falsafah jalanan

kata orang. bila perut kenyang hati jadi senang. tapi bagi aku. bila perut kenyang jiwa makin mahu melayang. ini aku, halim. lima tahun aku sudah merempat di kota jajahan jalanan prajudis kemewahan dunia, kuala lumpur. tempat tinggal aku di mana mana sahaja. kadang di lorong lorong. kadang di kaki kaki lima.

impian aku satu. mahu terbang tinggi. bila orang keliling pandang aku. mereka akan kata aku gila. gila pada dunia gila aku sendiri. dan bila orang orang sebut pasal aku. mereka pasti akan mual. mual lihat aku sebagai sampah. paling tepat, sampah masyarakat.

rutin harian aku bebas. dan jiwa jiwa aku turut sama. bebas. lima tahun dah aku di kota ini. tetap juga orang keliling pandang aku sebagai sampah. entah. rasanya mental mereka ini rosak dengan pandangan kabur. buta mungkin.

ya. aku ini begini. berbaju putih cool. berseluar pendek santai. mereka keliling nampak aku macam seorang pengemis. realitinya, aku bukan pengemis. dan mungkin juga orang keliling nampak aku macam seorang penagih. realitinya juga, aku bukan seorang penagih.

hidup aku sebagai seorang muzik jalanan. berpuisi jalanan. atau paling tepat, falsafah jalanan. aku nampak tenang bersendiri. langit biru tuhan selalu menjadi saksi gubahan lirik lagu aku. lagu jiwa jiwa aku. hati aku.

bagi aku,
"jiwa ini ibarat falsafah. falsafah itu mati. hati aku juga mati."

Tiada ulasan: