berdiri atas jalan hidup

"sibuk ah kau. ini hal aku. yang aku buli pun adik aku.
bukan adik kau. kau apa kisah ?"

sekian senang berkata seraya si sinis bersuara bongkak berlagak itu. si pembuli dek abang pada adik adiknya. adik adiknya yang baru sahaja giat membesar awal lingkungan 7 tahun. kembar darjah satu. barangkali. gempal badan mereka berdua. tatkala dialog ini di dengar oleh Sam kawan sekolah abang mereka, Bakri.

"abang Bakri. tak mahu lah buat kami macam begini.
tiap hari hari abang suruh adik cakap kat mak,
yang abang pergi tuisyen lepas balik sekolah.
tapi yang betul betul kan abang pergi keluar town.
adik tak mahu tipu mak lagi.
tak mahu."

rayu si gempal kembar itu. irfan haziq dan irfan haikal. kadang mereka terhimpit akan desakan abang mereka yang tidak kenal erti sayang adik. apa lagi kasih adik. si adik barangkali mahu merasa hari hari belas manja budi abang. mungkin hati abang mereka masih tertutup. mungkin juga abang mereka kurang senang dengan bentuk fizikal adiknya yang kembar gempal itu. sering juga dia di ejek rakan sekolah adiknya gempal dan jelek.

* * * * * * * *

hari berganti hari hari. rutin abang Bakri tak pernah sesekali merubah hidup buat jadi seorang pelajar berjaya. buat jadi seorang abang sayang pada adiknya. hanya gemar paku kepala dalam dalam. town, bergaya, bebas dan segala. "ah! sudah lapok hidup asyik dengar cakap mak ayah", kata Bakri. mungkin Bakri mula cuba hidup zaman remaja. zaman remaja yang lahanat bagi mereka yang silap. bagi mereka yang silap mengatur hidup. mereka yang silap merancang masa.

mungkin bagi Bakri. hidup ini tak perlu ada rasa sayang. tak perlu ada rasa budi dan hormat hidup. biar bebas rasa dunia itu apa. biar bebas rasa masa minit saat saat dunia. mungkin juga Bakri jenis kepala batu yang berpegang prinsip, "sorok dosa dalam kotak pahala. buat kalis bekas bekas jahat dosa dulu dulu". barangkali mungkin. sampaikan jiwanya tiada punya erti apa itu insaf ? apa itu agama ? dan apa itu keluarga ?

* * * * * * * *

kemudian bertahun selang lamanya. dan masa minit minit bersilih dan terus berganti ganti. barangkali masa pada itu berganti dengan keadilan hak tuhan. hak kasih tuhan. Bakri yang dulu jahat apa lagi yang hanya tahu kenal nikmat dunia semata, kini berubah. menjadi yang buruk kepada yang baik. yang nakal. juga kepada yang baik. yang gelap hidupnya ditinggalkan. yang bersuluh kini, dia hidup kan dengan benih subur kedamaian rasa nikmat keinsafan, agama, keluarga dan segala.

mungkin takdir yang ditentukan tuhan mencabut nyawa kembar adiknya. buat dia berdiri atas jalan hidup. insaf akan bukti sayang adik itu masih rasa. masih juga terasa sekarang. mungkin juga takdir tuhan melakonkan dia sebagai karakter gelap dulu dulu, buat dia kini menjadi karakter manusia dunia tuhan dengan rasa abdi kebaikan. mungkin.

* TAMAT *

entah!
kuasa tuhan siapa tahu.
dia yang merangka jalan.
dia juga lah yang merangka hidup.
dan kita ?
hanya berdiri atas jalan hidup.

1 ulasan:

tyra berkata...

ulasan kataku tidaklah seindahnya manis ceritera yg kau coretkan..
tp ulas kataku adalah coretan ikhlas dr hati..

usah dipandang 1 kekurangan itu satu kemaluan & kebencian..
usah lagi dihina & dikeji 1 perkara yg xpna disukai..
dalam kekurangan & kebencian itu sebenarnya tlah lahir 1 keistimewaan..
keistimewaan yg xpna dduga..
hargailah apa yg ada,apa yg dimiliki,
kerna jika ia pergi nanti,
pastinya akan kehilangan sesuatu yg kita perlukan..
mungkin tuhan tak beri apa yg kita mau..
tp tuhan beri apa yg kita perlukan (=