ucap

suatu dulu sye seorang pengembara. seorang pengembara yang meniti hidup dengan suasana jahil. sehabis yang jahat sye kejar. yang baik itu. sye tinggalkan di belakang berciciran. berciciran bertempiaran terburai satu satu di belakang. ya. di biarkan satu satu. kejam bukan ?

sye mengaku yang dulu dulu itu sye. dan pengakuan sye ini bukan curang segala. jangan adil hidup sye dengan satu panahan dusta. jangan adil hidup sye dengan satu ramuan kejam. cukup sye dengan hidup dulu dulu. cukup. sye tak mahu berpantang arah lagi. tak mau. titikkan noktah buat rasa dusta itu pada sye. gariskan satu bulatan masa. buat niat sye ini sedar dengan ledakan semangat yang sye katakan dulu. dengan hidup sekarang. masa masa yang sye lalui. dapat buat sye lebih senyum senyum bersama semua.

sampaikan doa buat sye sedar akan dunia. barangkali dengan perihal dunia dalam keadaan sejagat ini, tidak cukup rasanya sekadar nasihat yang diingatkan pada diri sye sendiri "kepada siapa kesedaran diberi kalau tidak ke hati sendiri" itu. tidak cukup. hingga kini entah ke mana kesedaran itu pergi jauh dan jauh dari sye. entah. mungkin sye ini manusia lemah. manusia yang lemah berpura kuat dengan rasa hidup di muka bumi tanah pamai ciptaan tuhan. ya. berpura semata barangkali.

dan sekarang.
sye mula pegang prinsip kata kata kawan seteman sye ini.

"dah masuk pertengahan umur remaja.dah banyak yang perlu difikirkan. cukuplah dengan hidup main main dahulu".

terima kasih aiman.
terima kasih semua yang membaca.
terima kasih segala.

di balik genggam tangan itu pasti ada ledakan semangat


syahdu alunan rentak jiwa itu.
jiwa yang memerlukan rasa untuk bernafas.
jiwa yang memerlukan rasa untuk hidup.
dan.
semangat yang mendiam itu.
terasa mengalir dalam dalam.
memberontak.
meronta.
membara.

apa di genggam tangan itu ?

kalau bukan ada ledakan semangat di kais.
kalau bukan usaha kental yang padat dengan nikmat.
lupakan sahaja.
barangkali baik buat kita ini.
manusia yang jadi boneka.
yang hidup mati rasa.
yang rasa jiwa kasar.

berdiri atas jalan hidup

"sibuk ah kau. ini hal aku. yang aku buli pun adik aku.
bukan adik kau. kau apa kisah ?"

sekian senang berkata seraya si sinis bersuara bongkak berlagak itu. si pembuli dek abang pada adik adiknya. adik adiknya yang baru sahaja giat membesar awal lingkungan 7 tahun. kembar darjah satu. barangkali. gempal badan mereka berdua. tatkala dialog ini di dengar oleh Sam kawan sekolah abang mereka, Bakri.

"abang Bakri. tak mahu lah buat kami macam begini.
tiap hari hari abang suruh adik cakap kat mak,
yang abang pergi tuisyen lepas balik sekolah.
tapi yang betul betul kan abang pergi keluar town.
adik tak mahu tipu mak lagi.
tak mahu."

rayu si gempal kembar itu. irfan haziq dan irfan haikal. kadang mereka terhimpit akan desakan abang mereka yang tidak kenal erti sayang adik. apa lagi kasih adik. si adik barangkali mahu merasa hari hari belas manja budi abang. mungkin hati abang mereka masih tertutup. mungkin juga abang mereka kurang senang dengan bentuk fizikal adiknya yang kembar gempal itu. sering juga dia di ejek rakan sekolah adiknya gempal dan jelek.

* * * * * * * *

hari berganti hari hari. rutin abang Bakri tak pernah sesekali merubah hidup buat jadi seorang pelajar berjaya. buat jadi seorang abang sayang pada adiknya. hanya gemar paku kepala dalam dalam. town, bergaya, bebas dan segala. "ah! sudah lapok hidup asyik dengar cakap mak ayah", kata Bakri. mungkin Bakri mula cuba hidup zaman remaja. zaman remaja yang lahanat bagi mereka yang silap. bagi mereka yang silap mengatur hidup. mereka yang silap merancang masa.

mungkin bagi Bakri. hidup ini tak perlu ada rasa sayang. tak perlu ada rasa budi dan hormat hidup. biar bebas rasa dunia itu apa. biar bebas rasa masa minit saat saat dunia. mungkin juga Bakri jenis kepala batu yang berpegang prinsip, "sorok dosa dalam kotak pahala. buat kalis bekas bekas jahat dosa dulu dulu". barangkali mungkin. sampaikan jiwanya tiada punya erti apa itu insaf ? apa itu agama ? dan apa itu keluarga ?

* * * * * * * *

kemudian bertahun selang lamanya. dan masa minit minit bersilih dan terus berganti ganti. barangkali masa pada itu berganti dengan keadilan hak tuhan. hak kasih tuhan. Bakri yang dulu jahat apa lagi yang hanya tahu kenal nikmat dunia semata, kini berubah. menjadi yang buruk kepada yang baik. yang nakal. juga kepada yang baik. yang gelap hidupnya ditinggalkan. yang bersuluh kini, dia hidup kan dengan benih subur kedamaian rasa nikmat keinsafan, agama, keluarga dan segala.

mungkin takdir yang ditentukan tuhan mencabut nyawa kembar adiknya. buat dia berdiri atas jalan hidup. insaf akan bukti sayang adik itu masih rasa. masih juga terasa sekarang. mungkin juga takdir tuhan melakonkan dia sebagai karakter gelap dulu dulu, buat dia kini menjadi karakter manusia dunia tuhan dengan rasa abdi kebaikan. mungkin.

* TAMAT *

entah!
kuasa tuhan siapa tahu.
dia yang merangka jalan.
dia juga lah yang merangka hidup.
dan kita ?
hanya berdiri atas jalan hidup.

seronok cuti langkawi










kita singgah di kaki lima lukisan jiwa,
yang penuh seni,
coretan dari masa masa,
catitan dari minit minit,
catatan dari saat saat,
benar.

kita singgah di kaki lima lukisan jiwa,
yang terhakis dari dunia pelbagai,
mendokong pengalaman,
meronta impian,
mendakap cita,
benar.

hari itu. hari dalam kenangan sye tuntut melukis ruang pengalaman jiwa jiwa. teruja sungguh. benar. teruja sungguh. syukur buat tuhan sye masih punya ruang untuk melukis jiwa jiwa pengalaman yang telah sye lalui. yang telah sye dahului. kecelikan mata suatu kurniaan dari tuhan buat sye. benar. suatu kurnian keistimewaan yang nikmat. punya ruang masa untuk sye melihat alam butir pasir pantai berantai-Nya walau tiada terbilang. punya peluang rasa untuk sye hembus bayu daratnya yang pergi jauh terbang mengembara ke lautnya teman seisi serapat. buat sye kenal erti dunia. erti bersaudara. erti agama. erti segala. barangkali erti diri sendiri.

sye menongkah berantonasi bersama jiwa jiwa pengalaman.katanya,

"mahsuri ku kenal sudah lagendanya"

ceritanya barangkali baik dijadikan dasar pengajaran pedoman untuk belia sejagat seperti sye ini. buat kenal jalan hidup. buat kenal jalan rentetan sebuah kehidupan. buat kenal dunia hidup mati rasa cinta pengalaman.

kemudian, sye menongkah berantonasi bersama jiwa jiwa pengalaman yang lain.katanya,

"telaga tujuh tuju haluan lalu baruku"

dalam sejarah memori. mendaki beratus anak tangga. menapak juga barangkali. bagi menuju terus ke telaga tujuh. telaga lagenda. ia suatu rasukan rasa nafsu ingin tahu. ingin tahu telaga. ingin tahu telaga tujuh. ingin tahu apa ada di sana. ya. ingin tahu.

bersama ini. sye ujar sisipan rindu buat diri sye sendiri agar dapat berjalan atas tapak dunia. dunia yang nyatanya sye hanya jadi pelakon bagi lakonan takdir tuhan. lakonan takdir tuhan yang telah Dia aturkan buat sye. benar. sye hamba tuhan yang belum punya apa apa lagi. baik pahala mahupun dosa. biarkan sye begini. bebas dalam lukisan pengalaman jiwa. biarkan.

bukan senyap. tapi masih lagi berdoa buat umat ghaza palestina




dan malam itu.
bangkit dari tidur.
tersedar dari mimpi.
terjaga dari lena.
tersentap akan dunia ini.
tercungap segala.

sungguhnya.
cerita di akhbar
.
di kaca tv berita.
dan di radiator usang
.
yang sye baca itu.
dan yang
sye tonton itu.
juga yang
sye dengar itu.
kelmarin dulunya.
mendengar anak-anak.
si perintih pedih rasa.
meronta dan menangis.
tagih lapar.
apa lagi tagih dahaga.
mahu juga tagih kasih.
yang tiada punya siapa siapa.
apa lagi apa.

doa buat tuhan.
buat umat ghaza palestina.
sungguhnya.
"suluhan matahari di balik hujan itu".
pasti ada suara dalam keadilan bersama.
pasti ada.
ya.
pasti ada.

sungguhnya.
"setiap yang baik baik di balik rasa sakit itu".
pasti ada ubat doa ketenangan di syahdukan.
sye pasti.
ya.
sye pasti.

tutup mata dalam berdiam.
dan
terus menutup dalam pejaman berdiam juga.
benarkan sye;
rindu umat ghaza palestina
buat sye
dapat melihat
hari yang bakal mendatang itu.
hari hari cerah.
hari hari tenang.
yang punya sakti doa dalam syahdu.
dari semua bersama.

bila tahu anak-anak.
semua pakcik makcik tua tua.
yang uzur dipapah usung itu.
kelaparan setiap hari.
barangkali setiap masa.
mungkin juga setiap saat.
buat sye mual.
mual dengan sikap pejuang.
parajurit dusta dari israel.
mual.

zahirnya.
tiada pernah ternokhtah doa kami disini.
berdoa untuk hidup tidak bermula.
berdoa untuk semua yang bernafas.
berdoa untuk semua jiwa-jiwa yang memerlukan jiwa.
berdoa untuk melihat hari hari sye.
hari hari mereka.
hari hari semua.
baik dalam cerita dunia tuhan.
bukan tuan.



"bukan senyap.
tapi masih lagi berdoa buat umat ghaza di palestina".

yes! kau menang

yes!
kau menang.
dalam santapan lagu lagu.
yang kau dendangkan.
buat puluhan ribu pendengar.
untuk semua penyokong.
apa lagi penyorak.

tahniah !

dia marah sye dan ini satu cara penyedaran buat sye. bgus.

dah cukup jadi jahat.
yang macam macam.
bagus dia marah sye.
buat sye sedar.

dah cukup jadi meninggi.
dengan segala orang punya hak.
apa lagi milik.
itupun dia marah.
buat sye sedar semula.

dah cukup dengan tubi tubi pujian itu.
sye dah tak mahu.
apa lagi demand.
cukup buat semua ya.
sye lemah. mencari juga kelemahan.
pinjam kekuatan orang.
itu juga.
buat sye sedar.

sungguhnya.
dia marah sye.
dan ini cara penyedaran buat sye.
bagus.

mula jadi diri sendiri hari hari lepas ini.
tak mahu ikut ikut orang.
nanti murka.

story magica











"di magika ni. tak de yang mustahil dengan kuasa imaginasi"

"kak. susah senang kita bersama sama kan"

cerita magis,
yang magik,
punya imaginasi ini,
pelbagai barangkali rasa.

drama di kaca tv usang. cerita baru tayang ini buat sye sedar. imaginasi "magika" itu pengaruh akan magik semata. punya kesempatan selitan pautan nilai berbentuk kekeluargaan yang pegang teguh pada adat padat orang dulu dulu. adat padat zaman nenek nenek moyang moyang kita. utamanya pantang larang orang orang Melayu.

"jangan keluar rumah waktu senja"

"jangan buang air kecil merata tempat sesuka hati"

sungguhnya. cerita ini punya pendekatan baik dalam dalam hati sye. sekalian menggali kekayaan kesedaran akan hidup berkasih dan sayang. sekalian menggali kekayaan kesedaran hidup dengan cinta. juga pengorbanan seorang hamba yang punya rentetan. yang punya cerita. yang punya jalan kehidupan manusia biasa. benar. ia mengingatkan kata kata lakaran warna lukisan hidup sye yang bakal mendatang;

"tak salah ada lakaran warna lukisan hidup. cuma perlu pandai corakkan dengan warna.
jangan nanti dicorak warna terang malap hari itu tanpa malam.
biarkan ia penuh dengan corak warna. apa apa pun.
nanti kita dapat menilai dari satu corak ke satu corak itu baik atau buruk buat kita"
.

esok bermula segala rasa semula hidup kolej


adanya kita sedar. kita ini. hidup sedang diuji dan diujar. sedang diujar oleh masa supaya dapat menuai minit minit menjadi seorang hamba tuhan. yang sedar akan taat patuh atas agamanya. menjadi seorang anak. yang sedar berjasa bakti buat ibuayah. menjadi seorang sahabat sehebat teman. yang sedar menjadi pengerat rasa suka hidup berkawan berlama lama pun tiada mengapa. benar. berlama lama pun tiada mengapa.

selang masa masa lapang. hari ini. masa masa ibuayah rehat depan televisyen. sye mula menelaah mengemas punggah buku buku belajar. kertas kosong kosong. helaian assignment architectural technology. dan banyak lagi mungkin. maklumlah. dah nak masuk sem3. banyak yang perlu sye kerja dan kejarkan. sumpah. banyak lagi. esok bermula segala rasa semula hidup kolej.

"abang buat apa tu. nak pergi mana kemas beg"

"kemas untuk esok ke kolej bang. senang. awal pagi tak de kelamkabut sangat."

realitinya. memang sye jahil dari aspek ilmu. tapi lawannya sye gigih dalam pembikinan rangsangan belajar mempraktik mengamal dalam dalam dunia ilmu. mungkin tidak sempurna sepenuhnya sye belajar selama ini. selama sye hirup nafas ini. mungkin. tapi sye cuba untuk memahami apa apa jua buat sye jadi yang terbaik antara yang terbaik. benar. sye tak minta lebih untuk jadi sehebat abu bakar, semegah bilal bin rabah. apa yang sye mahu. jadi diri yang sendiri. diri yang sendiri berdiri membangun ke hadapan tidak berlari berpatah balik untuk kenal jalan rencana hidup manusia.

sebagai seorang mahasiswa yang menganut ilmu arkitek. syukur segalanya. sye di beri kesempatan dalam bernafas untuk kenal dunia seorang arkitek. sedikit atau banyak. sye masih bersyukur. dan tetap bersyukur. esok bermula segala rasa semula hidup kolej sem 3. mungkin pada dasarnya sye akan rindu teman teman sekelas arkitek. ya. memang akan rindu. moga esok hari pertabalan kami serasa seronok semula semua bersama. moga begitu. amin ya allah.