10 days blog challenge _day 8, day 9 and day 10

klik sini.

merepek. satu perkara yang aku rasa senang untuk dikerjakan dan susah untuk ditinggalkan. bak kata orang kedah "hang jangan dok kalut". ya. sangkaan orang ramai bila sesuatu perkara yang tiada dan langsung akan tiada faedahnya, itu dikatakan kerja merepek. senang bukan mentaliti semua ini. sebenarnya begini, dalam dunia tiada ada benda yang merepek melainkan orang itu benar gila. apa yang dibuat semua tak betul. dan barangkali hanya cebisan sahaja perbuatan orang gila ini akan betul.

bila difikirkan semula. aku rasa sesuatu yang merepek kalau aku mahu panjat "dome"(kubah) masjid peluk sambil dongak ke atas langit. biru damai yang mencarikan aku ketenangan mungkin. kedua, aku rasa sesuatu itu merepek kalau aku mahu main badminton tapi menggunakan kayu besbol.pernahlah dulu masa kecil kecil, tak pandai main badminton tapi aku mahir dalam bermain besbol dok bantai main badminton guna kayu besbol. nampak makcik marah aku, aku cabut. aku lari. gila.

day 8.

sejujurnya. bila sebut pasal benci ini. benci aku ini sekejap sahaja pada masa masa yang tertentu. sebab masih segar dalam fikir waras aku, ustaz pernah cakap, seburuk buruk manusia di muka bumi ini, itulah semulia mulia ciptaan tuhan. sejak dari itu orang yang benci aku, aku suka. dan orang yang aku benci, takkan pernah ada. untuk wasiat warkah benci ini, rasanya tak ada untuk aku huraikan pendapat sebab apa dan sebab perlunya untuk aku membenci seseorang. betul tak ?

day 9.

(penutup) gambar yang menunjukkan korang emosi masa itu.
alamak, setahu aku, mana ada orang yang tengah marah suka ambil gambar dia. melainkan gambar itu sedang dicuri curi tangkap. ikutkan aku, tak pernah rasanya tangkap gambar masa tengah beremosi. emosi marah pun kadang kadang je berlaku. bukannya tiap bulan bulan. haha. sorry syilla.

day 10.

Tiada ulasan: