rindu nenek dan kampung nenek

nenek sye sihat. masih kuat berjalan sekarang. menoreh berbasikal. menebas mencantas kayu kayu. dah biasa baginya. sama cerita nenek dulu dulu masa sye kecil. buktinya sampai sekarang sye simpan dalam dalam hati sye. ingat lagi,

"abang. panjat lah pokok rambutan rendang tu. petikkan setangkai rambutan tu. nenek nak."

"nenek. abang tak pandai panjat pokoklah. nenek lah yang panjat"

masa itu sye masih kecil. kecil kecil jagung. rupa masih comel. itulah sye dulu dulunya. yang tak punya apa apa. apa lagi apa. memanjat menebas tak sehebat macam nenek lagi. hebat juga nenek panjat pokok rambutan. dipetiknya setangkai bingkai rambutan merah ragam manis manis warnanya buat sye dan dia. dimakan dikunyah kami bersama. manis rambutan masa itu. ya. manis.

ada lagi cerita sye dan nenek. dulu seawal sye tingkatan satu. nenek lah yang kayuh basikal hantar sye ke jalan besar. tunggu teksi untuk ke sekolah di pekan. awal pagi nenek dah bangun. buat semua ini untuk sye. syukur buat tuhan. sye di beri peluang tinggal di asrama seminggu kemudian. ya. bila di asrama. lain ceritanya pula. rindu kami tak boleh di sampahkan suka hati hati. kami masing masing rindu. selalu jugalah sye call nenek. tak pernah nenek tinggalkan kata kata rindu pesan ini,

"Abang bila nak balik kampung ?
sabtu ahad tak cuti asrama ke?
baliklah kampung.
rambutan masih bayak lagi ni
nenek rindu,"

ya. kata kata rindu nenek ini pada sye. sye rindukan semuanya. sampailah sekarang. sye membesar jauh di laman kampung nenek. sejak jadi mahasiswa di Kuala Lumpur. sye selalu bingkiskan doa doa rindu pada nenek. tetap rasa tak puas dengan bekalan bingkisan doa doa rindu itu. ya. tetap rasa tak puas. halangan di sini tak daya apa apa sye lakukan. sesibuk sye di ipts ini nek. sye tetap rindukan nenek. benar.

sye rindukan nenek dan pokok rambutan yang nenek panjat. sye rindukan nenek semuanya. rindukan laman rumah nenek juga. yang buat sye jadi seorang cucu rindu neneknya. buat sye yang masih lemah ini. sye tatangi kenangan sye masa kecil kecil itu dalam puntalan sensasi sensasi hidup sye sendiri. ya. sye tatangi.

pendam seorang cucu.
rindu neneknya.

4 ulasan:

biha yahya berkata...

follow khai , btw best nyer ade kampung :(

tentang am si childish berkata...

ada kampung ada bandar. semua sama je.
udara yang di hirup. dari tuhan.
tanah yang di pijak. juga dari tuhan. kan ?

biha yahya berkata...

okeyh2 !
syukur gila :DD

tentang am si childish berkata...

:)