tadi

hari hari sye datang lagi. hari ini hari hujan hujan. bukan hujan hati yang aiman cakap kan dulu dulu. tapi hujan renyai renyai. biasaannya sye berdiri tepat jam 4.30p.m depan kolej. tanda kelas untuk hari ini dah tamat. dah selesai. tiba masa masa untuk fikir sye bebas dari belajar. tapi hari ini berbeza sedikit. fikir sye agak terpaku melihat titik hujan hujan jatuh ke bumi. indah bulat bulat air yang jadi ke tanah itu. ya. indah. buat sye semakin terpaku dengan renungan kosong. semua kerja tuhan. tak siapa tahu. seketika itu,

"ah. mungkin basah basah ini, aku redah je lah. ye dak ?".

hati sye fikir begitu. dan sye terus berlari menuju ke train asia jaya. haluan sye menuju pulang ke rumah menaiki motor tayar pusing pusing sye. hujan makin lama makin renyai renyai berat. pandangan sye makin kabur dengan halangan titik titik hujan. ya. mungkin orang rabun, pandangan mereka begini sukar rasanya. buat sye rasa syukur pada tuhan kerana masih punya mata yang biasa yang sihat sihat. syukur.

"empat hari cuti takde kelas. nak buat assignment mana ya?"

entah. walau masa itu fikir sye dari belajar terhenti. tapi ada sahaja yang mahu sye godeh cakapnya. ah. buat sye rasa menyesal ingat timbun rimbun assignment yang banyak banyak. maklumlah. dah nak final exam. semua caturan minda dan ilmu di finalized kan dalam design.

dan sye. dalam dalam basah. terus pulang ke rumah.
dalam dalam letih. terus memandu motor tayar pusing pusing sye.

tadi~

Tiada ulasan: