salam salaman lebaran

alhamdulillah. sye sudah mula tenang. tenang menuliskan cerita hidup. hidup sye. dan barangkali hidup semua. seakan tiada titik noktah di hujung kalimah. terus menerus mengalir. terus deras mengalir, tak melambat. walau sesaat pun. bagai air yang terjun bebas tanpa henti jauh, terus menjauh, tak mendekat. walau sedetik pun.

sempat sye coretkan di sini tentang hidup seangkatan jiwa jiwa kita sebagai orang islam, seorang hamba tuhan. meniti bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak. syukur buat tuhan atas segalanya.

selepas ini. sye masih lagi menjalani hidup yang biasa. mahu benar jadi manusia yang terbaik antara yang baik. buat ibu ayah. buat guru-guru mungkin. dan barangakali buat kawan kawan sye yang dulunya sye katakan sahabat sehebat teman, juga pada anda semua.

realitinya, sye tetap melakukan kesilapan. mengapa? sye juga manusia. anak manja yang baru kenal dunia hingusan. tapi sejarah yang lama lama buat sye kenal jalan hidup.

buat ibu ayah :
"maafkan segala keterlanjuran abang. antara dunia akhirat. kita tetap satu keluarga yang bahagia. insyaallah.
Salam Salaman Lebaran dari sye"

buat guru guru :

"segala curahan bakti sakti ilmu. antara dunia akhirat. sye akan guna pada jalan kebaikan. insyaallah. doakan anak didikmu dalam dunia persada ilmu
Salam Salaman Lebaran dari sye"

buat cinta :
"sye mula kenal dunia cinta daripada awak.
mungkin sye ini masih lemah dalam sikap.
masih tak sempurna depan mata awak.
mungkin bukan tak sempurna.
tapi terlalu awal untuk jadi sempurna.
maafkan sye. zahir batin.

Salam Salaman Lebaran dari sye"

buat kawan kawan :
"cebis cebisan kenang kenangan antara kita semua. akan sye tatangi dalam potret kenangan bersama. maafkan sye. dunia akhirat. zahir dan batin.
Salam Salaman Lebaran dari sye"

buat para pembaca blogger:
"terima kasih atas intai intip anda. membaca blog sye. maaf zahir batin.
Salam Salaman Lebaran dari sye"

1 ulasan:

Aen Azhan berkata...

selamat hari raya maaf zahir dan batin :)