conceptual interior



Project : Conceptual Interior
Concept : Alphabet
Idea: Bringing the concept idea and use my own name "KHAI"
Presentation : Public speaking and video presentation.

sembilan belas

dulu.

masa masa aku mula nampak perut mama. aku tendang tendang. kadang kadang kerja berniaga mama terhenti sekejap sekejap. kadang kadang, kerja memasak mengemas rumah mama pun terhenti sekejap sekejap. sampailah sembilan bulan aku dalam perut buncit mama. aku keluar. masa aku keluar, mama cakap aku mandi darah. kakak cantik tolong lap lapkan badan aku. lepas itu aku dipeluk mama. aku menangis dalam pelukan mama. mama bagi aku susu.

ada lelaki kacak datang, terus bawa aku jauh dari pangkuan mama. tak sempat mahu aku mendakap lama pada badan mama, dia memekik di telinga aku. baru aku tahu. laki itu mengazankan aku. tanda aku lahir dalam islam. tanda aku manusia biasa. hamba tuhan yang perlu pengabdian diri pada tuhan yang Esa. syukur buat tuhan atas segalanya.

bila dah mula umur aku membesar sekecil jagung. mama tak pernah mengeluh mengajar dan mendidik aku. lelaki yang aku katakan kacak tadi, tidak pernah kenal erti letih bekerja mencari rezeki buat aku dan mama. buat kami sekeluarga. kadang kadang letih lelaki tadi, tiap malam mama ada ubat. bahagia mereka bahagia keluarga. mudah untuk aku mengukir senyum seorang seorang.

lewat bertahun tahun. sebelum arwah mama pergi tinggalkan aku. arwah mama selalu datang dalam bilik aku. katanya pada aku, jam 10.30 malam memang rutin arwah mama tengok anak dia comel baring atas katil. katanya, saja mahu kebil kebil bulu mata aku.

bila umur aku kembang ke puncak umur dewasa. aku seperti manusia biasa. punya hati dan punya perasaan. masih punya hidup dalam hak tuhan. hak berjiwa tuhan. bila difikirkan, dah masuk dunia sebagai seorang mahasiswa ini, masih juga aku mahu belajar mengenal membaca dengan arwah mama dan lelaki kacak tadi. sungguh memori dan kenangan yang masih terpahat ini, buat aku lebih sedar untuk kenal jalan hidup. sungguh. syukur buat tuhan.

sembilan belas.
syukur buat tuhan.
syukur buat segalanya.