dara alam


dara alam dinikmati.
diperkosa dengan pelbagai cara.
segala flora dan fauna.
habis usang terbiar hina.

dara alam mula merintih.
digondol habis ciptaan tuhan.
buat ketaksuban dunia semata.
rakyat sejagat mahukan kuasa.
sementara.

kemudian.
dara alam dirobek.
walau gempa besar dan kecil.
menjamah setengah kawasan.
masih ada yang berdusta dengan harta dunia.

"manusia masih berlumba dalam kemabukan rasa. rasa dara alam. ingat. tiada alam. tiadalah kita di sini. cukup dengan nikmat pemberian tuhan selama ini kecapi. masih juga kita mahu begini ? masih ?"

2 ulasan:

ieyza afieyna berkata...

wah ayat.. hee..
bgus2 ...:)

tentang am si childish berkata...

za. tak minta dipuji lebih. cukup sekadar kita semua dapat baca bersama :)