ucapan malam

malam ini bintang berselerak.
dan malam ini bintang itu teman aku di sisi.
teman aku disini.

di jendela yang sayup dengan udara luar.
buat aku rasa segar.

dimamah lamunan hambar.
buat aku mahu terus mendongak.
khayal.
dan
khayal.

dan esok mungkin hari hari aku meniti.
meniti di bawa rutin hari hari biasa aku.

malam ini aku minta.

malam ini aku hajat.
dan malam ini hajat aku.
cuma kau yang satu.
kau seorang seorang.


"selamat malam sayang"

pejam

pada masa yang tenang tenang. aku harapkan kau selalu bersama.

dalam hidup.
dalam limpah-Nya.
dalam rahmat-Nya.

hari ini






hari ini aku panggil hari bahagia.
dan.
hari ini juga aku panggil hari setia.

jiwa ini,
tersemat kukuh dalam.

dan jiwa ini,
tidak berpunya pendam.

mendongak langit berisi.
hari ini dalam hati.

dunia kuasa dunia

dibawa penongkahan zaman zaman yang modenisasi. akal kita dipaku dengan tomahan dunia. dan minda kita dipermainkan dengan dunia yang palsu palsu. yang zalim zalim. dan yang kejam kejam.

selurus dengan kepalsuan ini, penongkahan zaman terus dimajukan. dan mudah kita di jerumuskan dalam kotak hitam dunia. kotak hitam yang kita panggil "akhir zaman".

ironinya. dunia terus berarak mengikut putaran masa. putaran masa yang tuhan tentukan. dan tentunya masa itu sudah ditentukan.

harini apa bekal kau bawa untuk esok ?
hari esok apa bekal kau itu cukup ?
dan hari lusa, apa mungkin bekal kau itu punca kau akan jatuh?
jatuh dari terpesong.

soal kiamat kau orang orang jangan tunggu.
kau orang jangan fikir.
tapi kau orang rasa.

dan.

kau orang juga jangan tanya tanya.
dan kau orang cuba pegang hati.
kau rasa.
kau rasa.
rasa yang dalam.

"dunia kuasa dunia"