bangsat (cinta seorang pelosok dalam)


hari dalam hari hari semakin berlalu. banyak banyak jiwa sye lontarkan, masih juga mahu menatap sandiwara jiwa jiwa yang sedang sye hamparkan dalam lontaran kenangan. ya. kadang tak juga mahu rasa diri ini mual yang sangat. mungkin hati ini masih tak punya sifat untuk kuat dalam diri. masih tak kuat. atau mungkin hati ini masih belum punya hak.

nama sye Su. gadis kampung. dan semua anggap gadis kampung ini tidak berfikiran secara modenisme. dah mual dengan bual mulut lontaran pedas menghina mencaci. dah mual. kadang juga cinta gadis kampung orang bandar sanggup jual beli dengan helai kertas harga yang banyak.

ya. mungkin mereka ini membeli dengan harga. dan mungkin juga harga itu setaraf dengan cinta mereka mahu. tapi tak juga semua dari mereka yang datang dari bandar dapat hati yang punya harga. hati yang punya nilai. hati yang punya budi. tak.

"ayah. Su dah cukup masak dengan kata kata abang Am(seorang lelaki kaya bekerjaya besar di bandar sana). Su bosan dengan sikap abang Am yang suka ambil remeh temeh tentang hubungan kami ini. kadang kadang Su ini ibarat nasi yang dia makan untuk isi perut kosong dia ayah. dia kenyang dia biar sahaja. ya Su tahu. Su kurang berpelajaran pada mata dia. dengan ijazah pendidikan islam awal kanak kanak ini, bagi Am sijil Su tak ada harga buatnya banding dengan kerjayanya sekarang. kadang kadang Su ambil hati ini untuk pulang ke pangkuan hidup sebagai seorang hamba. hidup dengan abang Am buat Su jadi orang yang dah mati mati dari hidup. semua telunjuk Su kena dengar. sedang yang jahat jahat pun Su kena turuti. Su tak larat ayah. Su tak larat."

warna hidup dalam gelap. tak kembang warna pelangi walau segeram mana hati manusia cuba diolah untuk menjadi cinta. untuk dijadikan cinta bersama. takkan. berlalu masa pergi. berlari hati dalam hidup. siapa kaya tak semesti kaya dengan hati hatinya.

"ada abang Am pernah cakap ayah.
"aku kahwin dengan kau sebab kau cantik. aku tak peduli kau pandai masak ke, pandai menjahit ke, pandai apa pun, aku tak peduli. yang aku nak dari kau, habis kerja kau layan aku dengan baik. itu sahaja. bukan susah pun kau layan aku, satu hari ada 24 jam. bila malam baru kau dapat tengok muka aku. susah sangat ke kau nak layan aku. susah sangat ke ?""

bagi suami. cinta diilusikan dengan masa dan layanan sahaja. memang tabah hati seorang gadis pelosok dalam ini mengharungi hidup hidup yang tak akan pernah dia lupakan. umpama jiwa yang hidup rasa mati cinta.

jalan cinta begini tak perlu.
bangsat.

Tiada ulasan: