dara alam


dara alam dinikmati.
diperkosa dengan pelbagai cara.
segala flora dan fauna.
habis usang terbiar hina.

dara alam mula merintih.
digondol habis ciptaan tuhan.
buat ketaksuban dunia semata.
rakyat sejagat mahukan kuasa.
sementara.

kemudian.
dara alam dirobek.
walau gempa besar dan kecil.
menjamah setengah kawasan.
masih ada yang berdusta dengan harta dunia.

"manusia masih berlumba dalam kemabukan rasa. rasa dara alam. ingat. tiada alam. tiadalah kita di sini. cukup dengan nikmat pemberian tuhan selama ini kecapi. masih juga kita mahu begini ? masih ?"

"merantau"


merantau.
di bumi manusia.
di dunia tuhan.
sesat tak bertemu pangkalnya.
di hujung cerita hikayat bumi.
di rantau orang gemar berserban.

cakap negaranya bahasa kitab kita.
dan yang indah itu akhlaknya mereka.
dan yang tulen itu sikapnya.
juga pada mereka.
ketulusan hati peribadi masyarakat sana.
lambang islam.
lambang agama kita.
agama tuhan "Allah"

teruja rasanya bila sye lihat orang orang semua berkumpul. satu agama. lain bahasa lain bangsa. berkumpul dalam satu masa. mengerjakan ibadat haji dan umrah yang sama. benar kata atuk nenek masa kecil kecil sye lagi.

"ajaran islam ini tidak berbeza.
tulen dan benar.
dari dulu dulu sampailah sekarang.
itulah yang dikerjakan.
itulah yang diamalkan"

guru

masa kecil.

masa ini masa cikgu cikgu mula mengajar abjad, digit dan alam. sye seronok belajar. ada kawan kawan baru. kecil macam sye juga. nakal kami sama. cikgu ajar dekat depan kami yang nakal main pensil bawah meja. sampailah cikgu tegur.

"awak buat apa tu haa".

masa terus bersilih pada tahun tahun. hinggalah, sye belajar di sekolah rendah parit sapran. di sana sye belajar tentang sikap. tentang sahsiah. tentang displin. dan tentang sahabat. baru sye tahu, hidup ini umpama percaturan masa. umpama rundingan ilmu manusia. manusia belajar dari masa masa. dari situ hemah sye bermula. didikan tunjuk ajar cikgu tanda semangat juang yang tinggi buat sye. buat mahu belajar ke hadapan. dan terus ke hadapan.

"nanti masuk sekolah menengah.
sekolah awak dah besar. tak kecil macam sekolah rendah sekarang.
masa itu. kawan kawan awak pun dah ramai. belajar rajin rajin ye.
semoga selesa belajar di sekolah baru"

pesan ini tak hilang dari lekaan minda remaja sye. di tahap menengah, fikir sye di warasi dengan suasana suasana sihat sekolah. kawan kawan yang ramai buat sye tak terpendam pun rasa untuk belajar seorang seorang. mahu sahaja berkongsi pendapat. melebarkan ilmu. memadatkan minda. cikgu yang ramai buat sye mula bangun dari kegagalan ilmu. sampai satu tahap, sye rasa diri ini kecil bersama dengan kawan kawan yang pandai. dan. cikgu lah yang banyak bagi tunjuk ajar. cikgu lah yang banyak lempar nasihat. bakar semangat. belajar untuk berjaya.

"bila awak semua habis SPM. dunia awak akan bermula.
dan hidup awak mungkin akan dipimpin dengan kerjaya awak.
dengan kerjaya awak ceburi. dengan kerjaya awak minati.
disini. teruskan usaha. impian bukan satu harapan kosong.
tapi. impian adalah api kobar semangat yang buat awak lebih bernas dalam berilmu.
dan terus mahu mencari ilmu"

hingga umur sye sembilan belas. sye menganut ilmu arkitek di sebuah kolej swasta. dulu disekolah panggil cikgu, guru, teacher, sir. tapi sekarang, masa yang berubah cikgu baru kena panggil lecturer, mdm dan sir. tapi tidak mengapa. tetap sama tujuan. mengajar. tetap juga sama buat sye. belajar.

ex-student SKPS
(Sk Parit Sapran)
1999-2004
ex student SMKDMYS
(Smk Dato. Mohd Yunos Sulaiman)
2005-2007
ex student SMTSKL
(Sm Teknik Setapak Kuala Lumpur)
2008-2009
sekarang mahasiswa
City University College of Science and Technolgy
(Dip. of Architectural Technology)
2010 hingga kini

terima kasih cikgu.
terima kasih atas segala.
moga umur cikgu rahmat.
moga hidup cikgu selamat.
moga ilmu cikgu berkat.
sekian dari sye.
anak didikmu.

nilai sebuah kehidupan

bawah pohon.

seorang anak merenung ayahnya yang bersantai atas hayunan buai. kiri kanan. kanan kiri. nampak tenang. di gigit ayahnya pencungkil gigi. budaya lepak nelayan begitulah atas buai. sapa si anak nelayan;

"ayah. buat ape tu. duduk buai je ye tahunya?
jala untuk ke laut esok ayah da siapkan belum. mak tanya kat dapur tadi."

"sudah man. beritahu mak kamu jala di rungkai punggah sudah dalam sampan.
esok pagi gerak ke laut dah sedia ada. senang ayah."

"baik ayah"

ke dapur anak itu. di bilangnya apa kata ayahnya. sambil mencucur pulut. buat hidang santapan malam bersama. dalam lesu. dalam rasa. mak syukur dengan hidup sekarang. katanya mahu sahaja menjual kuih di hadapan rumah. buat tambah rezeki. tapi apakan daya. umur yang lanjut jadi pagar harapan mak.

"pesan kat ayah. pulut dah nak siap. lagi pula maghrib nak datang.
suruh masuk"

"baik mak"

bawah pohon.

masih dalam renungan berkhayal. ayah masih menatap ombak laut sedang hari siangnya laut menjadi teman rezeki ayah. entah. mungkin ayah lebih bersyukur akan nikmat tuhan begini rupa. katanya ini rezeki. dan katanya rezeki inilah yang kita dah usahakan.

"ayah. mak cakap dah maghrib. masuk dalam.
pulut da siap untuk santapan makan malam"

"ye ke. cepat pula mak kamu masak harini. dah jom.
kita ke atas makan"

memegang erat tangan ayahnya. berjalan bersama. ke atas rumah. sambil menoleh belakang menatap wajah laut. suram. diterangi cahaya maghrib. pilu. kawan pulang sekolah. dan man belum berkesempatan untuk merasa sekolah. merasa hidup suasana sekolah. merasa nikmat bersama kawan kawan di sekolah.

"ayah. sampai bila kita nak jadi macam ini. man nak sekolah ayah.
kawan kawan man semua sekolah yah. man seorang je yang tak sekolah"

"sabarlah nak. man pun tahu hidup kita macam mana bukan.
kita ini hidup kais pagi makan pagi. kais petang makan petang"

hati man. rintih dalam.
hati man. sayu bersama angin.
nilai sebuah kehidupan.

makcik tua itu buta


makcik tua itu buta. hari itu. datang dia pada sye. di ajukan kepada sye "dik. nak tisu". dan ini. buat sye menyisih ngemis rindu seorang seorang. di mana suaminya. di mana anaknya. barangkali kata ngemis dia pada sye itu rutin harian harinya, kais siang malamnya mungkin. di tengah bandar kota mewah. dia tidak terasa sipu meminta. lalu ambil sye wang sehulur seikhlas dari wajah hati ini "ini untuk makcik. sye ikhlas". keluarlah kertas hijau. dan dia. berlalu pergi. jauh. dan lagi jauh.

makcik tua itu buta. sye sendiri terpaku. makcik buta itu pandai berjalan seorang seorang. sendiri sendiri berdiri meluluh menahan keluhan beban. tanpa pimpinan manusia sebelah. dipikulnya segala duka dunia rasanya. dia bertapak dengan tenang. ya. tenang. lagi pula dia sudah tua. makin melarat melosot hati sebak sye ini. bila difikirkan. terasa dalam dalam. di benak rasa ini melihat peritnya dia seorang seorang yang rasa. kesal dengan sandiwara dunia. kasihan pada hidupnya.

tuhan. panjangkan umurnya. selamatkan hidupnya. berkatkan makan minumnya. dan sye. menadah tatangan doa bersama sayu suka dukanya. dikongsi.

mom


kita ini semua.
jadinya.
dari setitis air menjadi seketul darah.
dari seketul darah menjadi segumpal daging merah.
tanda kita ini.
berdegup jantung.
bernangis bernyawa.

dan dari situ.
sye dan anda semua di cipta dari lurah kebahagiaan.
mama dan papa.
di bentuk rupa begini rasanya dalam perut buncit mama.
sembilan bulan.
kuasa tuhan.

lahir kita kemudian hari.
tanda cahaya mata buat mama dan papa.
tanda bahagia tidak terasa harga nilainya.
tanda kita ini semua.
bayi merah yang mampu buat mama dan papa.
mengukir senyum senyum.

hari bersilih ganti hari hari.
kita membesar.
dan kita didik.
dan kita diajar.
dan terus diajar.

sampai sekarang.
umur sye sembilan belas.
sampai sekarang hidup sye.
sampai bila bila arwah mama tetap dihati.
selamanya.

selamat hari ibu sedunia.

rasa


sebuah pemandangan. cantik. sambil berjalan bergurau lah sendanya si pasangan dua cucuk. baru sahaja menikah kelmarin. dan hari ini berlabur tirai ke dunia bersama. hidup berdua. menikmati sopan hati di negeri orang.

"eh u. cantiklah daun ni. hijau dia tak macam dekat malaysia kan.
kuning oren oren. cantik. i suka."

"hehe. sayang. itu seni tuhan. awak dapat pegang pegang je.
dan awak dapat rasa rasa. ini semua kerja tuhan."

"dan i tahu. ini semua tuhan yang cipta. i dah kenal sangat dengan bahasa u darling"

"hehe. bagus lah. sekurang-kurang u tahu sikap i macam mana dan u makin lama makin kenal i.
makin kenal diri i. makin sebati dengan hidup i.
dalam dalam. hidup i ni tak sempurna"

"dan tak semua kehidupan sempurna sayang. it's ok.
i sayang u sebab i ikhlas. macam u cakap dulu dulu dekat i.
u syg i ikhlas kan ? and i tak lupa one word dari u.
haram bercabang kasih sye ini"

dari benak fikir.
sye mungkin dapat rasa ini.
insyaallah.
satu hari nanti