guru

masa kecil.

masa ini masa cikgu cikgu mula mengajar abjad, digit dan alam. sye seronok belajar. ada kawan kawan baru. kecil macam sye juga. nakal kami sama. cikgu ajar dekat depan kami yang nakal main pensil bawah meja. sampailah cikgu tegur.

"awak buat apa tu haa".

masa terus bersilih pada tahun tahun. hinggalah, sye belajar di sekolah rendah parit sapran. di sana sye belajar tentang sikap. tentang sahsiah. tentang displin. dan tentang sahabat. baru sye tahu, hidup ini umpama percaturan masa. umpama rundingan ilmu manusia. manusia belajar dari masa masa. dari situ hemah sye bermula. didikan tunjuk ajar cikgu tanda semangat juang yang tinggi buat sye. buat mahu belajar ke hadapan. dan terus ke hadapan.

"nanti masuk sekolah menengah.
sekolah awak dah besar. tak kecil macam sekolah rendah sekarang.
masa itu. kawan kawan awak pun dah ramai. belajar rajin rajin ye.
semoga selesa belajar di sekolah baru"

pesan ini tak hilang dari lekaan minda remaja sye. di tahap menengah, fikir sye di warasi dengan suasana suasana sihat sekolah. kawan kawan yang ramai buat sye tak terpendam pun rasa untuk belajar seorang seorang. mahu sahaja berkongsi pendapat. melebarkan ilmu. memadatkan minda. cikgu yang ramai buat sye mula bangun dari kegagalan ilmu. sampai satu tahap, sye rasa diri ini kecil bersama dengan kawan kawan yang pandai. dan. cikgu lah yang banyak bagi tunjuk ajar. cikgu lah yang banyak lempar nasihat. bakar semangat. belajar untuk berjaya.

"bila awak semua habis SPM. dunia awak akan bermula.
dan hidup awak mungkin akan dipimpin dengan kerjaya awak.
dengan kerjaya awak ceburi. dengan kerjaya awak minati.
disini. teruskan usaha. impian bukan satu harapan kosong.
tapi. impian adalah api kobar semangat yang buat awak lebih bernas dalam berilmu.
dan terus mahu mencari ilmu"

hingga umur sye sembilan belas. sye menganut ilmu arkitek di sebuah kolej swasta. dulu disekolah panggil cikgu, guru, teacher, sir. tapi sekarang, masa yang berubah cikgu baru kena panggil lecturer, mdm dan sir. tapi tidak mengapa. tetap sama tujuan. mengajar. tetap juga sama buat sye. belajar.

ex-student SKPS
(Sk Parit Sapran)
1999-2004
ex student SMKDMYS
(Smk Dato. Mohd Yunos Sulaiman)
2005-2007
ex student SMTSKL
(Sm Teknik Setapak Kuala Lumpur)
2008-2009
sekarang mahasiswa
City University College of Science and Technolgy
(Dip. of Architectural Technology)
2010 hingga kini

terima kasih cikgu.
terima kasih atas segala.
moga umur cikgu rahmat.
moga hidup cikgu selamat.
moga ilmu cikgu berkat.
sekian dari sye.
anak didikmu.

3 ulasan:

CadBury berkata...

tiada ap y mahu dkatakan....susun kata y menarik dan hebat....
huhu...(n_n)
teruskan usaha

CadBury berkata...

mak embam
pagi ini,hari ini satu malaysia sambut hari guru..bru itu la ada murid ada le sek. ada murid ada le guru...ada guru besarnye tak salah kongsikan maklumat..berucap ia guru itu perwaris nabi,bersifat amanah,sideq,tabliq dan fatanah..guru itu pengajar yang benar haknya disisi Allah,apa pun dalam hidup ini ada guru yang terpesung niatnya..jadilah salah ajarannya ...sesungguhnya dunia ini berkemungkinan itu ada pemikiran dari bisikan syaitan susahnya manusia menegakkan kebenaran tetapi alangkah mudahnya penipuan....haknya guru itu diangkat kemuliaannya..kejayaan anak murid itu dari segi kerjaya dan akhlak mulianya...syabas untuk anak didik perwaris bangsa dan agama,,,

tentang am si childish berkata...

kalau peguam menang bicara,
kalau pensyarah petah berkata,
mana datang ia semua kalau tidak bermula dari guru. hak guru yang tulen, ilmu guru yang berkat. kerjanya kerjayakan murid. peneguh harapan desa belia. penggundah harapan anak wati anak watan.