pendakian jiwa

































hari hari sye masih punya rasa dalam nikmat. pernah sye katakan dulu, ia bagai nikmat yang dihasrat tapi sukar didapat. ah ! buat sye tersisih dalam dalam alunan hidup sendiri. ledakan semangat yang sye katakan dulu dulu sye bentangkan dalam buah fikir sye. hidup dalam keluarga. hidup sekeluarga. di hati ini. mengukir sehulur senyum seikhlas. di hati ini. mengembang rasa sebahagia bertubi cinta cinta.

hari bersilih ganti hari hari,
masa terus menuai masa masa.

mendongak,
di dakapkan sebuah bukit,
padat,
di eratkan bayang bukit itu.

lalu,
di puncaknya selembar kebahagian,
dan,
di lurahnya sebidang kesaksian,
lantas mendaki ke atas,
dan terus ke atas.

bingkas menghirup nafas,
udara bumi ciptaan tuhan,
bingkas melihat bumi hijau,
tanah pamai dijanjikan setia alam.

dan,
bila di puncak meninggalkan lurah di bawah,
seraya berteriak,
"pendakian jiwa . . . . . . . . ",
barangkali angin membawa kata itu,
jauh jauh,
dalam dalam,
di sampaikan pada seorang seorang.

siapa yang dengar,
dia yang bahagia,
siapa yang tuli,
dia yang rasa.

sebuah nikmat.
pendakian jiwa.
dan sye.
terus tersenyum.

dalam dalam isi hati sye damai























sekali lagi. sye diajak dalam gerombolan trip ke petrosains KLCC oleh pihak kolej. dan hari itu hari dalam kenangan. hari dalam dalam isi hati sye damai. buat sye teruja punya lensa mata untuk menilai apa apa yang dinikmati. di sana sye di ajar tentang dunia sebenar. tentang dunia sebenar yang sye tengah rasa. yang sye tengah bernafas. syukur buat tuhan. serba sedikit gerombolan trip ini buat sye sedar akan sifat dunia. dunia tuhan. dunia bumi ciptaan tuhan. bukan tuan.

sebagai mahasiswa.
sye dah mula kenal tentang ilmu dan tentang segala.
syukur buat tuhan.
ya.
syukur.

"dalam dalam isi hati sye damai".