pakcik

dah lama dia cuba menyingkap tabir dunia. tapi setiap kali dia cuba membuka jendela sebuah kehidupan, hampir semua jalan cerita hidupnya menjadi hitam. seakan tiada ruang untuk dia bernafas dalam dunia dia sendiri.

"umpama jiwa yang waras, cuma hati yang mati. barangkali jiwa halus itu yang telus mudah ditembusi duri duri hidup. bangsat paling tepat"

entah. mungkin ini dinamakan lumrah. mungkin juga dinamakan hayat. atau mungkin paling tepat nafas hidup. lepas ini, hidup dia dalam gelandangan bersama sampah. berteman dengan lorong lorong. mengintai ruang ruang gelap. dalam selimut hitam itu, matanya mudah untuk mengelip.

"oh dah lama pakcik minum. cuba berhenti. saya tak paksa pakcik berhenti.
tapi saya minta pakcik cuba. ye pakcik"

"air semua sama. rasa macam tak rasa. yang ini layan"

*aku jumpa seorang pakcik di kedai makan. baru lepas teguk arak kata orang keliling. "jauhkan diri, kau jangan layan dia, gila mabuk", sapa brother di meja lain. sengaja aku dekat padanya. bertanya khabar dan perihal. dia layan bual aku dalam kepala pusing. untungnya dia seorang peminum. bukan seorang penagih. moga berubah kelak. tuhan, sampaikan doa aku ini.

Tiada ulasan: