pendakian jiwa

































hari hari sye masih punya rasa dalam nikmat. pernah sye katakan dulu, ia bagai nikmat yang dihasrat tapi sukar didapat. ah ! buat sye tersisih dalam dalam alunan hidup sendiri. ledakan semangat yang sye katakan dulu dulu sye bentangkan dalam buah fikir sye. hidup dalam keluarga. hidup sekeluarga. di hati ini. mengukir sehulur senyum seikhlas. di hati ini. mengembang rasa sebahagia bertubi cinta cinta.

hari bersilih ganti hari hari,
masa terus menuai masa masa.

mendongak,
di dakapkan sebuah bukit,
padat,
di eratkan bayang bukit itu.

lalu,
di puncaknya selembar kebahagian,
dan,
di lurahnya sebidang kesaksian,
lantas mendaki ke atas,
dan terus ke atas.

bingkas menghirup nafas,
udara bumi ciptaan tuhan,
bingkas melihat bumi hijau,
tanah pamai dijanjikan setia alam.

dan,
bila di puncak meninggalkan lurah di bawah,
seraya berteriak,
"pendakian jiwa . . . . . . . . ",
barangkali angin membawa kata itu,
jauh jauh,
dalam dalam,
di sampaikan pada seorang seorang.

siapa yang dengar,
dia yang bahagia,
siapa yang tuli,
dia yang rasa.

sebuah nikmat.
pendakian jiwa.
dan sye.
terus tersenyum.

2 ulasan:

CadBury berkata...

tika bersama keluarga tercinta
kedengaran
jeritan bahagia
pekikan gembira....
lautan ketenangan terasa...
terima kasih kerana berikan kami
merasa satu dunia terang yang menyedarkan
saya satu nikmat tuhan yang tiada bandingnya...

khai...
satu lagi puisi yang menarik...
kehidupan alam dan pamai hijau diselitkan dengan baris kata kata semangat yang sentiasa berikan ledakan dorongan semangat pada jiwa anak anak remaja serta segala pembaca...

cadbury kata HEBAT!!! (n_n)v

tentang am si childish berkata...

awak dah buat hati sye kembang jadi bunga. terima kasih atas usul kata yang baik baik kepada sye. insyaallah. sye akan menulis lagi buat semua.