zoo




































semalam.

kenangan dilorek bersama pengalaman hari hari yang amat besar sye dapat curahkan dalam segala rasa apa rasa. gembira berjalan bersama keluarga tak siapa tahu. maklumlah abah jarang berada di rumah. kadang sampai 2 3 minggu di luar negeri. kami disini merindu bersama. mahu sahaja meronta menangis seorang seorang tatkala kecoh adik adik berlari sana sini dalam zoo. ya. manis di rasa. disimpan sye dalam dalam memori masa. tercungap segala nafas yang dibentuk dada ini. dibongkahkan rasa sye ini dengan jiwa jiwa hidup ibuayah dan adik adik. macam anda semua juga barangkali.

disini.

bahagia sye dalam dalam. moga tuhan bersama kami. sentiasa. insyaallah.

kecai berai cerai


saban hari bersilih ganti hari hari masa. masih punya talak talak islam kita ini di dunia. masih juga punya didikan dalam institusi kekeluargaan terkaram ini. masih punya rupanya. malah makin gamit konflik dunia sekarang. mitosnya curang, dah tak sayang dan banyak lagi. sampai bila hubungan terus berdusta. sampai bila mahu berkongsi dendam dengan syaitan. sampai bila ?

ya. masa masa sentiasa bergolak pada jiwa anak anak. si kecil yang masih tiada punya apa apa rasa. rasa sayang ibuayah dilontar jauh jauh. rasa kasih dirintih anak anak dalam dalam. kecil ini masih memerlukan semua. ya. ini semua. apa mereka masih membuta. apa mereka masih membisu. dan apa mereka masih tuli dalam ini semua. kita manusia. sedar. kita ini hidup menumpang. bukan selamanya ditumpang. sedar. kita ini punya pertalian. darah itu yang perlu di kekalkan dalam takhta warisan ke bawah. bukan harta dunia semata. bukan itu.

bersama banteras keruntuhan. bersama simpan jalinan ukhwah. hikayat keluarga sampai bila bila. kita kena sedar.

ilmu itu ibarat benih

minggu kedua























minggu pertama












dalam dalam kesibukan kota ini membangun. pesat. seraya peningkatan martabat senegara. sekali lagi. fikir sye di olah dalam suasana baru lawatan ke putrajaya. syukur buat tuhan. sedikit demi sedikit. banyak yang sye peroleh. sampaikan nafsu fikir sye dibolosi dalam masa masa perjalanan sye ke putrajaya pagi itu.

"bangunan itu megah berdiri di tapaknya. di tapaknya dijadikan asas dalam pembentukan pembangunan. dari mana datangnya pembentukan itu berlaku kalau tidak dari kita.
kita yang berilmu. kita yang punya fikir ini semua."

buat sye teliti seorang seorang. apa benar ini semua sama dengan benih. macam abah cakap dulu dulu.

"dengan satu benih. benih itu kita semai semai. satu satu. kita bataskan tanah itu buat tapak benih membesar. kemudian kita tunggu masa masa. hingga dia membesar lunak tinggi memacak dari tanah. dan kita kita panggil dia, "pokok". dan dari pokok ia berbuah. dan dari buah itu berubah semula pada benihnya."

bila di fikir fikir. barangkali apa yang abah cakap itu ya. barangkali batas fikir seorang seorang tak sama dengan yang lain lain. mungkin benar kata sahabat sehebat teman sye, rashid. "ala. satu satu benda itu kita articulate jadikan dia satu benda menarik. jadi. jadi. itu semua asas. kita yang elaboratekan semuanya."

dan sye. tersenyum.