kecai berai cerai


saban hari bersilih ganti hari hari masa. masih punya talak talak islam kita ini di dunia. masih juga punya didikan dalam institusi kekeluargaan terkaram ini. masih punya rupanya. malah makin gamit konflik dunia sekarang. mitosnya curang, dah tak sayang dan banyak lagi. sampai bila hubungan terus berdusta. sampai bila mahu berkongsi dendam dengan syaitan. sampai bila ?

ya. masa masa sentiasa bergolak pada jiwa anak anak. si kecil yang masih tiada punya apa apa rasa. rasa sayang ibuayah dilontar jauh jauh. rasa kasih dirintih anak anak dalam dalam. kecil ini masih memerlukan semua. ya. ini semua. apa mereka masih membuta. apa mereka masih membisu. dan apa mereka masih tuli dalam ini semua. kita manusia. sedar. kita ini hidup menumpang. bukan selamanya ditumpang. sedar. kita ini punya pertalian. darah itu yang perlu di kekalkan dalam takhta warisan ke bawah. bukan harta dunia semata. bukan itu.

bersama banteras keruntuhan. bersama simpan jalinan ukhwah. hikayat keluarga sampai bila bila. kita kena sedar.

2 ulasan:

Misz Aien berkata...

yea..jgn biarkan talian itu terputus..
putus dalam bisikan hasutan syaitan..
kuatkan iman..kukuhkan talian..
talian yg hya mengejar redha Allah :)

tentang am si childish berkata...

ya. moga begitu insyaallah :)
tq aien