nilai sebuah kehidupan

bawah pohon.

seorang anak merenung ayahnya yang bersantai atas hayunan buai. kiri kanan. kanan kiri. nampak tenang. di gigit ayahnya pencungkil gigi. budaya lepak nelayan begitulah atas buai. sapa si anak nelayan;

"ayah. buat ape tu. duduk buai je ye tahunya?
jala untuk ke laut esok ayah da siapkan belum. mak tanya kat dapur tadi."

"sudah man. beritahu mak kamu jala di rungkai punggah sudah dalam sampan.
esok pagi gerak ke laut dah sedia ada. senang ayah."

"baik ayah"

ke dapur anak itu. di bilangnya apa kata ayahnya. sambil mencucur pulut. buat hidang santapan malam bersama. dalam lesu. dalam rasa. mak syukur dengan hidup sekarang. katanya mahu sahaja menjual kuih di hadapan rumah. buat tambah rezeki. tapi apakan daya. umur yang lanjut jadi pagar harapan mak.

"pesan kat ayah. pulut dah nak siap. lagi pula maghrib nak datang.
suruh masuk"

"baik mak"

bawah pohon.

masih dalam renungan berkhayal. ayah masih menatap ombak laut sedang hari siangnya laut menjadi teman rezeki ayah. entah. mungkin ayah lebih bersyukur akan nikmat tuhan begini rupa. katanya ini rezeki. dan katanya rezeki inilah yang kita dah usahakan.

"ayah. mak cakap dah maghrib. masuk dalam.
pulut da siap untuk santapan makan malam"

"ye ke. cepat pula mak kamu masak harini. dah jom.
kita ke atas makan"

memegang erat tangan ayahnya. berjalan bersama. ke atas rumah. sambil menoleh belakang menatap wajah laut. suram. diterangi cahaya maghrib. pilu. kawan pulang sekolah. dan man belum berkesempatan untuk merasa sekolah. merasa hidup suasana sekolah. merasa nikmat bersama kawan kawan di sekolah.

"ayah. sampai bila kita nak jadi macam ini. man nak sekolah ayah.
kawan kawan man semua sekolah yah. man seorang je yang tak sekolah"

"sabarlah nak. man pun tahu hidup kita macam mana bukan.
kita ini hidup kais pagi makan pagi. kais petang makan petang"

hati man. rintih dalam.
hati man. sayu bersama angin.
nilai sebuah kehidupan.

Tiada ulasan: