tergadai amanah, kalau hidup bersuluh dusta.


"nama sye Arjuna. nama saintifik dalam eraglobalisasi guaman, miss Arjun.
Cik Goh jangan takut. sye boleh menangkan cik dalam perbicaraan kes bunuh Hasri ini.
sye bijak mengatur deklamasi kata kata dalam mahkamah.
cik kena yakin dan percaya pada sye ya"

sekian seraya mudah lidah bercabang dua mahu bertolak kebenaran menghunus penggalian kedustaan semata. hidupnya seakan bernafsu kemenangan kejahatan. bersorak segala kegelapan dunia guaman beliau sejak 25tahun yang lalu. tidak pernah kalah dalam tiap tiap kes perbicaraan. pasti ada sahaja petah lawan dibahaskan, didebatkan.

setelah kes bunuh Hasri selesai. kemenangan berpihak beliau. seperti biasa sanggahan kezaliman masih lekat dalam dalam ufuk sudut hati. mengangkat kepalsuan fakta tomahan rezeki beliau mencari harta dunia. biasalah. tiap kemenangan kes perbicaraan, bergolek duit datang.

* * * * * * *


sampai satu hari, bertahun lamanya berkecimpung dalam arena bicara keadilan genap 32 tahun. kepercayaan beliau dalam dunia guaman ditolak muntah oleh hakim hakim. baru dunia bicara kini celik selama ini beliau seorang peguam berlidah cabang dua. seorang peguam bertelinga lebar satu. seorang peguam menghakis kekayaan dari jelihan ketidakadilan. dunia kepalsuan berteman hidup beliau sekarang. harta haram dijadikan teman usia lanjutnya. dunia dusta dijadikan kenangan bersama nafasnya. ya. baru sedar beliau.

dan kini beliau.
sepi seorang seorang.
tergadai amanah,
kalau hidup bersuluh dusta.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Bila kamu (memberi kesaksian) hendaklah berkata dengan adil (betul) walaupun ianya mengenai orang yang ada hubungan kerabat dengan kamu.(Al-An’am 152)

2 ulasan:

CadBury berkata...

khai yang saya kenal petah dengan baris baris ayat sasteranya juga manis budinya...
hebat dan lebih hebat...
tak sangka kecimpung khai dalam dunia cerpen
juga tiada kurangnya...penggunaan ayat ayat dan susunan kata
yang standard mengikut arus dunia modern skarang....
teruskan usaha anda...
saya suka dan sokong (n_n)v

tentang am si childish berkata...

terima kasih. sungguhnya, sye menulis bukan untuk dipuji dan mendapat pujian. tapi menulis apa yang sye rasa. ya. mungkin sye hebat. mungkin juga sye tak hebat. tapi. melalui kenangan sye dapat semua apa yang di rasa rasa. sye mula belajar sedikit demi sedikit.