dua puluh tahun untuk kali yang ke sepuluh

tahun ini dalam ramadhan yang ke dua puluh dalam hidup, sekali lagi aku berpuasa tanpa ada sepasang tubuh yang dipanggil ibu. buat kali ke sepuluh ini, sahur aku tak siapa ada kejutkan untuk jamah sebiji tamar. tak siapa. cuma ada kenangan. cuma ada yang senyum rindu dari seorang anak.

tahun ini dalam ramadhan yang ke dua puluh dalam hidup, berbuka mana rezeki yang ada tanpa ada juadah masakan sepasang tubuh yang dipanggil ibu. buat kali ke sepuluh ini, baju raya tak siapa jahit untuk aku pakai dibulan syawal. cuma ada baju masa kecil kecil dulu, yang aku sarung tidak muat. cuma dapat cium sulaman baju ibu itu.

tahun ini dalam ramadhan yang ke dua puluh dalam hidup. perlu ada rasa ketabahan, perlu ada rasa kesedihan, perlu ada rasa kekosongan. biar ramadhan kali ini, ibu di dunia sana, sedang perhati seorang anak dalam rindu meniti ramadhan dengan tawakkal. penuh kesabaran.

rindu ibu.

10 ramadhan yang rahmat ini doa untuk aku seorang anak yang merindu.
10 ramadhan yang datangnya keampunan doa untuk gugurnya dosa dosa aku.
10 ramadhan yang dilepaskan dari azab neraka doa untuk semua yang aku kenali.

aku tahu.
tuhan beri apa yang aku perlu.
bukan apa yang aku mahu.
aku patut hargai.

Tiada ulasan: