join contest syaheed norazam

kadang kita ini leka dangan arus tuaian masa masa. antara jutaan cita dan cinta kita kecapi. pasti yang satu itu akan kita semati dalam dalam hati kita. baik. buat permulaan bersama. lensa mata dan hati sye terbuka untuk join satu contest syaheed norazam.

-ilidhiya
-safuraa
-kaka


" ERTI CINTA SEJATI "

* * * * * * * *
hari ini sye bangkit dari tidur. teringat pada arwah mama yang dulu dulu masa sye kecil kejut bangun subuh ke sekolah. arwah mama siapkan sarapan sye, baju sekolah sye, buku buku sekolah sye dan banyak lagi. semua arwah mama yang siapkan. maklumlah, anak tunggal manja seperti ombak dan pantai. bila ombak mendatang. pasir butir berantai yang akan sambut ombak. dijadikan buih buih masin. sama macam sye dan mama. hari berganti hari dan terus bersilih tahun demi tahun. malangnya sye bersama mama tak lama. mama pergi meninggalkan sye dan abah ketika umur sye sekecil jagung 10 tahun.

kini pusara arwah mama jauh dari tempat tinggal sye sekarang. pusaranya di laman kampung tempat sye membesar, pontian johor. dan sye kini menetap di damansara selangor. ya. sye rindu mama sye. ya. rindu juga masa masa arwah mama masak masak buat makan minum sye. arwah mama tak pernah mengeluh mengajar sye tentang bahasa, tentang agama, tentang budaya, tentang sikap dan tentang segala. pernah mama cakap;

" abang. sampai besar nanti belajar rajin rajin. nanti abang kerja mama boleh duduk dengan abang pula. abang akan jaga mama tau"

ujaran itu terpendam padat dalam dalam hati sye. sebesar itu sahaja permintaan arwah mama pada sye sebelum dia meninggal. sedangkan sye ini. pernah tinggal di dalam perut buncit mama selama 9 bulan. tak cukup rasanya bagi sye untuk membalas semuanya pada masa itu. ya. mungkin benar kata orang, "berkasih anak biar selamanya berbudi berkasih". kini, sye meniti hidup merindui mama. mama yang tak pernah kenal erti putus mengeluh asa berniaga. mencari rezeki tambahan buat kami sekeluarga.

selang bertahun lamanya mama pergi meninggalkan sye dan dunianya. sye sedar. didikan agama mama pada sye masa kecil kecil berguna natijahnya masa sekarang. buktinya, kata keramat " ya allah ya tuhanku, selamatkanlah ibubapaku dari azab neraka. sayangilah mereka wahai tuhanku sebagaimana engkau menyangi hamba-hambamu yang lain. tempatkanlah mereka di tempat orang orang yang beramal soleh". ya. mungkin kata keramat ini satu sisipan doa rindu buat mama di sana dan buat kenangan mama bersama sye di sini.

segala yang rindu.
memayungi hasrat.
doa pengantar.
buat mama.
erti cinta sejati mama.


* * * * * * * *
http://khairulsengal.blogspot.com/2010/12/mengadu-doa-buat-hidup-anak-sekecil-ini.html
(haa. baca baca)

apa yang sye coretkan disini. cinta si ayah mati hati sejati kembang beragam dalam hidup si anak. dipakukan pada si kecil itu antara yang baik dan yang jahat. diwatakkan dunia ini sebagai lakonan manusia sejagat yang punya kemahuan terus dan terus berjaya. dunia akhirat.

segala yang diberi.
memadatkan naluri si anak.
mengadu doa.
buat hidup anak sekecil ini.
erti cinta sejati seorang ayah.

* * * * * * * *

http://khairulsengal.blogspot.com/2010/08/merdeka-kali-ini-yang-ke-53.html
(haa. baca baca)

apa yang sye coretkan disini. cinta anak comel yang belum punya apa apa kenal negara berdaulat. benar kata sahabat sehebat teman sye, aiman. katanya suara rakyat suara keramat. ya. mungkin dari sudut perspektif kepimpinan. kita dididik menjadi peneguh bangsa. mungkin juga diajar menjadi pejuang agama. tidak pernah sama sekali kita di ujar menjadi pengkhianat bahasa dan peludah bahasa.

buat kesedaran semua.
jangan di undi pemimpin berlidah dua.
menggerak negara bukan satu mainan.
tetapi.
membangun negara dengan satu corakan berjasa.
umpama angkatan jiwa rakyat.
cinta negara yang sejati.

* * * * * * * *

http://khairulsengal.blogspot.com/2010/06/dialog-si-tua-ini-benar.html
(haa. baca baca)

apa yang sye coretkan disini. tentang dunia manusia. dunia yang tua dan yang muda. dunia yang berlalu dan dunia yang bakal mendatang. dunia yang baik dan dunia yang jahat. sedar atau tidak. kita ini punya kiblat. insaf suatu keabdian dalam dalam diri semua manusia yang bergelar insan. watak lakonan yang tuhan beri pada kita untuk kenal semua yang dirasa. itu satu keistimewaan dalam diari hidup kita. sedar akan tidak. syukur buat tuhan, lahir kita ini dalam keluarga islam.

buat didikan bersama.
antara semua.
syukur buat tuhan.
sye di lahirkan dalam keluarga islam.
kucupan mesra dari sye.
cinta sejati sye pada agama.
cinta sejati sye tak kenal usia.

* * * * * * * *
http://khairulsengal.blogspot.com/2010/07/cerita-cinta-surat-kasih-kekasih.html
(haa. baca baca)

apa yang sye coretkan disini. erti cinta sejati dari pasangan masing masing. maaf. sye tak dapat libatkan diri sye dalam erti cinta sejati ini. sesungguhnya. sye masih belum sempurna untuk bercinta. barangkali belum cukup untuk jadi yang sempurna. sye jadikan kisah su dan am, kawan karib sye dalam alunan coretan cinta sejati dari pasangan buat semua. harap terhibur.

macam yang sye cakap dulu dulu.

cinta mati hati rasa jiwa cinta.
haram bercabang kasih pada orang lain.
erti cinta sejati dari pasangan.

* * * * * * * *
segala yang sye beri. satu tema, satu hasrat, satu niat dan satu kata pengantar, "erti cinta sejati". bagi sye, cinta itu datang dari tuhan. berterusan pada nabi nabi kita. pada ibu ayah. pada negara. pada agama. pada kawan kawan dan pada segala. kemudian kunci pupukan cinta sejati bermula disini,

"datang dari tuhan.
diberikan pada kita.
untuk di rencanakan dalam jalan cerita hidup kita.

bila rasa cinta itu datang.
Dia lah yang aturkan niat sejati kita.
Dia lah yang yang menggerakkan semuanya.
dan kita ?
hanya mampu semati acuan cinta dan acuan sejati itu.
antara dunia akhirat.
dan itulah yang dikatakan
"cinta sejati"".

sekian buat syaheed norazam. selamat maju jaya buat bloggers.

4 ulasan:

si aku berkata...

This is a nice one dude. Aku tengok kau minat menulis. Ada bakat. Aku suka tulisan kau. Keep it up okay.

tentang am si childish berkata...

almost welcome beb

NeSCAFe AiS !! berkata...

sy baru habis baca coretan awk..nice.sgt puitis.
buat air mata sy mengalir..
smoga arwah ibu ditempatkan bsama org2 yg beriman.nice to meet your blog..huhu

tentang am si childish berkata...

aminn. thnaks beb.
almos welcome atas intai intip anda :)