makcik tua itu buta


makcik tua itu buta. hari itu. datang dia pada sye. di ajukan kepada sye "dik. nak tisu". dan ini. buat sye menyisih ngemis rindu seorang seorang. di mana suaminya. di mana anaknya. barangkali kata ngemis dia pada sye itu rutin harian harinya, kais siang malamnya mungkin. di tengah bandar kota mewah. dia tidak terasa sipu meminta. lalu ambil sye wang sehulur seikhlas dari wajah hati ini "ini untuk makcik. sye ikhlas". keluarlah kertas hijau. dan dia. berlalu pergi. jauh. dan lagi jauh.

makcik tua itu buta. sye sendiri terpaku. makcik buta itu pandai berjalan seorang seorang. sendiri sendiri berdiri meluluh menahan keluhan beban. tanpa pimpinan manusia sebelah. dipikulnya segala duka dunia rasanya. dia bertapak dengan tenang. ya. tenang. lagi pula dia sudah tua. makin melarat melosot hati sebak sye ini. bila difikirkan. terasa dalam dalam. di benak rasa ini melihat peritnya dia seorang seorang yang rasa. kesal dengan sandiwara dunia. kasihan pada hidupnya.

tuhan. panjangkan umurnya. selamatkan hidupnya. berkatkan makan minumnya. dan sye. menadah tatangan doa bersama sayu suka dukanya. dikongsi.

2 ulasan:

ieyza afieyna berkata...

sedih bace..erm,, mana la anak makcik tue kan. xde hati perut btul membiarkan perempuan yg sudah tua lagi tua mengemis dijalanan..

tentang am si childish berkata...

mmm ntah laa za. manusia mati rasa untuk hidup. hanya cerita hidupnya berjalan dalam duka. khai pun sebak.