seronok cuti langkawi










kita singgah di kaki lima lukisan jiwa,
yang penuh seni,
coretan dari masa masa,
catitan dari minit minit,
catatan dari saat saat,
benar.

kita singgah di kaki lima lukisan jiwa,
yang terhakis dari dunia pelbagai,
mendokong pengalaman,
meronta impian,
mendakap cita,
benar.

hari itu. hari dalam kenangan sye tuntut melukis ruang pengalaman jiwa jiwa. teruja sungguh. benar. teruja sungguh. syukur buat tuhan sye masih punya ruang untuk melukis jiwa jiwa pengalaman yang telah sye lalui. yang telah sye dahului. kecelikan mata suatu kurniaan dari tuhan buat sye. benar. suatu kurnian keistimewaan yang nikmat. punya ruang masa untuk sye melihat alam butir pasir pantai berantai-Nya walau tiada terbilang. punya peluang rasa untuk sye hembus bayu daratnya yang pergi jauh terbang mengembara ke lautnya teman seisi serapat. buat sye kenal erti dunia. erti bersaudara. erti agama. erti segala. barangkali erti diri sendiri.

sye menongkah berantonasi bersama jiwa jiwa pengalaman.katanya,

"mahsuri ku kenal sudah lagendanya"

ceritanya barangkali baik dijadikan dasar pengajaran pedoman untuk belia sejagat seperti sye ini. buat kenal jalan hidup. buat kenal jalan rentetan sebuah kehidupan. buat kenal dunia hidup mati rasa cinta pengalaman.

kemudian, sye menongkah berantonasi bersama jiwa jiwa pengalaman yang lain.katanya,

"telaga tujuh tuju haluan lalu baruku"

dalam sejarah memori. mendaki beratus anak tangga. menapak juga barangkali. bagi menuju terus ke telaga tujuh. telaga lagenda. ia suatu rasukan rasa nafsu ingin tahu. ingin tahu telaga. ingin tahu telaga tujuh. ingin tahu apa ada di sana. ya. ingin tahu.

bersama ini. sye ujar sisipan rindu buat diri sye sendiri agar dapat berjalan atas tapak dunia. dunia yang nyatanya sye hanya jadi pelakon bagi lakonan takdir tuhan. lakonan takdir tuhan yang telah Dia aturkan buat sye. benar. sye hamba tuhan yang belum punya apa apa lagi. baik pahala mahupun dosa. biarkan sye begini. bebas dalam lukisan pengalaman jiwa. biarkan.

2 ulasan:

sri juju berkata...

yeah , langkawi mmg best ! byk tmpt bersjrh lg2 kt makam mahsuri . ;))

tentang am si childish berkata...

yaa. betul betul. seronok choi jalan cuti langkawi