tentang ilmu

ada sebab ramai yang cemerlang.
dan ada sebab ramai yang gagal.

"ke mana usaha dilontarkan, disitu kejayaan akan diterjemahkan"

pakcik

dah lama dia cuba menyingkap tabir dunia. tapi setiap kali dia cuba membuka jendela sebuah kehidupan, hampir semua jalan cerita hidupnya menjadi hitam. seakan tiada ruang untuk dia bernafas dalam dunia dia sendiri.

"umpama jiwa yang waras, cuma hati yang mati. barangkali jiwa halus itu yang telus mudah ditembusi duri duri hidup. bangsat paling tepat"

entah. mungkin ini dinamakan lumrah. mungkin juga dinamakan hayat. atau mungkin paling tepat nafas hidup. lepas ini, hidup dia dalam gelandangan bersama sampah. berteman dengan lorong lorong. mengintai ruang ruang gelap. dalam selimut hitam itu, matanya mudah untuk mengelip.

"oh dah lama pakcik minum. cuba berhenti. saya tak paksa pakcik berhenti.
tapi saya minta pakcik cuba. ye pakcik"

"air semua sama. rasa macam tak rasa. yang ini layan"

*aku jumpa seorang pakcik di kedai makan. baru lepas teguk arak kata orang keliling. "jauhkan diri, kau jangan layan dia, gila mabuk", sapa brother di meja lain. sengaja aku dekat padanya. bertanya khabar dan perihal. dia layan bual aku dalam kepala pusing. untungnya dia seorang peminum. bukan seorang penagih. moga berubah kelak. tuhan, sampaikan doa aku ini.

"kecil dulu"

dulu aku kecil. dalam dada penuh sebidang seluhur senyuman ikhlas buat kawan kawan. barangkali buat teman. aku berkawan dengan semua orang. dan aku memang jenis suka berkawan. yang nakal. yang baik. yang ganas. yang pandai. yang banyak main. semua yang aku rasa. dan semua yang aku banggakan.

hingga harini. aku menghirup masa lampau dengan dunia dunia kecil aku disana. dunia yang penuh dengan kawan kawan aku yang bising. yang nakal. dan yang sentiasa di sisi aku. paling aku rindu dunia berbasikal satu kampung.

aku ujar diri aku dengan lambaian penuh kemesraan. dari rindu aku genggam dan semat dalam dalam. sumpah aku, rindu saat saat itu. sumpah aku, mahu jadi saat saat itu. kawan kawan. dan teman.

"aku hamba yang masih punya milik untuk merasa. kau semua yang terbaik"

dosa

satu. dua. tiga. empat dan lima. bila aku kira kira dosa, takkan cukup jari aku ini untuk mengira. entah ke mana hilangnya hati yang punya perasaan aku cakapkan dulu dulu. mungkin ia hilang bersama arus masa masa dunia. dan mungkin ia hilang dalam dalam kelam masa masa dunia juga. terkilan rasa bila aku kenang satu satu dosa yang tuhan aku panggil itu, murka.

esok adalah hari hari yang tuhan janjikan aku bahagia. barangkali juga, esok semua manusia pun tuhan akan janji kebahagian. sangka aku barangkali, tapi ikut hati pasti dari tuhan akan ada itu janji. cuma aku dan manusia mungkin tidak pernah kenal erti syukur. masih juga aku lari dari dunia dunia sebenar. seolah tindak tanduk aku di butir pasir berantai beralih mengikut peredaran ombak. aku hilang. dan aku. alpa.

dan aku memang manusia yang tidak kenal erti syukur. dan masa, tolong jangan sempitkan minda aku. tolong. beri aku ruang sedikit untuk bernafas dengan dunia sebenar. dunia tuhan. larikan aku.

"dosa yang lama, natijahnya akan berlaku masa masa yang bakal mendatang.
apa dulu yang kau buat, bermakna ini yang kau minta"

tentang


tentang diri.
tentang nafsu.
tentang jiwa.
tentang hati.
tentang perasaan.
tentang nafas.
tentang duka.
tentang suka.
tentang ilmu.
tentang hamba.
tentang tuhan.
tentang manusia.
tentang seni.
tentang lumrah.
tentang dia.
tentang hidup.
tentang cerita.
tentang kasih.
tentang dunia.
tentang rasa.

dan.

tentang si childish ini.
tentang semuanya.

"dalam kesibukan masa masa ini, beri aku ruang untuk bernafas seketika. dan masa. izinkan aku habisi cerita hidup menumbuh daun segar hijau"