naskah harapan

dalam forum. dalam tenang. seorang pembahas sejagat. mula menitik kata dengan naskah harapan. kertas ditangan serangkap sajak deklamasi bibir,

" ini cerita tentang aku.
tentang aku dan hidup aku.
tentang aku dan segala yang aku rasa.
ini semua buat aku mula bertindih akal fikir aku sendiri.
aku bahagia dalam jalan cerita begini rupa dari tuhan.
dan ini juga hak milik aku hidup di dunia.
mahu aku berdiri di depan, menangis tentang sukma berdarah.
yang aku luka, yang aku pedih dan yang aku hiris.
itu semua hati rintih aku.
hati aku.

masa aku terus menuai masa.
aku belajar mengikut peredaran masa masa.
aku suka hidup begini.
hidup bersama semua.
mati aku nanti.
seorang seorang.

cukup untuk mati aku kelak.
biar aku sekarang.
biarkan aku.
bernafas dalam hembusan udara.
dunia.
nyata.
hidup.
ini aku.
manusia berjiwa tuhan.
bukan tuan. "

riuh. bertepuk rapat tangan satu gegendang dewan murni (Murni Hall) didengarkan. sentap hati hati makcik pakcik tua disana. ada yang menangis teresak esak. ada yang tersipu mengeluarkan air mata jernih bertalam duka. dan ada yang pendam rasa sedih dalam dalam. tak siapa tahu.

* * * * * * *

hidup ini umpama percaturan masa. kita bersama kita berjaya. umpama harapan. mana datangnya harapan kalau tidak kita ini sendiri yang usaha buat kejayaan dan impian. dan ingat. tak semua apa yang ada pada kita, kita perlu rasa puas.

2 ulasan:

flora berkata...

dont always think about the past...
dont always cries if it make u cry...
maybe...have something that can make you smile...you can make it if you can notice it....

tentang am si childish berkata...

bukan sedih tapi ini lumrah. lumrah alam. lumrah dari tuhan. tuhan yang aturkan. dan sye hamba tuhan. tunduk tanda patuh dengan ini semua. insyaallah. kekuatan masih ada lagi :)