dunia kuasa dunia

dibawa penongkahan zaman zaman yang modenisasi. akal kita dipaku dengan tomahan dunia. dan minda kita dipermainkan dengan dunia yang palsu palsu. yang zalim zalim. dan yang kejam kejam.

selurus dengan kepalsuan ini, penongkahan zaman terus dimajukan. dan mudah kita di jerumuskan dalam kotak hitam dunia. kotak hitam yang kita panggil "akhir zaman".

ironinya. dunia terus berarak mengikut putaran masa. putaran masa yang tuhan tentukan. dan tentunya masa itu sudah ditentukan.

harini apa bekal kau bawa untuk esok ?
hari esok apa bekal kau itu cukup ?
dan hari lusa, apa mungkin bekal kau itu punca kau akan jatuh?
jatuh dari terpesong.

soal kiamat kau orang orang jangan tunggu.
kau orang jangan fikir.
tapi kau orang rasa.

dan.

kau orang juga jangan tanya tanya.
dan kau orang cuba pegang hati.
kau rasa.
kau rasa.
rasa yang dalam.

"dunia kuasa dunia"

Tiada ulasan: