bukan senyap. tapi masih lagi berdoa buat umat ghaza palestina




dan malam itu.
bangkit dari tidur.
tersedar dari mimpi.
terjaga dari lena.
tersentap akan dunia ini.
tercungap segala.

sungguhnya.
cerita di akhbar
.
di kaca tv berita.
dan di radiator usang
.
yang sye baca itu.
dan yang
sye tonton itu.
juga yang
sye dengar itu.
kelmarin dulunya.
mendengar anak-anak.
si perintih pedih rasa.
meronta dan menangis.
tagih lapar.
apa lagi tagih dahaga.
mahu juga tagih kasih.
yang tiada punya siapa siapa.
apa lagi apa.

doa buat tuhan.
buat umat ghaza palestina.
sungguhnya.
"suluhan matahari di balik hujan itu".
pasti ada suara dalam keadilan bersama.
pasti ada.
ya.
pasti ada.

sungguhnya.
"setiap yang baik baik di balik rasa sakit itu".
pasti ada ubat doa ketenangan di syahdukan.
sye pasti.
ya.
sye pasti.

tutup mata dalam berdiam.
dan
terus menutup dalam pejaman berdiam juga.
benarkan sye;
rindu umat ghaza palestina
buat sye
dapat melihat
hari yang bakal mendatang itu.
hari hari cerah.
hari hari tenang.
yang punya sakti doa dalam syahdu.
dari semua bersama.

bila tahu anak-anak.
semua pakcik makcik tua tua.
yang uzur dipapah usung itu.
kelaparan setiap hari.
barangkali setiap masa.
mungkin juga setiap saat.
buat sye mual.
mual dengan sikap pejuang.
parajurit dusta dari israel.
mual.

zahirnya.
tiada pernah ternokhtah doa kami disini.
berdoa untuk hidup tidak bermula.
berdoa untuk semua yang bernafas.
berdoa untuk semua jiwa-jiwa yang memerlukan jiwa.
berdoa untuk melihat hari hari sye.
hari hari mereka.
hari hari semua.
baik dalam cerita dunia tuhan.
bukan tuan.



"bukan senyap.
tapi masih lagi berdoa buat umat ghaza di palestina".

2 ulasan:

CadBury berkata...

khai...
bkan lagi am (n_n)

ya mari bersama sama kita
bersatu mengumpul suara
menadah tangan berdoa
kepada yang berkuasa
supaya umat ghaza palestina
mangsa mamahan israel ini
kuat,tabah menghadapi
ujian syahid Allah ini....

khai telah menyedarkan kami dari
lemas hanyut dalam dunia kaya kita sekarang
sedangkan di sana mereka sedang
mengerah darah merah untuk meneruskan perjuangan...
(n_n)

tentang am si childish berkata...

syukur buat tuhan. kita masih lagi sempat berdoa buat mereka. buat kita semua.