yang dah jadi itu tak semestinya kita kena puas hati hati kita

"nampaknya kau sorang sorang je la khai"

ayat ini buat sye terasa dalam dalam. maaf. sye bukan jenis suka menghindar jauh jauh dari kawan semua semua. sye bukan pereaksi mual terhadap sikap kawan semua semua. dan sye ini masih punya nafsu ingin dan terus berkawan. tak kira siapa apa.

hari hari kekosongan sye diisi dengan kekebalan rasa bosan. entah ke mana terkubur lambaian mesra kawan kawan sekarang. mual rasanya bila sye di dengarkan ayat itu. ah. buat sye rasa geram berani. buat sye rasa tension. maklumlah. sindiran itu begitu sinis di berikan kepada sye. terpaku dalam dalam hati.

"aku kat sini hantar mock-up design. minggu depan tinggal settle kan semua je."

"mana kawan kau semua. budak arkitek mana ?"

"mereka tak datang harini. mungkin sebab kuliah tak de"

"nampaknya kau sorang sorang je la khai. haha"

dan sye. terus pergi ke lobby kolej. dalam lesu lesu. dalam diam diam. simpan dendam rindu kawan kawan semua.

Tiada ulasan: