hari hari sye mungkin hari hari anda semua

syukur alhamdulillah. bangkit tidur pagi ini bingkas sye bangun. masih punya ruang untuk sye bernafas. masih punya ruang ruang untuk sye berjalan di atas jalan hidup sendiri. masih punya nikmat untuk sye mendengar melihat merasa. ya. masih punya.

rutin harian diteruskan dengan solat, sarapan, membaca, menulis dan pelbagai. syukur juga langit biru di atas masih bergerak seperti biasa menjadi teman sekawan bersama matahari. berarak mengikut masa masa. subuh kita menjadi embun. petang kita menjadi senja. lensa mata ini juga turut senyum senyum tumpang bahagia alam. ya. tumpang senyum.

malam menggantikan temannya siang. malam juga ditemankan bintang bulan. pokok rendang tumbuh mekar dalam kerja tuhan. decisan siulan binatang terlontar juga dalam kerja tuhan. malam kita, manusia rebah. lena. tenang. ya. tenang katanya.

bangun pagi rutin kita di puncaknya rebahan malam itu dah biasa dengan hari hari kita. dan di situ hari hari baru kita mula. dan di situ juga kita akan dihimpit. antara dosa dan pahala.

Tiada ulasan: