dosa

satu. dua. tiga. empat dan lima. bila aku kira kira dosa, takkan cukup jari aku ini untuk mengira. entah ke mana hilangnya hati yang punya perasaan aku cakapkan dulu dulu. mungkin ia hilang bersama arus masa masa dunia. dan mungkin ia hilang dalam dalam kelam masa masa dunia juga. terkilan rasa bila aku kenang satu satu dosa yang tuhan aku panggil itu, murka.

esok adalah hari hari yang tuhan janjikan aku bahagia. barangkali juga, esok semua manusia pun tuhan akan janji kebahagian. sangka aku barangkali, tapi ikut hati pasti dari tuhan akan ada itu janji. cuma aku dan manusia mungkin tidak pernah kenal erti syukur. masih juga aku lari dari dunia dunia sebenar. seolah tindak tanduk aku di butir pasir berantai beralih mengikut peredaran ombak. aku hilang. dan aku. alpa.

dan aku memang manusia yang tidak kenal erti syukur. dan masa, tolong jangan sempitkan minda aku. tolong. beri aku ruang sedikit untuk bernafas dengan dunia sebenar. dunia tuhan. larikan aku.

"dosa yang lama, natijahnya akan berlaku masa masa yang bakal mendatang.
apa dulu yang kau buat, bermakna ini yang kau minta"

Tiada ulasan: