disini. masih punya ruang

ada masa itu dia berjalan seorang seorang. sambil ditangan sebatang rokok dihisap. katanya, itu beri ketenangan. lebih dari ketenangan hidup. sampai di satu sudut jalan, disitu ada dua ruang. yang cerah dan yang gelap. dan kali ini dia terpinga-pinga. cuma pejam mata dan terus ke arah yang satu itu.

"kau pilih ruang hidup kau itu, dan kau sendiri yang akan rasa. jangan menongkah langit berisi kosong, Dia diatas memberi, kau di bawah menerima. cuma satu yang kau mampu, memilih"

disini. masih punya ruang. ruang untuk kau kembali ke pangkal. akar lama kau jangan buang. akar itu kau jadikan pedoman dan teladan. rokok kau hisap kasi habis. putung kau buang di tong sampah. jangan buang di laluan pejalan kaki. nanti orang anggap kau sampah.


* * * * * * * * *

purata jenayah berleluasa dalam kalangan remaja berpunca dari sikap remaja itu sendiri, dan keadaan terus menular dengan cara ibubapa mendidik anak secara matrialistika dunia. remaja macam ini ada gaya, kalau pandai ubah dia, sumpah warna hidupnya penuh dengan corak kejayaan. benar.

ada (dosa dan pahala)

ada malam yang hari harinya penuh bintang.
ada malam yang hari harinya penuh kelam.

ada hidup yang hari harinya penuh jiwa.
ada hidup yang hari harinya jiwa mati.

tentang hidup ini, cuma ada satu. dosa dan pahala. dan tentang hidup ini, kau takkan dapat mengubah rasa yang tuhan berikan. dalam masa masa yang kau ada, kau cuba hitung dua perkara itu. ia pasti ada. ada.