salam salaman lebaran

alhamdulillah. sye sudah mula tenang. tenang menuliskan cerita hidup. hidup sye. dan barangkali hidup semua. seakan tiada titik noktah di hujung kalimah. terus menerus mengalir. terus deras mengalir, tak melambat. walau sesaat pun. bagai air yang terjun bebas tanpa henti jauh, terus menjauh, tak mendekat. walau sedetik pun.

sempat sye coretkan di sini tentang hidup seangkatan jiwa jiwa kita sebagai orang islam, seorang hamba tuhan. meniti bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak. syukur buat tuhan atas segalanya.

selepas ini. sye masih lagi menjalani hidup yang biasa. mahu benar jadi manusia yang terbaik antara yang baik. buat ibu ayah. buat guru-guru mungkin. dan barangakali buat kawan kawan sye yang dulunya sye katakan sahabat sehebat teman, juga pada anda semua.

realitinya, sye tetap melakukan kesilapan. mengapa? sye juga manusia. anak manja yang baru kenal dunia hingusan. tapi sejarah yang lama lama buat sye kenal jalan hidup.

buat ibu ayah :
"maafkan segala keterlanjuran abang. antara dunia akhirat. kita tetap satu keluarga yang bahagia. insyaallah.
Salam Salaman Lebaran dari sye"

buat guru guru :

"segala curahan bakti sakti ilmu. antara dunia akhirat. sye akan guna pada jalan kebaikan. insyaallah. doakan anak didikmu dalam dunia persada ilmu
Salam Salaman Lebaran dari sye"

buat cinta :
"sye mula kenal dunia cinta daripada awak.
mungkin sye ini masih lemah dalam sikap.
masih tak sempurna depan mata awak.
mungkin bukan tak sempurna.
tapi terlalu awal untuk jadi sempurna.
maafkan sye. zahir batin.

Salam Salaman Lebaran dari sye"

buat kawan kawan :
"cebis cebisan kenang kenangan antara kita semua. akan sye tatangi dalam potret kenangan bersama. maafkan sye. dunia akhirat. zahir dan batin.
Salam Salaman Lebaran dari sye"

buat para pembaca blogger:
"terima kasih atas intai intip anda. membaca blog sye. maaf zahir batin.
Salam Salaman Lebaran dari sye"

10 days blog challenge _day 8, day 9 and day 10

klik sini.

merepek. satu perkara yang aku rasa senang untuk dikerjakan dan susah untuk ditinggalkan. bak kata orang kedah "hang jangan dok kalut". ya. sangkaan orang ramai bila sesuatu perkara yang tiada dan langsung akan tiada faedahnya, itu dikatakan kerja merepek. senang bukan mentaliti semua ini. sebenarnya begini, dalam dunia tiada ada benda yang merepek melainkan orang itu benar gila. apa yang dibuat semua tak betul. dan barangkali hanya cebisan sahaja perbuatan orang gila ini akan betul.

bila difikirkan semula. aku rasa sesuatu yang merepek kalau aku mahu panjat "dome"(kubah) masjid peluk sambil dongak ke atas langit. biru damai yang mencarikan aku ketenangan mungkin. kedua, aku rasa sesuatu itu merepek kalau aku mahu main badminton tapi menggunakan kayu besbol.pernahlah dulu masa kecil kecil, tak pandai main badminton tapi aku mahir dalam bermain besbol dok bantai main badminton guna kayu besbol. nampak makcik marah aku, aku cabut. aku lari. gila.

day 8.

sejujurnya. bila sebut pasal benci ini. benci aku ini sekejap sahaja pada masa masa yang tertentu. sebab masih segar dalam fikir waras aku, ustaz pernah cakap, seburuk buruk manusia di muka bumi ini, itulah semulia mulia ciptaan tuhan. sejak dari itu orang yang benci aku, aku suka. dan orang yang aku benci, takkan pernah ada. untuk wasiat warkah benci ini, rasanya tak ada untuk aku huraikan pendapat sebab apa dan sebab perlunya untuk aku membenci seseorang. betul tak ?

day 9.

(penutup) gambar yang menunjukkan korang emosi masa itu.
alamak, setahu aku, mana ada orang yang tengah marah suka ambil gambar dia. melainkan gambar itu sedang dicuri curi tangkap. ikutkan aku, tak pernah rasanya tangkap gambar masa tengah beremosi. emosi marah pun kadang kadang je berlaku. bukannya tiap bulan bulan. haha. sorry syilla.

day 10.

10 days blog challenge _day 7

klik sini.

bila sebut pasal hobi. semua orang tahu hobi itu satu kerja ada yang membosankan dan ada yang membahagiakan. bagi aku hobi ini akan menarik kalau aku cipta satu perkara yang baik buat kita. dan barangkali kesannya baik buat semua. macam aku. hobi ini bukan masa masa lapang yang mampu aku isikan. kadang kadang sambil berjalan pun idea untuk aku adaptasikan sesuatu itu dalam hobi. menrik.

hobi aku membina, menulis, mencipta. apa ? membina design rumah yang aku rasa itu menarik. menulis seberapa mana aku mampu untuk buat orang baca baca dijadikan tauladan. mencipta sebuah karya baru, seni yang baru. contohnya "filem pendek", "multimedia video" dang "editing video". menarik bukan.

*pesanan. membina adalah kerja kertas aku sebagai seorang mahasiswa arkitek.
menulis adalah rentetan yang aku fikir ia satu jalan cerita yang menarik. selalu aku
tayangkan dalam entry blog.
mencipta adalah inspirasi aku untuk mengarah sesuatu filem pendek, multimedia
video atau something yang boleh aku tonton sendiri.


contoh model design studio of conceptual interior. berkonsepkan nama aku sendiri "KHAI".
*MAAF. nak upload design rumah. resolution besar sangat.contoh model design studio of "exhibiton booth"(pameran). berkonsepkan nama kolej "CUCST'
*bakal present lepas raya nanti.

10 days blog challenge _day 5 and day 6

klik sini.

pertama kali bila orang orang ada sebut dan tanya pada aku tentang paling seronok bercuti. dua sahaja jawapan aku. satu di dunia. dua di akhirat. dan siapa siapa yang dengar pasti akan rasa mual dengan jawapan poyo dari aku. dan aku dah biasa begini. tenang dengan semua.

tempat paling menarik untuk aku bercuti ada banyak. dan dalam banyak banyak itu, aku suka pada tempat yang penuh dengan keindahan tuhan. contoh macam hutan, laut yang penuh dengan ombak ombak dan akhir sekali, tempat sejuk. sebab dalam sejuk itu ada kuar asap dari mulut kita. tak percaya anda boleh cuba. baru betul cool.

day 5 _ Blog challenge

kawan. dalam banyak banyak aku berkawan. aku suka pada semua kawan kawan aku. prinsip aku berkawan itu bukan berlawan. dan lawan aku ialah siapa kawan yang suka makan kawan. dan teman. dalam banyak banyak teman aku, mereka ini sumber untuk aku bercerita tentang masalah, tentang karenah dan tentang segala. mereka mencuri masa mereka kadang kadang buat dengar cerita aku dan jadi komentar tentang cerita aku itu. dan teman inilah yang seumpama dengan sahabat. dan lagi satu. prinsip aku ini, "sahabat sehebat teman".

bila dah cerita pasal kawan. tipu kalau aku ini masih belum empunya. dan peluang untuk aku bersama dengan gadis ini, peluang untuk aku huraikan jalan cerita untuk sentiasa dan terus bersama dengannya. susah senang dia disisi. bukan lagi hanya mendengar. tapi menabahkan aku erti kenal jalan hidup.

dengan kawan aku gembira. dengan teman aku juga gembira. dan dengan dia. aku cukup gembira. bersama.

day 5 _ Blog challenge

10 days blog challenge _day 3 and day 4

klik sini.


kalau diikut dengan potret wajah wajah bodoh hodoh aku. ada banyak. mungkin tak terkira. adanya masa aku tidur, adanya masa aku mandi bersinglet, banyak lagi lah. so, bila difikir balik, aku rasa dalam banyak banyak potret itu semua, ini potret paling "muka budjet" bagi aku. macam orang bandar selalu cakap "poyo". ya. cool. tak kisah dengan apa kata orang. aku rasa aku selesa dengan apa yang aku buat. aku bahagia. walau sampah macam mana muka aku bila waktu hodoh bodoh. itulah aku. aku.

day 3 _ Blog challenge

bilang pasal lagu paling seronok dilayan. tentunya lagu yang dapat tenangkan jiwa jiwa aku. lagu yang dapat damaikan isi hati hati aku. dan kadang kadang bila aku rasa aku mahu merungut, lagu yang rancak modal aku untuk aku teriak habis suara ini lepas geram(hardcore). ya. bersahaja.

tapi ikut rasa rasa, aku lebih pada lagu yang penuh dengan seruan violin(biola). mendengar dalam rasa lena. sayup. seronok. bila aku tambah dengan puisi dalam dendangan bersama seru biola. ya. seolah aku ini dalam menggila bersajak.

day 4 _ Blog challenge

10 days blog challenge _day 2

klik sini.

13 July 2010
"Multi-purpose hall City University College"

jujur. masa ini masa masa aku muda lagaknya. konon muka comel. haha. baru lepas selesai sesi pendaftaran nama aku di kolej. seingat aku, setahun lepas aku biasa biasa sahaja. kebetulan dengan potret hijau ini, masa itu masa hati aku melamar si gadis comel munggil. tak sangka hati dia kembang jadi bunga sebab aku. teruja rasanya. kalau diizin teriak. sungguh aku teriak namanya. mungkin ini peluang aku untuk beradu cinta. peluang aku untuk kongsi cerita cinta. ya.

fikir aku masa ini masih kolot. kurang untuk aku bongsaikan idea-idea bernas untuk design kelas studio arkitek. biasalah. baru daftar menganut ilmu arkitek. tak tahu rasa apa apa. apa lagi apa. memang batu lah fikir kolot aku ini sampai ke semester dua. rugi aku banyak main dalam kelas semester satu. yeah. sudah lah. sesal dulu berpendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. dah jatuh ditimpa tangga. umpama aku hhidup mesti cool. tenang.

day 2 _ Blog challenge

10 days blog challenge

klik sini.

13 August 2011
"Dewan Merak Kayangan,
Majlis Buka Puasa PERKIM Malaysia
bersama mantan Perdana Menteri
Tun Dr. Seri Mahathir"

masa masa ini dalam kenangan segar. potret terkini dalam lensa kamera aku. hidup aku sekarang masih dalam penitian hidup sebagai seorang hamba tuhan. masih lagi menjadi mahasiswa yang menganut ilmu arkitek. dan masih lagi bernafas dalam udara bersama semua. dan paling seronok, aku sedang membina pameran "design exhibition booth" untuk final project studio arkitek. doakan aku untuk terus maju ke hadapan dan terus ke hadapan. insyallah.

masih berkesempatan rasanya untuk aku ucapkan salam ramadhan mubarak buat semua. moga bulan ini bulan hikmah dan nikmat buat kita semua. insyaallah.

day 1 _ Blog challenge

dari cahaya











dalam banyak banyak seni. yang bersama dengan seni itu adalah harga dan nilainya. dan dalam banyak banyak jiwa yang sye selami. yang bersama dengan jiwa itu adalah harga dan pengorbanannya. bila digari, seni hilang harga. dan bila dicantas, jiwa juga hilang harganya.

budak budak


dan mereka ini.
akan meneruskan budaya Tuhan.
dan mereka ini.
akan terus hidup dalam ceria.

walau duka sering bersimpang,
takkan ada yang gugup dengan nawaitu mereka.
masih gah dengan diri sendiri.
selagi mana jiwa tuhan di dalam.
selagi itu agama tuhan.
juga di dalam.

jujur. sye suka lihat budak budak perantauan asing seperti arab, jordan, iran dan yang berdekatan. bagi sye mereka walau lumpuh dengan kemiskinan. tapi mereka kaya dengan kesopanan. bangga. suka dengan budak budak.

coretan ramadhan #2

gendang suara dari masjid berkumandang. azan maghrib kedengaran menyeliputi umat islam berbuka puasa. satu keluarga dalam rancak menjamu juadah berbuka. dalam warna hidup keluarga yang baru.


"daddy. daddy. hmmm kenapa kita kena puasa. Sha tak larat lah tadi siang.
lapar. Sha masuk bilik terus tidur. Daddy dengan mama tak penat puasa?"

"Sha. puasa ini tak macam hari hari kita tak puasa. bulan ini bulan mewah. Tuhan banyak
turunkan rahmat, rezeki, nikmat buat manusia. kadang kadang sampai melimpah ruah
atas apa yang ada di dunia ini atas pemberian Tuhan. cuma kita. cuma kita kena sedar
dan redha dengan ujian dan cabaran yang bakal mendatang. puasa ini bukan satu beban. tapi simpanan kotak pahala kita kat akhirat kelak"

"ya daddy. thank you. but!
satu bulan ni daddy kita puasa. Sha kurus lah nanti. tak slim macam mama.
kan mama kan ? hehe"

"haih kamu ini Sha. ke situ kamu fikir. puasa dulu. lepas bulan puasa nanti kamu makanlah
banyak banyak ok? ingat! kita ini muallaf. saudara baru dalam islam. tahun pertama
kita menjulang Ramadhan dalam hidup kita sekeluarga. Mama bahagia sangat dalam
keluarga ini"

"mama. thanks maaa. i love you. terharu Sha"

"dah ya. Sha ikut macam kami. puasa tau. tak mahu ponteng ponteng. nanti daddy dengan
mama bawa Sha pergi Manchester. daddy dengar kat sana a lot of fun for you dear. you will
take your enjaot at there. suka tak?"

"waaaa daddy. ok sangat sangat dah daddy. insyaallah Sha puasa penuh.
apa kata mama. saudara baru dalam islam. ehem ehem. hehe"

"ok sayang. good girl"


mendokong ilmu agama dalam dada. digendongnya mereka manis ilmu dalam dada juga. anda bayangkan jika anda seperti mereka. saudara baru mula bernafas dalam islam. mula bernafas dalam hidup islam. rasa.

legasi ramadhan kita

dalam banyak banyak bulan. islam suka tegahkan bulan ramadhan dalam buah fikir kita semua. bulan ini katanya bulan suci. bulan putih. barangkali bulan tenang. tapi bagi sye bulan ini bulan kita cuba menongkah dasar dosa dan pahala.

sebab selama ini dalam bulan bulan yang lain. dosa pahala kita langgar. kita satukan hidup kita dalam gelumuran darah baik dan jahat. bila ramadhan tiba. baru kita mahu menyanggah dosa. selama ini kita apa? hanya mampu dan mahu menurut kata hati batu. batu yang sudah keras. dan bila di rebus tak lumut dengan panas api dan air. sedar dengan ini, bulan ramadhan baru kita mahu lembutkan batu keras itu.

sampai bila mentaliti kita perlu begini. sampai bila. matikan niat bersama musuh islam. dan musuh tuhan. moga kali ini dan tahun ini. ramadhan kita semua dalam dalam tenang. mengalir mendapatkan berkat dan rahmat dari tuhan. insyaallah.

salam ramadhan dari sye