ucap

suatu dulu sye seorang pengembara. seorang pengembara yang meniti hidup dengan suasana jahil. sehabis yang jahat sye kejar. yang baik itu. sye tinggalkan di belakang berciciran. berciciran bertempiaran terburai satu satu di belakang. ya. di biarkan satu satu. kejam bukan ?

sye mengaku yang dulu dulu itu sye. dan pengakuan sye ini bukan curang segala. jangan adil hidup sye dengan satu panahan dusta. jangan adil hidup sye dengan satu ramuan kejam. cukup sye dengan hidup dulu dulu. cukup. sye tak mahu berpantang arah lagi. tak mau. titikkan noktah buat rasa dusta itu pada sye. gariskan satu bulatan masa. buat niat sye ini sedar dengan ledakan semangat yang sye katakan dulu. dengan hidup sekarang. masa masa yang sye lalui. dapat buat sye lebih senyum senyum bersama semua.

sampaikan doa buat sye sedar akan dunia. barangkali dengan perihal dunia dalam keadaan sejagat ini, tidak cukup rasanya sekadar nasihat yang diingatkan pada diri sye sendiri "kepada siapa kesedaran diberi kalau tidak ke hati sendiri" itu. tidak cukup. hingga kini entah ke mana kesedaran itu pergi jauh dan jauh dari sye. entah. mungkin sye ini manusia lemah. manusia yang lemah berpura kuat dengan rasa hidup di muka bumi tanah pamai ciptaan tuhan. ya. berpura semata barangkali.

dan sekarang.
sye mula pegang prinsip kata kata kawan seteman sye ini.

"dah masuk pertengahan umur remaja.dah banyak yang perlu difikirkan. cukuplah dengan hidup main main dahulu".

terima kasih aiman.
terima kasih semua yang membaca.
terima kasih segala.

Tiada ulasan: