mimpi di balik jendela zaman

biar lebar sayap berdepa,
biar bercabang batang berbelang,
asal ikhlas tidak alpa,
asal usaha membanting tulang.

kita ini manusia yang sedar dan lali lari dari dunia sebenar. dunia yang sudah ditakluk nafsu manusia manusia. kita sesat di balik jendela zaman. zaman yang hitam lagi kelam. kita terus hilang di bawa angin lalu. dibawa bersama seribu makna. dan kita ini di hati tetap memberi erti yang tiada makna. tiada apa apa.

"satu makna tersirat, ada satu budaya dibawa"

psikologi dalam era yang bercabang pemodenan kini terus dijulang menjadi raja. raja harta. raja harta dunia. raja akal. apalagi zaman ini zaman menjajah bahasa. zaman menjaja bangsa. zaman bangsat paling tepat. mungkin ironis ini satu takdir. takdir dimana tuhan akan kotakan janji-Nya. sebuah takdir ini, satu cerita dunia. satu mimpi di balik jendela zaman. kita yang rasa.

"mimpi yang paling bangsat ini adalah mimipi mimpi yang kita sendiri
tidak mahu menerima kenyataan yang sebenar"

Tiada ulasan: