rentetan

biar masa sentiasa menuai.
biar manusia yang punya hati.

akan ada satu hari buatnya.
satu sejarah dalam hidup.

rentetan.

orang atas itu orang dunia

"orang cakap bila ada rentetan sejarah.
pasti ada hari hari yang menanti kita lepas ini"

masa ini masa yang adil. masa yang punya catatan. rentetan yang buat aku terus bangkit dari malam. malam yang selalu orang orang katakan malam aku ini malam yang gelap. malam yang suram. yang kelam.

"aku tepiskan semburan fitnah.
aku anyamkan keberanian suara aku"

bila mana manusia manusia di bumi. sumpah masa, tuhan yang aturkan. dan kita hanya seorang hamba. hamba yang sering dipaku dengan sikap. antara dosa dan pahala. tentang sikap, orang selalu rasa. tentang rasa, orang selalu menghindar.

entah. antara dunia dunia yang paling bangsat. dunia yang satu ini. dunia antara manusia dan manusia. sendiri mengatur kehidupan. sendiri juga terkena bencana. mana hilang akal di jajah kuasa dunia. mana.

"kau kematu dalam kemelut dunia.
kau akan terpaku dalam lipatan di sana"

aku ini orang bawah. tiada punya apa apa.

_tribute politika manusia