. insyaallah.

salam ramadhan dari sye

noktah ironis buatnya

hari ini dalam senyap senyap dia tawar mahu pulang ke kuala lumpur. kembali ke pangkuan jalan hidup di bandar dan kembali ke pangkuan jalan hidup sebagai seorang mahasiswi. katanya kesihatan makin pulih dan sudah boleh berjalan seperti hari harinya yang lain. sye akur tanda syukur buat tuhan sebaik pulih dia dari sakitnya.

dan moga kali ini. dia terus kembali semula dengan semangat bernoktah. moga jiwa jiwa dia sentiasa dalam ketenangan. ya. ketenangan.

naskah harapan

dalam forum. dalam tenang. seorang pembahas sejagat. mula menitik kata dengan naskah harapan. kertas ditangan serangkap sajak deklamasi bibir,

" ini cerita tentang aku.
tentang aku dan hidup aku.
tentang aku dan segala yang aku rasa.
ini semua buat aku mula bertindih akal fikir aku sendiri.
aku bahagia dalam jalan cerita begini rupa dari tuhan.
dan ini juga hak milik aku hidup di dunia.
mahu aku berdiri di depan, menangis tentang sukma berdarah.
yang aku luka, yang aku pedih dan yang aku hiris.
itu semua hati rintih aku.
hati aku.

masa aku terus menuai masa.
aku belajar mengikut peredaran masa masa.
aku suka hidup begini.
hidup bersama semua.
mati aku nanti.
seorang seorang.

cukup untuk mati aku kelak.
biar aku sekarang.
biarkan aku.
bernafas dalam hembusan udara.
dunia.
nyata.
hidup.
ini aku.
manusia berjiwa tuhan.
bukan tuan. "

riuh. bertepuk rapat tangan satu gegendang dewan murni (Murni Hall) didengarkan. sentap hati hati makcik pakcik tua disana. ada yang menangis teresak esak. ada yang tersipu mengeluarkan air mata jernih bertalam duka. dan ada yang pendam rasa sedih dalam dalam. tak siapa tahu.

* * * * * * *

hidup ini umpama percaturan masa. kita bersama kita berjaya. umpama harapan. mana datangnya harapan kalau tidak kita ini sendiri yang usaha buat kejayaan dan impian. dan ingat. tak semua apa yang ada pada kita, kita perlu rasa puas.

terang #1

buat kali ini. Sye teruja dengan keadaan semasa. Kem workshop arkitek ini memberangsangkan buah fikir sye tentang semua apa yang telah dipelajari. Seronok rasanya menimba ilmu ilmu disini. Sedikit sebanyak banyak yg sye perolehi. Kem terang hari ini masuk hari yang ketiga. Doakan sye disni dan semua. Insyaallah.

Buat pengetahuan semua. Kem ini adalah sebuah kem dimana editor arkitek punya tema sendiri "terang". Dari situ' buah fikir kami akan megolah intipati pada terang. Barangkali kami semua sudah buat yang terbaik. Dan moga tuhan memberkati sepanjang kem terang kami ini. Insyaallah.

contest ke-3 - aien

syukur buat tuhan. kali ini kali ketiga sye join contest bloggers aien. moga menarik lensa mata buat pembaca semua. sye tag. aen azhan. sebab dia masih baru dalam layaria blog. biar dia kenal.
"Maafkan aku kerana mencintaimu"


disudut. termenung jauh rashid. terdengar sayu. suaranya.

"awak. dah lama sye pendam. sekarang baru terburai rasa dalam ini. u know what. first time sye nampak awak. awak nampak tenang. dan awak nampak ceria. perilaku tindak awak, memek muka awak, jadi santapan hari bangun sye. hari hari. sye diolah dalam kemabukan rasa wajah awak. tak keruan rutin harian sye. yang sye tahu. mahu kenal dalam hati awak itu. sam!"

di sampok rashid oleh kawannya, zahir.

"apa kau buat ni. pegang kertas. surat cinta ea ? ceh! mengelamun rupanya kawan aku seorang ni. haha. gila bayang ke apa ?"

"nonsense la kau. ni haa aku jumpa kertas ni dalam beg laptop arwah."

"ouh yeke ? apa isi dalamnya. na jugak aku tahu."

"kau lambat datang. sorry. aku malas na ulang apa yang aku baca. ok ?

kebetulan seminggu lepas zaki meninggal akibat terkena serangan virus h1n1. demam melarat menusuk badannya seminggu berjuang kesakitan. seminggu berlawan penyakit.

"sampailah satu hari. mungkin ruang kita bersua tuhan aturkan sudah. sye dekat berjalan dengan awak. sye rapat dengan awak. sye bercakap dengan awak. dan awak balas perbualan kita. nafas awak berbunyi masa itu. sye dengar. benar. teringat sye dalam dalam. dulu kata arwah mama, wanita bernafas keibuan ini molek hati dalamnya. sa!"

sekali lagi. disua perbualan oleh zahir.

"pergh. zaki hebat babe. gila ah. siapa yang dia minat tu. siapa ?"

"kau ni zahir. sabarlah. bagi aku baca dulu. kecoh seh kau datang sini. haih"

"ye la. aku je kecoh. kau tu tak kecoh. hehe. dah dah. sambung sambung."

"sye kenal awak dengan satu nama, Maya. Nurul Maya Farhana binti Abd Malik. nama ini pertama kali sye dengar dari tutur bibir awak semasa kita berkenalan dulu. terpaku dalam nama awak dalam hati sye. tak siapa tahu. semenjak itu, kita mula berkenalan. dan terus mengenali hati budi masing masing. seronok. awak nampak garang bila kita berbual. tapi garang awak dikalis dengan ukiran senyum awak. indah sangat sangat. how come u are so sweet lah maya. tak pernah sye rasa macam ini sekali dalam hidup sye. tak pernah.ta!"

dipetah sekali lagi zahir pada rashid. tampak terkejut dengan surat arwah. makumlah. arwah jenis pendiam dahulu. tak sangka diam perangainya rasa cintanya begitu mendalam. rambut sama hitam. tapi hati lain lain.

"ouh zaki suka maya rupanya. patutlah masa dinner countdown reunion kita dulu, zaki malu malu dengan semua orang. rupanya dia minat maya. ceh ! kenapa la hai maya tak layan dia masa tu?"

"ceh kau. mungkin maya dengan zaki tak nak semua orang tahu dulu kot tentang hubungan diaorang. biar lah. setiap cinta. punya satu jalan cerita cintanya. ye dak ?

"betul juga kan. dah dah sambung balik shid baca."

"tapi tak semua rasa kita perlu luahkan maya. sye mula kenal awak dengan satu nama cinta. cinta maya. dan sye mula kenal dunia bahagia ini. juga dengan awak maya. sometimes bila kita keluar bersama, kadang kadang rasa rindu ini tak sampai. maklumah. rindu sye rindu dalam. and so mulai dari kita kenal itu, sye dah terlanjur dengan awak maya. telanjur mencintai awak. maaflah sye suka awak, sye tak beritahu awak. sye harap lepas perjumpaan kali ini, mungkin sye selesa lebih berterus terang. ya. sye mula berani dengan awak. sayangku maya. sekali lagi. maafkan aku kerana mencintaimu. lebih dari segalanya. awak bunga hati. awaklah teman hidup. selamanya maya."

diselangi serentak berdua.

"wah. luahan hati arwah zaki memang luar biasalah."

"memang terburai jasad bila rindu disatukan. patutlah arwah dulu selalu suka menulis blog. mungkin isi dalam blognya luah hati dia kan shid. fuh. hebat."

tersentuh. surat itu diakhiri dengan ucapan selamanya maya. ya mungkin zaki bahagia disana bersama cintanya. bersama cinta yang dibawanya. moga arwah ditempatkan dalam dalam golongan orang yang beriman.

cherating dan keluarga



















sye tinggalkan duka disana.
dan sye bawakan hati gembira juga di sana.
lalu sye sampaikan rasa sye pada hati hati.

cherating dan keluarga.
bersama.
selamanya.

dara alam


dara alam dinikmati.
diperkosa dengan pelbagai cara.
segala flora dan fauna.
habis usang terbiar hina.

dara alam mula merintih.
digondol habis ciptaan tuhan.
buat ketaksuban dunia semata.
rakyat sejagat mahukan kuasa.
sementara.

kemudian.
dara alam dirobek.
walau gempa besar dan kecil.
menjamah setengah kawasan.
masih ada yang berdusta dengan harta dunia.

"manusia masih berlumba dalam kemabukan rasa. rasa dara alam. ingat. tiada alam. tiadalah kita di sini. cukup dengan nikmat pemberian tuhan selama ini kecapi. masih juga kita mahu begini ? masih ?"