esok bermula segala rasa semula hidup kolej


adanya kita sedar. kita ini. hidup sedang diuji dan diujar. sedang diujar oleh masa supaya dapat menuai minit minit menjadi seorang hamba tuhan. yang sedar akan taat patuh atas agamanya. menjadi seorang anak. yang sedar berjasa bakti buat ibuayah. menjadi seorang sahabat sehebat teman. yang sedar menjadi pengerat rasa suka hidup berkawan berlama lama pun tiada mengapa. benar. berlama lama pun tiada mengapa.

selang masa masa lapang. hari ini. masa masa ibuayah rehat depan televisyen. sye mula menelaah mengemas punggah buku buku belajar. kertas kosong kosong. helaian assignment architectural technology. dan banyak lagi mungkin. maklumlah. dah nak masuk sem3. banyak yang perlu sye kerja dan kejarkan. sumpah. banyak lagi. esok bermula segala rasa semula hidup kolej.

"abang buat apa tu. nak pergi mana kemas beg"

"kemas untuk esok ke kolej bang. senang. awal pagi tak de kelamkabut sangat."

realitinya. memang sye jahil dari aspek ilmu. tapi lawannya sye gigih dalam pembikinan rangsangan belajar mempraktik mengamal dalam dalam dunia ilmu. mungkin tidak sempurna sepenuhnya sye belajar selama ini. selama sye hirup nafas ini. mungkin. tapi sye cuba untuk memahami apa apa jua buat sye jadi yang terbaik antara yang terbaik. benar. sye tak minta lebih untuk jadi sehebat abu bakar, semegah bilal bin rabah. apa yang sye mahu. jadi diri yang sendiri. diri yang sendiri berdiri membangun ke hadapan tidak berlari berpatah balik untuk kenal jalan rencana hidup manusia.

sebagai seorang mahasiswa yang menganut ilmu arkitek. syukur segalanya. sye di beri kesempatan dalam bernafas untuk kenal dunia seorang arkitek. sedikit atau banyak. sye masih bersyukur. dan tetap bersyukur. esok bermula segala rasa semula hidup kolej sem 3. mungkin pada dasarnya sye akan rindu teman teman sekelas arkitek. ya. memang akan rindu. moga esok hari pertabalan kami serasa seronok semula semua bersama. moga begitu. amin ya allah.

Tiada ulasan: